Isnin, 24 Oktober 2011

MUFLISKAN EKONOMI SELANGOR PROJEK OBERHOL RM 1.6 BILLION!

Awat Busyukknya Bau Projek Oberhol Ni Khalid?!!!

OVERHAUL. Pernahkah anda melakukan overhaul engine kereta anda? Berapakah kosnya? Kebiasaannya jika kosnya terlalu tinggi anda akan membeli kereta baru. Itu barulah di kira ekonomikal / jimat cermat/ berhemah. Lain halnya pula dengan cara ekonomikal pentadbiran dap-pkr-pas yang memikirkan betapa  ekonomikal/berhemah meluluskan sebuah projek overhaul bangunan! Ianya menelan belanja sejumlah RM1.6 billion! Apakah rasionalnya melakukan oberhol ke atas sebuah bangunan yang bukan bercorak komersil dan mampu memberikan pulangan ekonomi yang lumayan kepada pelaburan yang di buat?


Terdahulu kita digula-gulakan dengan 'kejayaan cemerlang' pentadbiran dap-pkr-pas mengumpul wang simpanan sejumlah RM1.1. billion. Adakah ianya benar? Sudahkah ianya disahkan, diauditkan dan diberikan Sijil Pengesahan audit oleh Ketua Audit Negara sedangkan Tahun Kewangan bagi 2011 masih belum berakhir. Ini akan disusuli oleh artikel selepas ini. Dalam Projek Oberhol RM1.6 billion ini kita hendak bertanya soalan-soalan berikut kepada pentadbiran dap-pkr-pas yang masih lagi gagal memnyempurnakan janji-janji bulan dna bintang dalam Manisfesto mereka pada 2008:-
  1. Istilah Oberhol Bangunan ini istilah cerdik mana di ambil ? Kalau baikpulih bangunan logik juga. Apakah ianya bermakna menutupi corah penyamunan secara tindakan korporat?
  2. Dari manakah sumber kewangan yang bakal diperolehi untuk melaksanakan Projek Oberhol RM1.6 billion ini? Pinjaman Sindikasi antara bank? Bank mana? Pinjaman kepada kerajaan Persekutuan? Bagaimana?
  3. Adakah ini bermakna kontraktor utama memperolehi hak ke atas bangunan tersebut? Weh, makin kurenglah pemilikan aset PKNS.
  4. Oberhol ke Merompak untuk dana pilihanraya?
  5. Bagaimanakah cara dan apakah butiran Perjanjian Usahasama yang dimasukki oleh PKNS dengan kontraktor? Ada berani dedah tak di bawah Akta Informasi Selangor?
  6. Apakah keuntungan ekonomi kepada rakyat yang rata-rata tertekan dengan kenaikan sewa ruang niaga di kompleks membeli belah PKNS di seluruh Selangor?
  7. Kenapakah Projek lain yang lebih utama dan memberikan impak besar kepada rakyat seperti LANGAT 2 tidak diberikan peruntukan yang sebesar ini?
OBERHOL BANGUNAN konon katanya. Kalau hendak buat lawak jangan bertanding dalam PRU13 dan menjadi MAHARAJA PEROMPAK elok kesemua pentadbiran dap-pkr-pas bertanding sahaja dalam ASTRO RAJA LAWAK dan seterusnya ke pusingan MAHARAJA LAWAK ASTRO. Berpada-padalah kalau hendak Mufliskan Ekonomi Selangor. Kenapa tidak oberhol tempat kutipan sampah ini saja?



TEPUK DADA TANYA IMAN!




Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...