Rabu, 7 Disember 2011

PERMAINAN KOTOR FRATERNITI UBU & REFORMIS 98? TO MUSA PULA DI SERANG.

TOK MUSA PERWAKILAN PULAU PINANG
DI FITNAH OLEH SURATKHABAR BERBAHASA CINA
(Strategi Kotor & Jijik Fraterniti Reformis 98 & UBU? Atas Arahan Siapa? Oleh Siapa?)


Hamba sukakan UMNO Pulau Pinang kerana mereka bekerja keras sepanjang masa. Tidak memilih bulu. Bercakap serupa bikin. Malah bloger mereka hebat-hebat belaka. Mereka lakukan tindakan dahulu baru bercakap. Jadi mereka cakap serupa bikin. Mereka patuh kepada kepimpinan Tinggi. Terbaru, ucapan Tok Musa telah sengaja diputarbelitkan oleh dua buah suratkhabar berbahasa Cina. Kononnya Tok Musa menyeru agar UMNO sahaja bertanding di Pulau Pinang.Hairan dan cukup anih. Klip video ucapan Tok Musa tidak sedikit pun di edit oleh bloger Pulau Pinang dan telah di muat naik di blog mereka. Keselamatan adalah ketat semasa PAU 2011 (terimakasih kepada Nasri & Dato Raouf) Hamba turut berada di waktu Tok Musa memberikan ucapannya. Tidak ada satu pun patah perkataan yang berbunyi sepertimana dakwaan dua buah suratkhabar tersebut.  Siapakah yang lebih rasis? Sentimen perkauman dimainkan agar Barisan Nasional dijauhi , UMNO di benci dan sekaligus menjalankan strategi jahat fraterniti Reformis 98 & UBU yang mahu menaikkan calon-calon kesukaan mereka. Orang seperti Tok Musa ini adalah merbahaya kepada mereka. Mari kita tontoni klip video ucapan Tok Musa tersebut.



TEPUK DADA TANYA IMAN!

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

jaga-jaga , mereka ada calon2 pilihan hati dan calon2 itulah yg mereka hendak dilantik sebagai calon , sekiranya calon itu naik ..mereka juga akan naik , maknanya mereka dah ada matlamat dan target jangka panjang , dalam diam mereka adalah gunting dalam lipatan , mereka spy anwar aljuburi dalam UMNO !

dedahkan segala rahsia mereka , pecahkan tembelang mereka biar satu negara tahu bagaimana jahatnya niat dan perancangan mereka !

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...