Jumaat, 23 Disember 2011

KAK WAN JIJAH - KHIR TOYO DI PENJARA ADALAH LAKONAN UMNO.

Akaq Tak Puas Hati lah .. Ini Semua Lakunan UMNO..

AKAQ WAN JIJAH TERKEDU KHIR TOYO DI PENJARA 12 BULAN.

Masih Mampu Tersenyum Walaupun Senyuman Pahit.

Satu Malaysia sudah mengetahui bahawa pada hari ini Khir Toyo didapati bersalah dalam kes rasuah yang membabitkan pembelian dua lot hartanah di Shah Alam berpunca dari fitnah orang DAP Rasis. Semenjak mula lagi Khir Toyo mempamirkan keberanian luar biasa apabila sentiasa memberikan kerjasama dan tidak pernah menangguhkan perbicaraan. 

Tidak ada pula mana-mana pihak yang terjun dari bangunan SPRM secara sukarela ataupun kempen jelajah satu Malaysia mengatakan kesnya adalah kes fitnah II. Tidak pernah beliau berlakun duduk atas kerusi roda akibat kecederaan terlanggar land rover. Sikap lelaki berhemah Khir Toyo itu akhirnya membawa padah kepada beliau walaupun beliau berani memberikan keterangan secara bersumpah dari kandang saksi. Itulah perbezaaan paling ketara dan besar di antara Khir Toyo dengan Anwar Ibrahim dan pemimpin DAP Rasis.

Khir Toyo mempercayai dan yakin bahawa pembelian hartanah tersebut tidak menyalahi undang-undang dan bukanlah rasuah. Namun nasib tidak menyelebelahi beliau pada waktu ini. Sudah tentu beliau telah mendapat nasihat-nasihat bagi setiap tindakannya itu. 

Hartanah tersebut kini di sita dan dikembalikan kepada kerajaan Malaysia. Takpalah. Redho dan sabar sahajalah. Khir Toyo masih berpeluang untuk membuat rayuan ke atas keputusan mahkamah dan berpeluang untuk mendapatkan pengampunan Sultan negeri Selangor. 

Dalam sejarah politik Selangor beliau merupakan orang kedua selepas Dato Harun Idris didapati bersalah atas pertuduhan rasuah. Malah sebelum ini pun berapa ramai ahli politik didapati bersalah di atas pertuduhan rasuah. Anwar Ibrahim pernah didapati bersalah di atas penyelewengan kuasa. 

Jadi ianya bukan indikasi kepada sebarang deduksi bahawa UMNO kuat mengamalkan rasuah. Beberapa sebelum ini Sharif Jajang didapati tidak bersalah di atas pertuduhan rasuah. 

Hamba ucapkan tahniah kepada mahkamah dan kepada pihak SPRM cuma kes tangkapan ke atas sejumlah besar pemimpin DAP Rasis Selangor tempohari janganlah dilupakan terus dan failnya di simpan di Arkib Negara pula. Kepada Khir Toyo teruskanlah merayu terhadap keputusan hakim tersebut. Anda masihberpeluang membuktikan anda tidak bersalah.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

7 ulasan:

adf55650 berkata...

Jijah dan Anwar sebenarnya KECEWA Khir Toyo didapati bersalah. Ini adalah kerana mereka xdapar SPIN cerita mengatakan UMNO mempengaruhi MAHKAMAH.

hisham berkata...

Semoga saudara khir toyo bersabar dan mula berfikir inilah masa terbaik untuk beliau menilai siapa teman dan kawan.
Masa ada kuasa ramai sekali segala anjing dan babi berkeliaran mendekati beliau untuk mengemis habuan.
Saudara khir bolih menilai sekarang.

Mahkamah akhirat adalah tempat yg paling adil untuk keadilah.
Bersalah dimahkamah dunia belum tentu bersalah dimahkamah akhirat dan begitu juga sebaliknya.

