Rabu, 21 Disember 2011

MANA LEBIH BENAR, ISLAM ITU POLITIK ATAU ISLAM SAHAJA?


FERIZ OMAR (rakan Fesbuk) menulis :-
Saya pernah ditanya : Jadi bukankan kah politik itu SIASAH dalam Islam seperti diterjemahkan dalam kamus Arab ?
Jawapan saya : Adakah kamus Arab yang menterjemahkan SIASAH itu sebahagian dari Al-Quran, Hadith, Ijma' dan Qiyas ! Bukan ! Mohon jangan sesat dan menyesatkan yang lain !
Lagi saya ditanya : Bukankah kerajaan pertama Madinah itu hasil perjanjian politik, Paigam Madinah ?
Jawapan saya : Piagam Madinah itu wujud dengan Ruh Islam yang diseru Rasulullah saw dan diberkati Allah swt, bukan berasaskan dendam untuk perebutan kuasa seperti hari ini. Mohon jangan sesat dan menyesatkan orang lain !
SAYA TETAP BERPEGANG KEPADA KEYAKINAN PERJUANGAN SAYA BAHAWA ISLAM ITU TIDAK BOLEH DIPOLITIKKAN SAMA-SEKALI!  KERANA ISLAM ITU LEBIH AGUNG DAN TERATAS DARI POLITIK ITU SENDIRI. FIKIRKAN PERKARA-PERKARA INI:-
1. Rasulullah saw mengajar kita cara untuk memimpin dan mentadbir. Bukan berpolitik! 
2. Politik adalah suntikan idealisma Yunani yang dibawa oleh penjajah untuk Pecah & Perintah (Devide & Rule). 
3. Apabila Islam dipolitikkan, maka Islam itu tidak lagi syumul! 
4. Sesungguhnya, kerajaan Malaysia tidak 'sekular' seperti yang dituduh PAS!
5. Fahamilah bahawa istilah 'sekular' itu apabila Islam dipisahkan dari pentadbiran dan bukan politik (seperti disesatkan oleh PAS)! 
6. Di Malaysia, Islam tidak pernah berpisah dari pentadbiran. Malaysia telah banyak mengalami proses perubahan, ada yang cepat dan ada yang lambat, bergantung kepada kesediaan Rakyat.
7. Perundangan, polisi dan sistem di Malaysia hari ini, banyak suntikan tuntutan Islam telah mengggantikan tata cara hidup tinggalan penjajah. 
8. Terjelas pelbagai institusi Islam Malaysia juga diiktiraf dunia sebagai bukti keberkesanan pentadbiran.
9. Namun, masih banyak lagi perlu diperlakukan. Baca ini:-
Biar lambat, 
Asal tepat, 
Ingin cepat, 
Ayuh kita duduk rapat-rapat.
10. Ingat, selama 54 tahun kerajaan UMNO mentadbir Malaysia, kita berpolitik untuk mendapatkan mandat rakyat bagi menjulang Islam setinggi mungkin. Namun PAS mempolitikkan Islam untuk mendapat mandat rakyat untuk menjulang kepentingan lain ...

WALLAHI WALDINUL ISLAM - FERIZ OMAR (1971-20??)

Pok Nik kalau membacanya mampu istighfar dan solat  Taubat nasuha. Jika Anwar Ibrahim membacanya terus saja ke alam barzakh. Kalau lKS, Guan Eng, Karpal Singh dan kepimpinan DAP Rasis membaca terus mereka memeluk Islam. Kalau pecacai Pakatan membacanya? .......

TEPUK DADA TANYA IMAN!
Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...