Jumaat, 7 Oktober 2011

BAJET LELONG 220B DI BANTAI OLEH ANALISA-ANALISA INI.

Mymassa telah mengumpul analisa-analisa mantap menolak kemunasabahan dan kelogikan Bajet Lelong 220B Pakatan 'Tipo' Rakyat. Baca dan teliti serta buatlah keputusan sendiri. Jangan biarkan kemahiran RETORIK Pakatan 'Tipo' Rakyat mempengaruhi anda. 

Dr. Khir Toyo.

Bajet Pakatan: Cukup-Cukuplah Berbohong

1. Pakatan Rakyat membentangkan Bajet 2012 untuk Persekutuan berjumlah RM 220 bilion dengan pelbagai janji yang memang sangat menarik. Tidak ada sesiapa yang waras mahu menolak terus bajet Pakatan ini kerana ia menjanjikan sesuatu yang selama ini hanya menjadi impian sebahagian kita.

2. Antara yang dimasukkan ke dalam Bajet 2012 Pakatan ialah:

a. Kerajaan Pakatan Rakyat akan melaksanakan bayaran bonus warga emas sebanyak RM1,000 setahun kepada warga emas.
b. bayaran suri rumah sebanyak RM1,000
c. Elaun penjagaan anak sebanyak RM1,000 setahun kepada ibu-ibu yang layak untuk menggalakkan penyertaan lebih ramai wanita di dalam tenaga kerja;
d. RM500 sebulan bagi setiap orang guru


3. Sungguhpun tawaran bajet ini tampak sangat menarik, namun ia hanya merupakan tawaran oleh mereka yang tidak berkuasa. Justeru ia boleh menawarkan apa sahaja dan tidak perlu bertanggung jawab terhadap tawaran yang dibuat.

4. Memang benar akan ada yang menyokong dan berkata kita berilah mereka kuasa tengok sama ada boleh laksanakan atau tidak.

5. Sebenarnya kita tidak perlu pun memberi peluang mereka berkuasa untuk melihat sama ada mereka mampu melaksanakan atau tidak bajet tersebut.

6. Janji-janji yang ditawarkan ini hampir serupa dengan apa yang ditawarkan oleh Pakatan Rakyat di Selangor dalam pilihan raya 2008 lalu dan masih belum ditunaikan. Antaranya ialah,

a. Memberi bantuan RM50 sebulan seorang bagi pendidikan pra-sekolah
b. Memberi bantuan RM75 sebulan bagi setiap anak yang dihantar ke nurseri
c. menurunkan cukai pintu rumah kediaman sebanyak 20% dan cukai premis perniagaan sebanyak 10%
d. Perkhidmatan kesihatan percuma kepada warga emas di Selangor
e. Janji elaun RM 650 sebulan kepada ibu Tunggal


7. Yang ditunaikan setakat ini hanyalah air percuma 20 meter padu pertama. Itupun setelah didesak oleh Barisan Nasional Selangor agar kerajaan negeri menunaikan janji tersebut. Sehingga hari ini, janji tinggal janji sahaja walaupun lombong pasir kian berleluasa dimonopoli oleh satu syarikat sahaja.

8. Manakala bantuan kematian yang dulunya diberikan sebanyak RM 2, 000 bagi menguruskan jenazah oleh kerajaan Selangor semasa Barisan Nasional telah diubah menjadi caca-merba. Sungguhpun dinaikkan kepada RM 2, 5000 tetapi ia perlu mengisi borang lebih awal. Khabarnya, jika meninggal tetapi nama tiada dalam senarai yang mengisi borang maka tiada bantuan. Bantuan pula diberi dalam dua peringkat iaitu RM 1, 500 ketika menginggal dan RM 1, 000 selepas enam bulan.

9. Sehingga kini juga janji paling mudah iaitu untuk menurunkan cukai pintu belum dilaksanakan. Malahan khabarnya kerajaan negeri telah menjalankan perancangan bijak untuk menaikkan cukai pintu melalui kaedah menaikkan nilai hartanah di seluruh negeri Selangor.

10. Jika dilihat secara teliti, tidak banyak perbezaan antara janji Pakatan di Selangor pada 2008 dengan Bajet Pakatan 2012 ini. Justeru sukar untuk orang ramai, kecuali yang taksub atau membenci BN, akan percaya dengan bajet Pakatan ini. Jika di Selangor pun banyak dimungkiri selepas memegang kuasa, apatah lagi jika menang Persekutuan.

11. Hakikatnya bukan soal memberi peluang kepada Pakatan, tapi rekod jelas menunjukkan Pakatan selalu memberi janji yang tidak dapat ditunaikan. Jika mahu mencuba atau memberi peluang pun biarlah dengan perkiraan yang betul, bukan sekadar menilai apa yang dijanjikan semata. Berjanji memang mudah tapi menunaikankannya selalunya tidak seindah janji.

12. Sebagai Penasihat Ekonomi Negeri Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim sepatutnya membuktikan dulu keupayaan menggembleng ekonomi dan pentadbiran Selangor sebelum bercakap soal Persekutuan.

13. Selangor merupakan antara negeri terkaya di Malaysia dan hanya mempunyai penduduk seramai 5 juta berbanding Malaysia mempunyai 28 juta rakyat. Malangnya, hampir setiap tahun selepas memegang jawatan kerajaan negari akan beberapa kali memohon bajet tambahan yang mencerminkan perancangan kurang cekap.

14. Jika untuk membuat bajet bagi 5 juta rakyat Selangor dan 56 kawasan Dewan Undangan Negeri pun kelihatan "terhoyong-hayang", apatah lagi untuk melaksanakan Bajet Persekutuan yang membabitkan 28 juta rakyat, 222 kawasan Parlimen dan 14 buah negeri.

15. Baru-baru ini, bagi menunjukkan kecekapan, kerajaan Selangor mengumumkan peningkatan simpanan tunai. Kalau wang tidak dibelanjakan untuk pembangunan dan perkhidmatan memanglah berbilion kerajaan boleh simpan. Namun apa terjadi kepada pengurusan prasarana di bawah negeri seperti pengurusan sampah dan jalan-jalan PBT? Sangat menyedihkan. Hampir tiada lagi jalan PBT yang tidak berlubang. Sampah di banyak kawasan juga kelihatan berlonggokkan tanpa tindakan.

16. Tender-tender kerja PBT yang sebelum ini dikatakan terbuka dan telus juga hanya sekadar omongan kosong dan retorik ucapan sahaja.

17. Hakikatnya, sebelum Anwar menyalahkan pelbagai pihak di peringkat Persekutuan, Allah telah memberi beliau lima negeri untuk dibangunkan. Sehingga kini tidak nampak pun aura dan kehebatan pemimpin numero uno Pakatan Rakyat ini membangunkan kelima-lima negari ini.

http://www.drkhir.com/2011/10/bajet-pakatan-cukup-cukuplah-berbohong.html
Prof Siva.

 

Pengarang Utusan Malaysia.



Tolaklah Pakatan Retorik

TEPUK DADA TANYA IMAN!


Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...