Pemimpin Revolusioner Arab Tapi Pemerintahannya Seperti Khalifah Islam.
LIBYA. Arus kebangkitan yang dilabelkan sebagai 'Kebangkitan Arab' (The Arab Spring) menyebabkan perubahan mendadak dalam komposisi politik di negara-negara Arab. Ianya terlalu panjang untuk dirungkaikan. Kejatuhan kerajaan-kerajaan yang terbentuk selepas Perang Dunia Kedua terutama dalam era Perang Dingin kini digantikan dengan kerajaan-kerajaan baru yang pro-Barat. Pengalaman Libya merupakan sesuatu yang amat mengejutkan. Ini kerana Libya bukanlah sebuah negara yang kita ketahui mengamalkan pemerintahan kuku besi mahupun kebajikan rakyatnya terabai. Libya pernah mencapai KDNK dan pendapatan per kapita tinggi pada era 80an mengatasi Singapura. Malah Libya di bawah Muammar Gaddafi mengamalkan polisi-polisi kebajikan untuk rakyat sejak sekian lamanya. Antara polisi-polisi pemerintahan Muammar Gaddafi bagi kebajikan rakyat ialah:-
Memang tidak masuk akal kenapa sebuah pemerintahan yang begitu prihatin kepada kebajikan rakyat masih juga tumbang akibat demonstrasi jalanan. Ini bukan sebuah negara yang mengabaikan kebajikan rakyatnya. Amat menghairankan kenapa ada sebahagian kecil rakyatnya terpengaruh dengan demontsrasi jalanan. Tidakkah selama lebih 40 tahun rakyatnya menerima pelbagai insentif dan bantuan terus daripada kerajaan mereka? Apakah itu masih tidak mencukupi buat para demonstran? Apakah rasionalisasinya? Cuba kita renungkan dan bandingkan dengan apa yang berlaku di negara kita sendiri.
- SETIAP rakyat Libya menerima imbuhan daripada hasil minyak pertrol yang dimasukkan terus ke akaun bank masing-masing.
- GADDAFI pernah bersumpah bapa dan keluarganya tidak akan memiliki rumah selagi tiap rakyat Libya tidak mempunyai rumah. Bapa Gaddafi sudahpun meninggal dunia tanpa mempunyai rumah, Gaddafi serta anak dan isterinya masih duduk di dalam khemah.
- BANK Libya tidak mengenakan sebarang faedah dalam urusniaga.
- RAKYAT yang mahu bertani atau berladang akan diberikan tanah, haiwan ternakan dan benih percuma.
- RAKYAT tidak dikenakan sebarang bayaran untuk penggunaan letrik.
- PENDIDIKAN diberikan secara percuma kepada semua gologan masyarakat.
- KEMUDAHAN perubatan juga diberikan percuma.
- PASANGAN pengantin baru akan mendapat sekali bayar berjumlah 6,000 dinar sebagai insentif perkahwinan.
- PEMBELIAN kenderaan diberi pembiayaan kewangan tanpa faedah.
- SISTEM pengairan dan saliran yang hebat dibina bagi membolehkan kawasan pertanian berskala besar dijalankan sekaligus mengelak rakyat negara itu daripada bergantung sumber asing.
- RAKYAT dan negara Libya menikmati mutu kehidupan yang tinggi berbanding negara Afrika yang lain.
- LIBYA mempunyai kadar kematian bayi yang paling rendah dan kadar hayat yang tinggihasil dari kemakmuran negara itu.
- KADAR celik huruf adalah 90% sedangkan semasa rampasan kuasa oleh Gaddafi terhadap Raja Idris kadar celik huruf hanya 10%
TEPUK DADA TANYA IMAN!
4 ulasan:
Ternyata satu balasan untuk NTC dan NATO, pakatan rakyat di malaytsia memang perangai macam NATO dan yahudi, sama la macam mahammaed jibrail tu.......
lepas ni libya akan jadi macam iraq, sampai hari masih tak aman lagi, ekonomi apatah lagi , lagi menderita rakyat berbanding arwah saddam.....
Tu la pasal nya bro
dap-pkr-pas ni agen PEMUSNAH
kalau diorang kalah pada pru 13 gerenti diaorg akan berdemontsran
ada orang kata kesilapan muammar ialah tdk guna media baru untuk tangkis fitnah dan dakyah pembangkang.
Catat Ulasan