Selasa, 22 November 2011

KENAPA ANDA PERLU TOLAK PAKATAN HARAMJADAH?



ANDA MUNGKIN TERTANYA-TANYA SOALAN TERSEBUT. APAKAH ALASAN ANDA PERLU MENOLAK PAKATAN HARAMJADAH?. Persoalan ini juga dikemukakan dalam Konvensyen 1 Media Sosial pada hari Ahad lepas. Pakatan Haramjadah mendakwa bahawa mereka membawa perubahan besar kepada rakyat Malaysia. Mereka memperjuangkan antara lain Hak Kesamarataan untuk semua berpaksikan kepada kebebasan mutlak individu. Buku Jinggay memaktubkan janji-janji Pakatan Haramjadah. Apakah ianya mampu dicapai dan dilaksanakan? Hamba mengatakan ianya amat mustahil dicapai dan adalah karut semata-mata. 

Pakatan Haramjadah merupakan entiti berdasarkan kepada konsensus atau kesepakatan tiga buah parti politik yang berbeza idealisma dan iltizam politik antara satu sama lain. Mereka adalah pertentangan. Konflik. Bagaimana tiga agen konflik mampu berkerjasama untuk manafaat umum?

Bagi mencapai kesepakatan sudah tentulah salah satu idealisma/iltizam antara ketiganya dijadikan batu asas. Justru itu kesepakatan yang dipersetujui antara ketiganya ialah idealisma/iltizam politik Sosialisma, Liberalisma dan Pluralisma. 

Mereka bertiga boleh bersepakat bagi suatu matlamat tetapi tidak akan dapat bekerjasama mencapai matlamat tersebut. Pada akhirnya Malaysia akan terbahagi dan terpecah kepada tiga iltizam politik yang jauh berbeza antara satu sama lain. 

Ini akan melahirkan sebuah puncak KONFLIK yang akan berakhir dengan sebuah tragedi berdarah. Malaysia akan sentiasa berada di dalam konflik. Natijahnya Malaysia kehilangan daya saing dalam ekonomi, pembangunan infrastruktur dan menjadi lemah lama kelamaan. 

Oleh itu bagi mengelak Malaysia sentiasa berada dalam kancah konflik yang berpanjangan eloklah Pakatan Haramjadah ini di tolak mentah-mentah. Sebuah negara seperti Malaysia hanya mampu melonjak ke hadapan di atas semangat harmonis, toleransi dan kesederhanaan. Kesemuanya itu adalah iltizam politik Barisan Nasional.

TEPUK DADA TANYA IMAN!


Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...