Tun Dr Mahathir hidup masa Jepun menyerang dan menakluk Tanah Melayu pada 1942 -1945 (umurnya sudah 17,18,19 tahun-cukup dewasa untuk tahu dan mengerti). Pada 1950, umurnya sudah 25 tahun.
Pada masa arwah Dato Onn, Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak menentang Malayan Union, beliau sudah mengerti apakah makna kemerdekaan. Pada 1951 di awal penubuhan PAS, beliaau sudah tahu siapa PAS.
Tun Dr Mahathir hidup dan melalui semua zaman-zaman kritikal Tanah Melayu. Sebutlah apa peristiwa yang beliau tidak tahu dan tidak faham? Beliau jugalah seoranga ktivis mahasiswa yang lantang bercakap dan mempertahankan hak-hak Melayu.
Beliau jugalah yang mengkritik lantang PAP dan Lee Kuan Yew sebagai Pro Cina dan anti Melayu. Beliau mengenali siapa musuh, lawan dan kawan.
Bukan seperti Isham Rais yang ketakotan lari ke luar negara bersuaka politik di Belgium selama 21 tahun sedangkan masa itu di Malaysia pihak polis dan anggota tentera sedang berperang dengan pihak komunis.
Dalam isu kenyataan penuh kontorversi Mat Syabu, Tun Dr Mahathir telah menyindir keras-Biar Mat Syabu terus bercakap Rayat boleh menilai dan melihat siapa di belakang mereka.
Fahami betul-betul rangkap ini :- "BIAR MAT SYABU TERUS BERCAKAP..." beliau menyindir kenapa dibiarkan Mat Syabu terus bercakap.
Dan rangkap ini:- "..... RAKYAT BOLEH MENILAI DAN MELIHAT SIAPA DI BELAKANG MEREKA" Rakyat sudah menilai dan melihat siapa yang kuat dan siapa yang lemah.
Kenapa masih ada yang tersengih ?
2 ulasan:
Opp lalang nak kena buat lagi kaaa ????
Kali ini namakan sebagai OPS MERDEKA
Catat Ulasan