Jumaat, 23 Disember 2011

KAK WAN JIJAH - KHIR TOYO DI PENJARA ADALAH LAKONAN UMNO.

Akaq Tak Puas Hati lah .. Ini Semua Lakunan UMNO..

AKAQ WAN JIJAH TERKEDU KHIR TOYO DI PENJARA 12 BULAN.

Masih Mampu Tersenyum Walaupun Senyuman Pahit.

Satu Malaysia sudah mengetahui bahawa pada hari ini Khir Toyo didapati bersalah dalam kes rasuah yang membabitkan pembelian dua lot hartanah di Shah Alam berpunca dari fitnah orang DAP Rasis. Semenjak mula lagi Khir Toyo mempamirkan keberanian luar biasa apabila sentiasa memberikan kerjasama dan tidak pernah menangguhkan perbicaraan. 

Tidak ada pula mana-mana pihak yang terjun dari bangunan SPRM secara sukarela ataupun kempen jelajah satu Malaysia mengatakan kesnya adalah kes fitnah II. Tidak pernah beliau berlakun duduk atas kerusi roda akibat kecederaan terlanggar land rover. Sikap lelaki berhemah Khir Toyo itu akhirnya membawa padah kepada beliau walaupun beliau berani memberikan keterangan secara bersumpah dari kandang saksi. Itulah perbezaaan paling ketara dan besar di antara Khir Toyo dengan Anwar Ibrahim dan pemimpin DAP Rasis.

Khir Toyo mempercayai dan yakin bahawa pembelian hartanah tersebut tidak menyalahi undang-undang dan bukanlah rasuah. Namun nasib tidak menyelebelahi beliau pada waktu ini. Sudah tentu beliau telah mendapat nasihat-nasihat bagi setiap tindakannya itu. 

Hartanah tersebut kini di sita dan dikembalikan kepada kerajaan Malaysia. Takpalah. Redho dan sabar sahajalah. Khir Toyo masih berpeluang untuk membuat rayuan ke atas keputusan mahkamah dan berpeluang untuk mendapatkan pengampunan Sultan negeri Selangor. 

Dalam sejarah politik Selangor beliau merupakan orang kedua selepas Dato Harun Idris didapati bersalah atas pertuduhan rasuah. Malah sebelum ini pun berapa ramai ahli politik didapati bersalah di atas pertuduhan rasuah. Anwar Ibrahim pernah didapati bersalah di atas penyelewengan kuasa. 

Jadi ianya bukan indikasi kepada sebarang deduksi bahawa UMNO kuat mengamalkan rasuah. Beberapa sebelum ini Sharif Jajang didapati tidak bersalah di atas pertuduhan rasuah. 

Hamba ucapkan tahniah kepada mahkamah dan kepada pihak SPRM cuma kes tangkapan ke atas sejumlah besar pemimpin DAP Rasis Selangor tempohari janganlah dilupakan terus dan failnya di simpan di Arkib Negara pula. Kepada Khir Toyo teruskanlah merayu terhadap keputusan hakim tersebut. Anda masihberpeluang membuktikan anda tidak bersalah.

TEPUK DADA TANYA IMAN!
Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...