Selasa, 27 Disember 2011

ISU MADRASAH SALIHIAH KANCHUT, BILA PAS HENDAK MENJADI TUHAN DAN NABI AKHIR ZAMAN.


ISU MADRASAH SALIHIAH KANCHUT KEDAH bukanlah satu isu yang ringan dan boleh dipermudahkan. Madrasah tersebut didirikan di atas tanah wakaf. Madrasah itu pula sudah berusia lebih 100 tahun berjasa kepada masyarakat setempat sebagai tempat belajar dan mendalami ilmu agama. Kompleks membeli belah pula hanya setakat untuk berlibur dan menambahkan kemaksiatan. 


Petikan dari Laman Web PPIM
FAKTA MADRASAH SALIHIAH KANCHUT
Jalan Tambang Badak, Alor Setar, KEDAH
DIBINA pada tahun 1327 Hijrah atau 1909. Kini berusia 102 tahun.
Bangunan yang asalnya diperbuat daripada kayu itu diasaskan antaranya oleh Hajah Aisyah.
Tapak asal Madrasah Salihiah adalah kira-kira 0.1 hektar namun mengecil kepada 0.08 hektar selepas sebahagian daripada tanahnya diambil untuk tujuan pembinaan jalan raya.
Tapaknya berstatus tanah wakaf khas yang dikhususkan untuk orang Islam bagi tujuan pembinaan masjid atau surau dan ia tidak pernah diganggu sejak sekian lama.
Madrasah itu kini mempunyai kira-kira 200 ahli kariah, bahkan kariah dari Jalan Titi Siam, Kampung Pisang, Jalan Menanti dan umat Islam lain juga menggunakan kemudahan yang ada di madrasah itu.
Setelah sekian lama digunakan, pada 23 Oktober 2011 pihak Madrasah Salihiah menerima notis daripada Kerajaan Negeri Kedah agar mengosongkan bangunan madrasah itu untuk dirobohkan bagi memberi laluan kepada projek pembangunan.
Ahli kariah tidak berpuas hati kerana ia melanggar keputusan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Kedah pada 8 Rejab 1431 iaitu 21 Jun 2010 yang menyatakan. “Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah memutuskan bahawa surau ini hendaklah dikekalkan di tempat asalnya tanpa diruntuhkan struktur asal bangunan tersebut demi kemaslahatan jemaah berdekatan untuk beribadat dan melakukan aktiviti keagamaan.”
Namun pada cabutan keputusan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah pada 4 Julai 2011, jawatankuasa itu membuat pindaan terhadap keputusan yang dibuat pada 21 Jun 2010.
Pindaan itu membenarkan madrasah itu digantikan dengan surau baru yang dibina oleh pemaju dengan beberapa syarat ditetapkan.
Notis mengosongkan bangunan itu diberikan lagi oleh kerajaan negeri yang berakhir 10 November 2011 bagi pembangunan semula Plaza Tunku Yaacob.
Kerajaan negeri berjanji akan menggantikan Madrasah Salihiah Kanchut dengan surau baru di pusat beli-belah tersebut.
Usia madrasah tersebut lebih tua daripada usia PAS sendiri. Jadi sewajarnya PAS menghormati tempat ilmu dan bukan menggantikannya dengan sebuah kompleks maksiat besar-besaran. Jika PAS meneruskan juga usaha mereka merobohkan madrasah tersebut itu bakal mengundang kecelakaan besar ke atas semua rakyat Kedah. 


Apabila Azizan mendakwa beliau tahu hukum hakam mengenai tanah wakaf kerana belajar di Universiti Al Azhar apakah beliau turut faham mengenai natijah dan kesan kepada merobohkan sebuah madrasah bagi mengantikannya dengan sebuah kompleks membeli belah?

Apakah perlu pemberi wakaf tersebut hadir dalam mimpi Azizan dan mencekiknya barulah Azizan tidak merobohkan madrasah tersebut?



Atau adakah kini semua pemimpin, ahli dan penyokong PAS sudah menjadi TUHAN dan menjadi NABI di akhir zaman?

Jika PAS sudah merasakan begitu maka silalah roboh madrasah Salihiah Kanchut dan amaran kepada mereka ialah sebagaiman Abdul Mutalib berkata kepada tentera Abrahah sewaktu mahu merobohkan masjidil haram . " Rumah itu ada tuannya ... " 


Mampukah PAS dan Azizan menolak wabak taun, demam denggi dan malaria?

TEPUK DADA TANYA IMAN!
Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...