Jumaat, 23 Disember 2011

HIPOKRASI POLITIK BARU MENDISKRIMINASIKAN ANAK MUDA KOLAR BIRU.

DIMANAKAH SUARA ADIK-ADIK HAMBA YANG BERKOLAR BIRU?
(Peringatan Kepada Kepimpinan Tertinggi Mengenai Rintihan dan Suka Duka Anak Muda Berkolar Biru Yang DIlupakan)

POLITIK BARU & UMNO Reform dengan sengaja mengujudkan vakum suara anak-anak muda berkolar biru. Mereka yang bekerja sebagai buruh kasar, pelayan restoran, pelayan hotel, penjual burger, penjaga kaunter, pengawal keselamatan, buruh binaan, peniaga-peniaga kecil di tepi jalan, peniaga pasar malam, bekerja di kebun-kebun, pekerja kilang, yang menjadi nelayan dan ramai lagi yang berada di dalam kategori kolar biru. Bilangan mereka lebih ramai. Mereka lebih peka kepada keadaan sekeliling. Tapi dimanakah suara-suara adik-adik hamba itu semuanya?

Mereka lebih matang dan dewasa dalam menjalani kehidupan melalui susah payah mencari sesuap nasi dan menanggung ibu bapa serta adik beradik yang ramai.

Dimanakah gambar-gambar pemimpin tertinggi negara bersama mereka?

Dimanakah pembelaan kepada mereka?

Dimanakah pakej pembangunan modal insan buat mereka?

Dimanakah gambar pemimpin-pemimpin muda yang kemarok kuasa dan gila harta bersama mereka?

Golongan pengundi muda inilah yang menentukan halatuju pada PRU13 dan FAKTA ini sengaja disembunyikan oleh pemimpin muda yang kemarok kuasa dan gila harta dari pengetahuan kepimpinan tinggi negara.

Jika golongan ini tidak di bela dan tidak didekati , percayalah REVOLUSI BUNGA RAYA akan dijayakan oleh mereka ini semuanya.

Hamba mahukan kepimpinan tertinggi negara dan jentera parti mula mendekati dan mengambil hati mereka. Hina sangatkah mereka di mata pemimpin muda yang kemarok kuasa dan gila harta? Tidak bernilaikah undi-undi mereka?

TEPUK DADA TANYA IMAN!

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...