Jumaat, 9 September 2011

KEMERDEKAAN APAKAH YANG ANDA MAHU?

Isu Mat Indera bukan polemik tetapi isunya mengenai maruah bangsa maruah agama dan maruah negara. Sejarah bukanlah "Mainan Persepsi' Sejarah adalah fakta peristiwa yang berlaku. Penilaian kepada fakta sejarah itulah yang sedang hangat diperbincangkan. Adakah salah menilai Mat Indera sebagai PENGKHIANAT dari kacamata sejarah?

Mat Indera adalah seorang Melayu. Agamanya Islam tapi fahaman perjuangannya adalah KOMUNIS. Nilai komunis adalah bertentangan dengan Islam. Apabila ada dua nilai yang bertentangan maka sudah tentulah matlamat perjuangannya adalah sia-sia. 

Samalah seperti keadaannya PAS. PAS namanya ada ISLAM, tapi dalam siasah Islam tiada parti politik. Siasah Islam adalah penyatuan bukan kesatuan. Hanya dalam perbahasan ilmu Fiqh sahaja ada perbezaan pendapat. Ini kerana ilmu Fiqh lahir ratusan tahun selepas wafatnya baginda Rasullullah s.a.w. Tetapi adakah itu bermakna Ilmu Fiqh ini bersalahan dengan al Qur'an dan hadis? Sudah tentu tidak. 

Berbalik kepada isu Mat Indera dan sebarang pengiktirafan kepada mana-mana pihak dalam soal perjuangan menuntut kemerdekaan, adakah sejarah negara ini mengiktiraf perjuangan pengganas komunis sebagai pejuang kemrdekaan?

Pengganas komunis mengangkat senjata untuk halau siapa ? British atau orang Melayu yang beragama Islam? Atau komunis berjuang untuk menghalau kedua-duanya sekali? Apa yang jelas dari sejarah pada abad ke 21, perjuangan komunis ialah menentang kapitalis yang di dakwa oleh mereka sebagai kuasa imperialis dna feudal. Mereka bermusuhan dengan demokrasi. 

Ini bermakna pengganas komunis berjuang untuk menghapuskan kapitalis, imperialis dan feudalis. Tanah Melayu pada tahun-tahun selepas perang dunia ke dua ada kesemuanya. Kapitalis adalah sistem ekonominya. British adalah kuasa imperialis yang menguasai pentadbiran negeri-negeri melalui sistem Residen. Manakala Raja-raja Melayu adalah golongan feudalis. 

Tidakkah itu bermakna PKM berjuang untuk menghapuskan sistem ekonomi, British dan Raja-raja Melayu sekaligus? Kenapa PKMM keluar UMNO? PKMM keluar UMNO kerana PKMM mahu menghapuskan Raja-raja Melayu dan golongan feudal Melayu yang mereka labelkan sebagai Bangsawan kini mereka labelkan sebagai Elitis. 

Sudah tentulah Mat Indera berjuang di dalam PKM untuk menghapuskan British dan Raja-raja Melayu. Perjuangan komunis juga turut mahu agama dihapuskan dan diamalkan mengikut kehendak pemerintah POLITBURO KOMUNIS. Ini perbezaan yang paling ketara antara UMNO dengan PKM. 

Ternyata UMNO memperjuangkan kemerdekaan tanpa menghapuskan sistem ekonomi dan Raja-raja Melayu tetapi menghalau keluar British. 

PKM memperjuangkan sebuah negara Komunis merdeka. UMNO memperjuangkan sebuah negara demokrasi Raja Berperlembagaan merdeka. Mana satu pilihan anda? Ingat Mat Indera berjuang untuk menghapuskan Raja-raja Melayu dan agama Islam. 

Pejuang-pejuang kemerdekaan terdahulu dari abad ke 15 sehingga abad ke 19 semuanya berjuang untuk menghalau kuasa-kuasa Eropah tetapi mereka semuanya adalah golongan bangsawan dan feudal Melayu. Penyudah perjuangan kemerdekaan yang dimulai oleh golongan bangsawan dan feudal Melayu itu akhirnya di tangan bangsawan dan aristokrat Melayu dengan bantuan rakyat jelata. 

Jangan lupa KONTRAK SOSIAL/ WAADAT antara Demang Lebar Daun dengan Seri Tribuana. Hanya apabila Raja-raja Melayu bersatu hati dengan rakyat jelata (Melayu) barulah segala kehendak terjadi dengan izin Allah subhanahu wa Ta'ala. Membuang Raja bermakna menempah maut, membuang rakyat menjadi tulah angkara. Bersatu Raja dengan rakyat barulah aman sentosa berdirilah NEGARA.


Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...