Jumaat, 2 September 2011

SKRIP PERKAUMAN & KEBENCIAN PENYELAMAT PAKATAN SOSIALIS PEMBANGKANG RAKYAT SANG PENABAL RAJA


KEDAH bakal memperolehi seorang Menteri Besar baru menggantikan Mat Jan, begitulah khabar angin yang ditiupkan oleh gerombolan Rocky Bru (The Star & Malasnyakini). Samada Kedah memperolehi seorang MB baru atau tidak itu tidak penting. Dalam gosip ini, matlamat yang hendak di capai itu adalah penting. Mahfuz Omar atau seorang lagi pemimpin PAS Kedah yang sehaluan dengan Mat Sabu akan dijadikan pengganti.Mat Jan sudah menjadi liabiliti kepada DAP.

DAP sedang berlatih menjadi 'PENABAL RAJA' sebelum menjadi 'RAJA'. Oleh kerana Budaya Rakyat Malaysia yang begitu bergantung kepada Penilaian Kulit mudah bagi DAP untuk memainkan peranan PENABAL RAJA. Rakyat Malaysia memang mengamalkan 'JUDGE THE BOOK ITS COVER' seratus persen. Buatlah apasaja pun , penilaian rakyat Malaysia ialah berdasarkan kepada KULIT bukannya ISI. Sesuatu yang amat serius perlu di ambil kira oleh sesetengah pemimpin Tertinggi UMNO. 

Biarpun lah WHO mengiktiraf Malaysia sebagai sebuah negara yang menyediakan kemudahan perubatan dan hospital terbaik di dunia baca di sini KAMALUDDIN'S BLOG atau membuat perbandingan kedaifan di Somalia baca disini PAPA GOMO : MISI BANTUAN KEMANUSIAAN DI SOMALIA ataupun mengenai kenyataan Mat Sabu dan Hj Hadi menyokong komunis dan kenyataan bidas Karpal Singh baca di sini GERAKAN ANTI-PKR (GAP)PISAU.NETNOVANDRI (minda intelek melayu)MEDIA PERMATANG PAUHMAT KILAU PENANG sebahagian besar 3.9 juta pemilih dalam PRU 2008 telah begitu sebati menilai KULIT BUKU UMNO & PEMIMPIN UMNO seperti yang digambarkan oleh Pakatan Sosialis Pembangkang Rakyat. 

Penialaian berdasarkan kepada nilai-nilai luaran dan tampak adalah lebih disukai oleh rakyat Malaysia. Oleh itu amat penting buat UMNO dan pemimpin UMNO menampilkan nilai-nilai luaran yang menyakinkan dan selari dengan ISI.. Isu penutupan aurat DS Rosmah masih laku dan laris di pasaran terbuka kerana BUDAYA MENILAI KULIT.

Kisah Altantuya masih hangat kerana sebahagian besar rakyat mempercayai fitnah versi Pakatan Sosialis Pembangkang disebabkan tiada tindakan undang-undang dilakukan oleh DS Najib dan DS Rosmah walaupun ada pengakuan dan pendedahan panas oleh RPK, Wikileaks dan beberapa pemimpin lain yang mengakui versi kisah Altantuya adalah fitnah semata-mata.  

Sebahagian besar rakyat Malaysia tidak menilai langsung segala kebaikan dan kerja-kerja kebajikan yang dilakukan oleh DS Rosmah. Di dalam PRU 13, 73% pengundi Cina akan mengundi DAP kerana KULIT DAP YANG TEBAL CAUVINISTIK. 

Adalah penting bagi pemimpin UMNO dan semua pemimpin BARISAN NASIONAL mula memikirkan kembali kaedah-kaedah penampilan luaran yang mampu menyakinkan kembali rakyat. Peranan inilah yang amat penting mereka lakukan. Mereka wajib tahu bagaimana untuk manipulasikan BUDAYA MENILAI KULIT ini. Tanyalah kepada Tun Dr Mahathir mengenainya. 


Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...