"Dari rakyat yg tak pernah mencium tapak kaki khir untuk mencari kekayaan"

Nok berkata...

kalau khir toyo 12 bulan....anuar ibrahim mungkin 20 tahum keh keh keh padan muka penyokong2 haprak pembngkang tahap cipan.....aku dgr ramai org akn kenduri...kalau anuar masuk S.buluh....penyokong anuar tak hendak kutuk UMNO lagi ke?keh keh keh..sakitnya hati aku.......

Tanpa Nama berkata...

Ternyata & tiada keraguan lagi, Mahkamah menjalankan tanggung jawab dengan seadilnya, membeli harta dengan harga dibawah pasaran semasa ketika berkuasa sebagai MB, Mahkamah & sesiapa sahaja pasti akan menyatakan telah berlaku penyalahgunaan kuasa, tiada keraguan yang musabah, dapat membuktikan sebaliknya, satu yang nak dipesankan disini, jangan lah kita mengaibkan orang lain dikhalayak ramai, satu hari keaiban tersebut akan berbalik kepada kita semula(kes menghadiahkan penyapu) sungguh kurang sopan bagi kita orang Melayu.

Tanpa Nama berkata...

MINTA SEMUA ALUMNI BEKAS PEMIMPIN PKR DATANG KE MAHKAMAH 9.1.2012 NANTI UNTUK UCAPKAN SELAMAT JALAN KEPADA ANWAR IBRAHIM KE BAMBOO HOUSE. YE!!!Senarai Pemimpin PKR keluar parti
Bekas Timbalan Presiden, Dr. Chandra Muzaffar
Bekas Ketua Angkatan Muda, Ezam Mohd. Noor
Ketua Penerangan, Ruslan Kassim
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT), Zainur Zakaria
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT), Datuk S. Nallakarupan
Pimpinan awal ketika PKR mula ditubuhkan seperti:
Bekas Naib Presiden, Marina Yusuff
Bekas Setiausaha Agung, Mohd. Annuar Tahir
Bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari
Bekas Setiausaha Angkatan Muda Keadilan, Lokman Noor Adam
Bekas Naib Ketua Pemuda Keadilan, Muhammad Zahid Md Arip
Bekas Timbalan Pengarah Pilihan Raya Keadilan, Hamdan Taha
Bekas Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Salehuddin Hashim
Setiausaha Pergerakan Pemuda PKR Sabah, Faizal Julaili
Setiausaha PKR Bahagian Papar, Awang Mumin Awang Marali
Bekas Bendahari Agung, Abdul Rahman Osman
Bekas Naib Presiden PKR, Saidatul Badru Tun Said Keruak
Naib Presiden, Jeffrey Kitingan
Datuk Zaid Ibrahim
Ketua Angkatan Muda (AMK) Kuala Selangor , Nazaruddin Darmawan
Ketua Wanita Kuala Selangor, Fauziah Sulaiman
Bekas calon PKR Teluk Kemang / antara pengasas PKR, Abdul Manap Shahardin
Bendahari Parti Keadilan Rakyat (PKR) Hulu Selangor, Datuk Dr Halili Rahmat
Ketua PKR Tanjung Malim / Ketua Penerangan PKR Perak, Soraya Sulaiman
Timbalan Ketua PKR Bagan Serai, Roshanita Mohd Basir
Ketua Wanita PKR Pulau Pinang, Aminah AbdullahKerusi Parlimen
Ahli Parlimen Bayan Baru - Datuk Seri Zahrain Mohamed
Ahli Parlimen Nibong Tebal - Tan Tee Beng
Ahli Parlimen Bagan Serai - Mohsin Shamsuri
Ahli Parlimen Kulim Baru - Zulkifli Nordin
Ahli Parlimen Wangsa Maju - Wee Choo Keong
Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN)
Adun Behrang - Jamaluddin Mohd Radzi
Adun Changkat Jering - Kapten (B) Mohd Osman Jailu
Adun Ngemah - Gabriel Adit Demong
Adun Lunas - Md Radzi Salleh
Adun Pelabuhan Klang - Badrul Hisham Abdullah
Adun Bukit Selambau - V. Arumugam
Bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang - Fairus Khairuddin

Tanpa Nama berkata...

12bulan je? hebat.. memang adil mahkamah malaysia

Tanpa Nama berkata...

ni baru satu kes.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...