Jumaat, 14 Oktober 2011

EKSKLUSIF: RAHSIA BESAR BERSIH 2.0 DIRUNGKAI. SIRI 1

DIALEKTIKA & KONTRADIKSI IDEOLOGI POLITIK DI MALAYSIA. 


وَكَيْفَ تَصْبِرُ عَلَىٰ مَا لَمْ تُحِطْ بِهِ خُبْرًا
Dan bagaimana engkau akan bersabar ke atas perkara yang engkau  tidak mengetahuinya secara meliputi 
(ayat 68 Surah Al Kahfi- Peringatan daripada Nabi Khidir a.s. kepada Nabi Musa a.s.)

Pada kali ini hamba mengajak semua merenungi dan memahami apakah yang sedang berlaku dalam Politik di Malaysia ini. Bagaimana kita mampu bersabar jika kita tidak mempunyai pengetahun (ilmu secara mendalam dan terperinci) mengenai pemikiran Pakatan Tipo Rakyat?

Kita amat perlu memahami secara meliputi dan mendalam pemikiran Pakatan Tipo Rakyat untuk mengatasi mereka dalam semua isu-isu berbangkit.  Segala isu-isu yang dibangkitkan oleh Pakatan Tipo Rakyat adalah kontradiksi yang terhasil daripada gerakkerja pemikiran bagi menghasil suasana dialektika.

Dialektika bermaksud 'Dialog' iaitu 'Komunikasi dua hala'. Istilah ini telah wujud sejak zaman Yunani Purba dalam memahamkan bahawa segala sesuatu berubah. Bagi penganut Pakatan Tipo Rakyat (DAP PKR Sosialisma) pemahaman dialektika adalah amat penting. BERSIH adalah sebuah gerak kerja pemikiran dialektika yang telah dilakukan bagi menghasilkan kontradiksi yang disasarkan kepada UMNO. Di bawah adalah sebuah petikan di ambil dari sebuah tulisan anggota Panel Pemikir Pakatan Tipo Rakyat, menulis:-
Tunjuk perasaan 9 Julai 2011 dahulu adalah satu dialektika yang telah mengubah lanskap politik negara kita. Dialektika iailah hukum semula jadi alam ini. Hukum alam ini lahir dari kontradiksi. Kontradiksi ini wujud disekeliling kita. Semua wujudiah dihadapan mata kita ini wujud dengan kontradiksi. Hanya kita kurang sedar akan kewujudan kontradiksi ini. Ini kerana kontradiksi tidak dapat dipegang atau dilihat tetapi boleh dianalisa untuk difahami.
Apakah kepentingan pemahaman dialektika dan kontradiksi pada Pakatan Tipo Rakyat? Seterusnya di tulis
Tidak memahami kontradiksi bermakna tidak memahami bagaimana dunia dan alam ini bergerak. Apabila dua pekara berkontradiksi/bertentangan maka akan muncul satu pekara yang baru. Pertentangan dua pekara ini pasti akan melahirkan satu yang baru.

Hukum ini lahir semenjak alam bermula. Kita sebagai makhluk yang befikir boleh menggunakan akal dan fikrah untuk memahami hukum hukum dan kontradiksi ini. Mengenal dialektik dan kontradiksi amat penting untu memahami politik negara.
Tanpa pemahaman kosep dan falsafah kontradiksi ini maka semua pemahaman politik akan salah. Ini sama juga seperti memganalisa politik tanpa memahami kelas. Apa sangkut paut dialektik dan kontradiski dengan 8 tuntutan Bersih? Jawabnya –tunjuk perasaan Bersih 2.0 telah menajamkan pelbagai kontradisksi-kontradiksi kecil yang sedia wujud . Sebelum berpanjangan biar saya terangkan disini tentang peranan tunjuk perasaan.  
Apabila air dimasak - api berkontradiksi dengan air - maka wap akan lahir. Wap adalah pekara yang baru yang dimaksudkan itu. Apabila orang ramai turun ke jalan raya maka berlaku bertentangan antara para demonstran di jalan raya dengan elit politik yang berkuasa. Tidak dapat tidak akan lahir sesuatu yang baru.

Bermakna, BERSIH digunakan sebagai satu gerak kerja atau Alat Politik bagi menghasilkan Kontradiksi bertujuan melahirkan sesuatu yang baru. Inilah juga yang di bawa oleh pemikiran Politik Baru. Sasaran Utama ialah menajamkan lagi kontradiksi-kontradiksi yang sedia ada dalam 'golongan elit' UMNO.


Jelaslah bahawa Pakatan Tipo Rakyat berusaha mengujudkan suasana dialektika bagi menajamkan kontradiksi-kontradiksi di dalam masyarakat Malaysia. Bukankah ini sesuatu yang disengajakan di atas sebuah NIAT JAHAT? 


Bersambung ke SIRI 2.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Adakah usaha BN cuba menghapuskan sama sekali pembangkang dengan segala macam cara dan kesempatan patut dibiarkan sahaja. Adakah cara BN meneruskan kelansungan penguasaan Politik Malaysia bersih dan terlepas dari salahlaku. Apa yang kita lihat ada kewajarannya BERSIH 2 dilakukan asal saja kita dari jenis yang boleh berfikir dan membuat pertimbangan dan bukannya tukang turut yang setia.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...