Jumaat, 30 September 2011

PAS & KAK WAN JIJAH SERUPA SAJA.


Dalam PKR ada de facto Ketua dan de boneka Ketua. Dalam Pakatan 'Tipo' Rakyat DAP adalah Ketua. Anwar Ibrahim jadi jurucakap. PAS jadi boneka dan kadangkala jadi anjing setia. Dari segi usia penubuhan dan bilangan ahli, PAS lah yang lebih terkanan dan teramai ahli. Di mana justifikasi Agenda PAS tiada dalam Buku Jingga dan konsensus Pakatan 'Tipo' Rakyat?

DAP berkuasa dan kuat kerana Anwar Ibrahim dan PAS. Ini realiti bukan mimpi di siang hari. Semua orang nampak realiti ini. Kalau bukan kerana Anwar Ibrahim dan PAS, DAP masih mengemis sana sini. 

Kalau bukan kerana Anwar Ibrahim dan PAS, di mana DAP pada hari ini? Semakin hari DAP semakin mengukuh kedudukan dalam Pakatan 'Tipo' Rakyat. Anwar Ibrahim dan PAS pula? Bagaimanakah nanti untung nasib orang Melayu dan Islam dalam Pakatan 'Tipo' Rakyat?

Sejenguk melalui tingkap masa, kita melihat Melayu dan Islam akan banyak ketinggalan dalam serba serbi berada di bawah Pakatan 'Tipo' Rakyat. Jangan haraplah kepentingan Melayu dan Islam akan dipertahankan oleh DAP. 

Jika kita mencabut Anwar Ibrahim dan PAS di dalam Pakatan 'Tipo' Rakyat tanpa mengambil sebarang inisiatif untuk mencabut segala-galanya dalam DAP, masalah yang sama pasti berulang. 

Ini bukanlah soal Hudud terlaksana atau tidak tetapi soal dimanakah kepentingan Melayu dan Islam di dalam perjuangan DAP. Pernahkah anda melihat sebarang reaksi positif DAP terhadap kepentingan Melayu dan Islam? Kita hanya melihat lakunan sahaja. Samalah dengan lakunan drama Hudud pada hari ini dan filem Namebabewee Nasi Lemak. 

Terhidang kepada kita bukanlah Nasi Lemak halal tapi Nasi Lemak yang hanya boleh di makan oleh orang Cina dan India sahaja. Nasi Lemak orang Melayu, orang Cina dan India boleh makan. Fikirkanlah dalam-dalam. 

TEPUK DADA TANYA IMAN!

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...