Sabtu, 24 Disember 2011

SEBAB ITU HAMBA BERBANGGA DENGAN PAPA GOMO .. KEJUJURANNYA.

Porsche ini sebenarnya Milik Hamba Bukan Milik Papa Gomo Tapi Pinjam sekejap Untuk Papar Dalam Blog. Bukan Hasil Duit Merompak Tapi Hasil Titik Peluh Bekerja Keras Sejak 1991 Dan Melibatkan diri Dalam Industri Gaharu.

Silalah baca artikel PAPA GOMO mengenai kontroversi yang cuba ditimbulkan oleh Nik Nazmi mengenai peruntukkan yang di terima oleh Rocky Ngah sejumlah RM10 juta daripada DS Najib. Menurut Papa Gomo setahunya Rocky Ngah hanya menerima RM4 juta untuk portal THE MOLE bagi memujuk undi golongan atasan. 

Hamba bersetuju dengan pendapat Papa Gomo bahawa itu adalah rezeki Rocky Ngah. Malah Kickdefella pun pernah mengakui menerima RM4 juta daripada PAS untuk tumbangkan BN. Kumpulan Jingga 13 pun menerima peruntukkan RM100,000 sebulan daripada pentadbiran Khalid Gagap. Topeng Perak menerima RM2 juta daripada Pakatan DAP PKR PAS. 

UMB di bawah Tun Faisal pun menerima RM300 ribu sebulan sebagai sayap jentera rasmi parti. Apa ada hal pun? UMB Sarawak pun menerima RM2 jua semasa PRN Sarawak sebagai jentera rasmi parti. Apa ada hal pun?

Kami pejuang maya tidak bertuan tidak ambil kisah atau hendak sakit hati pun. Apalah yang hendak disembunyikan sangat menerima peruntukkan. Hari ini mereka menerima rezeki esuk lusa kalau kami pula yang menerimanya jangan lah marah-marah sebab selama ini kami berusaha sendiri.

Bagi hamba pula apa hamba hendak kisah pun berapa banyak mereka dapat. Itukan sudah rezeki mereka. Hamba cuma menuntut KEJUJURAN. Selama ini mereka asik bercakap tidak pernah mendapat peruntukkan. Itu menipu namanya. Tak baiklah.

Hamba tidak berminat hendak duduk dalam mana-mana kem yang hamba berminat ialah bersama dengan mereka yang JUJUR dalam BERJUANG.

TEPUK DADA TANYA IMAN!
Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...