Khamis, 29 Disember 2011

PAS BOLEH ROBOH MADRASHAH SALIHIAH KERANA IA BUKAN MARKAZ PAS.

Madrasah Salihiah Kanchut

Berikut adalah petikan dari kiriman di fesbuk mengenai masalah isu Madrashah Salihiah Kanchut Kedah:-

Dalam isu Madrasah Salihiah ini saya terfikir dalam Q&A saya.Apakah sebenarnya tujuan Majlis Agama Islam Kedah Menerima Amanah Mengurustadbir Tanah Wakaf daripada Jawatan Kuasa Qariah Madrasah Salihiah ini ?
Persoalan yang tidak pernah di soal oleh mana-mana pengamal media dalam isu Madrasah Salihiah selama ini. 
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan RasulNya, dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya). ( Al-Anfaal 8:27 ) 
Kemuliaan Madrasah Salihiah ini disisi Allah SWT adalah membenarkan umat islam mendirikan solat, majlis ilmu, memuliakan Allah SWT didalamnya dan memberi perlindungan kepada Musafir yang kurang berkemampuan semasa di perantauan.Apakah Majlis Agama Islam Kedah Pernah Memikirkan Yang Sedemikan Demi KEBAJIKAN Kerana Allah ?... PERSOALAN yang wajib dijawab oleh mereka yang bertanggungjawab menguruskan Amanah Allah SWT. By: Madrasah Salihiah Kanchut
Apa yang jelas di dalam isu Madrashah Salihiah Kanchut ialah, pentadbiran PAS Kedah sanggup merobohkannya kerana ianya bukan sebuah Markaz PAS. Jika ianya sebuah markaz PAS seperti yang terjadi di Kemaman, sudah pastilah isu ini akan menjadi bahan bukti bagi PAS untuk melancarkan Jihad Berdarah terhadap kerajaan UMNO/BN.


Dalam isu madrasah Salihiah Kanchut Kedah, sikap hipokrasi PAS terbongkar dan terdedah. Kerana wang PAS sanggup menjual segala amanah.


TEPUK DADA TANYA IMAN!

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...