Jumaat, 2 September 2011

PENDEDAHAN WIKILEAKS MENGESAHKAN PEMBOHONGAN JAJAAN KISAH ALTANTUYA OLEH PAKATAN SOSIALIS PEMBANGKANG RAKYAT.

Dua perkara yang anda wajib tahu mengenai dua isu yang sedang hangat diperkatakan, pertama mengenai pendedahan Wikileaks berkenaan kisah DS Rosmah berada di lokasi pembunuhan Altantuya dan satu lagi mengenai kenyataan Karpal Singh membidas Mat Sabu.

Perkara pertama diulangi di sini di mana Wikileaks mendedahkan kabel rahsia yang di hantar dua minggu lepas ke Washington. Baca di bawha ini:-
Kehadiran Datin Seri Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, pada lokasi pembunuhan warga Mongolia Altantuya Shaariibuu "tidak masuk akal", menurut seorang diplomat Amerika Syarikat dalam sebuah kabel rahsia yang dihantar ke Washington DC tiga tahun lalu.

Kabel diplomatik itu dihantar oleh Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur dua minggu selepas penulis blog kontroversial Raja Petra Kamarudin membuat pengakuan bersumpah bahawa Rosmah berada di tempat kejadian pembunuhan itu pada 2006 Oktober.
 http://www.malaysiakini.com/news/174567 


Sudah tentulah media fitnah Pakatan Sosialis Pembangkang Rakyat menafikannya dan terus menuduh Wikileaks di bayar! Begitulah keadaan mereka apabila berhadapan dnegan Kebenaran Hakiki yang tidak mampu lagi mereka membantahnya. 

Sebelum pendedahan Wikileaks, sudah banyak pendedahan mengenai fitnah oleh Pakatan Sosialis dalam isu Altantuya ini terutama pengakuan RPK sendiri dan YB Zulkfilee Nordin serta pengakuan Tian Chua membuat gambar super imposed DS Najib dengan Altantuya. 

Segala pembohongan dan penipuan kisah dongengan Pakatan Soaislis Pembangkang Rakyat dalam isu Altantuya semakin terdedah. Adakah anda masih mahu mempercayai segala apa yang disampaikan oleh mereka? Jangan tertipu lagi. 

Dalam perkara kedua mengenai bidasan Karpal Singh kepada Mat Sabu pula, ianya lebih bersifat perkauman. Karpal Singh sudah tentunya tidak mahu rakyat Malaysia tahu sejarah penghijrahan kaum Sikh di Malaysia. 

Apakah sejarah migrasi kaum Sikh di Malaysia? Bloger mymassa mendedahkan bahawa Karpal Singh membidas Mat Sabu atas kepentingan kaum Sikh. Pihak British telah lama mengimpot masuk kaum Sikh sebagai askar dan polis untuk menjaga kepentingan British di Malaya. Kumpulan pertama Sikh yang di hantar ke Malaya merupakan pesalah politik yang di buang negeri kerana menentang British. 

Karpal Singh hanya mahu melindungi sejarah hitam kaum Sikh Malaysia sahaja yang pernah menjadi askar dan polis British. Lihat petikan Wikipedia

Despite the popular belief that Sikhs were brought to the then Malaya as police and soldiers, historically it is proven that Sikhs were actually sent to Malaya as political prisoners. The first few Sikhs to set foot in Malaya were Nihal Singh (better known as Bhai Maharaj Singh) and Kharak Singh, who were thrown out of India due to anti-British involvement somewhere around 1800. These prisoners were sent to the Outram Road prison in what is now Singapore. In 1865, it is believed that the process of migration of Sikhs to Malaysia started again but this time involved recruitment in the armed forces in the British Empire mainly as police, military and guards.
http://en.wikipedia.org/wiki/Sikhism_in_Malaysia 

Pihak SAS telah merekrut dan melatih pejuang gerila Melayu bagi persediaan menawan Malaya daripada Tentera Jepun. Pasukan tersebut dinamakan sebagai FORCE 136 berserta saki baki Rejimen Askar Melayu DiRaja. Ayahanda PM DS Najib merupakan anggota FORCE 136 yang berjaya.

Jadi, Pakatan Sosialis Pembangkang Rakyat lah yang paling dangkal dalam sejarah dan perlu kita ingat label golongan bangsawan kepada UMNO sebenarnya meleset kerana memang terbukti salah seorang pemimpin UMNO PM Malaysia yang ke 2 pernah berjuang menentang Jepun untuk membebaskan Malaya dari penaklukan Tentera Jepun.



Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...