Jumaat, 7 Oktober 2011

RETORIK PKR -PAS , HARI INI MENANG .. ESUK SEBELUM SUBOH BUAT JANJI BARU.


RETORIK. Apa sebenarnya RETORIK?

RETORIK dari segi bahasa Yunani Purba berasal dari perkataan 'ORAL'-Lisan dan 'RETORIKOS'-Pengucapan Awam/ Pemidato/ Pembahas/Penceramah.

RETORIK adalah suatu displin ilmu mengkaji dan menggunakan BAHASA sebagai ALAT/KUASA PERSUASIF / PENGARUH.

RETORIK mengkaji bagaimana hendak mempengaruhi dan memanipulasi tiga unsur utama yang ada pada pendengar di sebut sebagai LOGOS (Logik), PATHOS (Emosi) ETHOS (Adat Budaya). Ini dilakukan melalui lima cara, iaitu :-

1. Pendedahan/ Penemuan / Penciptaan
2. Susunatur
3. Gaya
4. Ingatan
5. Penyampaian. 

Orang yang mahir di dalam RETORIK mampu mempengaruhi dan menggerakkan pendengarnya untuk melakukan tindakan-tindakan melalui hujah-hujah. 

Kes Studi, Retorik Yang Selalu Digunakan Oleh PKR-DAP Bagi Mempengaruhi Rakyat Tidak Mempercayai BARISAN NASIONAL.

"Gaya hidup DS Rosmah. Rosmah hidup mewah. Beli cincin mewah. Tak tutup aurat. Rakyat di suruh berjimat cermat. Apa Najib buat? "

"Kerajaan belanja berbillion ringgit untuk subsidi syarikat kroni tapi potong subsidi untuk rakyat. Kebajikan apa ini?"

"Malaysia negara pengeluar minyak tapi harga minyak mahal. Negara bukan pengeluar minyak, harga minyak murah. Kerajaan tipu rakyat!"

Anda kajilah dimanakah letaknya Logos, Pathos dan Ethos dalam contoh-contoh RETORIK di atas. 

Persoalan hamba di sini ialah berapa ramaikah Pemimpin kita (BARISAN NASIONAL) mempunyai KEMAHIRAN RETORIK?

TEPUK DADA TANYA IMAN!





1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

terbaek!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...