Jumaat, 12 Ogos 2011

KDN MULA BERTINDAK ! IKLAN BUFET RAMADAN YANG TAK SENONOH.


KDN MULA BERTINDAK KE ATAS THE STAR YANG MENYIARKAN HIDANGAN BUFET RAMADAN  DAGING KHINZIR SEMALAM.

ELOK JUGA KDN MULA BERTINDAK KE ATAS KELOMPOK EKSTRIMIS AGAMA LAIN YANG MENJALANKAN KEGIATAN PENGEMBANGAN DOKTRIN & KEPERCAYAAN AGAMA LAIN DI KALANGAN UMAT ISLAM.



HULU LANGAT 11 Ogos - Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi tempoh selama seminggu kepada sebuah akhbar tempatan berbahasa Inggeris untuk memberikan surat tunjuk sebab kerana mengeluarkan iklan 
bufet Ramadan bermenu daging babi yang disiarkan semalam
.
Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, KDN telah memanggil wakil daripada akhbar tersebut untuk mengarahkan syarikat itu memberikan surat tunjuk sebab
.
"Kita menunggu akhbar berkenaan memberi surat tunjuk sebab dalam tempoh seminggu. Selepas itu, baru tindakan selanjutnya akan dipertimbangkan.

"Akhbar berkenaan perlu bertanggungjawab dengan apa yang telah dikeluarkan kerana ia akan memberi kesan kepada mereka sendiri," katanya kepada pemberita pada majlis berbuka puasa di Masjid Penjara Kajang di sini hari ini
.
Dalam perkembangan lain, Hishammuddin memberitahu, KDN dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang mempelajari kaedah yang digunakan pihak berkuasa di Britain mengawal kekecohan yang berlaku di negara itu ketika ini.

"Kita sedang memantau secara dekat apa yang berlaku di Britain untuk mengambil iktibar dengan kejadian berkenaan dan mempelajari cara pihak berkuasa di sana mengawalnya.

"Rakyat juga perlu menilai tindakan yang digunakan polis negara ini dalam mengawal kekecohan berbanding negara tersebut yang turut mencatatkan kematian," ujarnya.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...