Jumaat, 30 September 2011

AIR, TOL, PENGANGKUTAN AWAM, KEPENTINGAN MELAYU & KAUM INDIA FAKTOR KEMENANGAN BN DI SELANGOR.



Sejauhmana sebenarnya komitmen untuk menang di Selangor dan seluruh Malaysia? Pentadbiran DS Najib benar-benar komited untuk menang, Itu tidak dipersoalkan. Tidak diremehkan. Tidak dipertikaikan. Sejauhmana pula kejujuran para pemimpin BN dan segala NGOs dan segala CEOs GLC membantu komitmen pentadbiran DS Najib? 

Forum mengenai krisis air di Selangor semalam banyak membuka mata dan minda hambe sendiri. Semalam, kakitangan SYABAS, NAHRIM, FOMCA, SWAN dan pakar konsultan kerajaan membuka lembaran baru. Mereka menunjukkan komitmen yang tinggi untuk membantu pentadbiran DS Najib mencapai matlamat di Selangor. 

Mereka menangani isu AIR yang menjadi punca kekalahan teruk BN di Selangor. Pendedahan segala maklumat, data dan statistik mengenai krisis air di Selangor begitu telus dan transparen tiada yang disembunyikan.

Isu air, tol, pengangkutan awam, kepentingan kaum Melayu & India wajib diberikan perhatian penuh dan total. Jangan diperkecilkan isu-isu berkenaan. Inilah isu-isu yang menjadi tanda aras kepada kekalahan dan kemenangan antara dua pihak bertentangan BN dengan Pakatan Haramjadah. 

Krisis Air di Selangor kini semakin meruncing. Ini bukan perkara mainan strategi politik. Jika tidak ditangani secara betul, Selangor bakal hilang kapasitinya sebagai negeri berdaya maju dan saing. Apa akan terjadi? Segalanya akan berpindah ke Pulau Pinang.  Putera Katak Guan Eng bukanlah sengaja menghina Johor. Ada tujuan dan maksud hendak dicapai olehnya.

Dalam isu tol, kerajaan hanya perlu memansuhkan tol Batu Tiga dan mengurangkan kadar tol Sg Rasah. Manakala dalam isu pengangkutan awam, kerajaan perlu dan wajib memperjelaskan perancangan serta polisi mereka kepada rakyat setiap masa dan ketika.

Kepentingan kaum Melayu dan India cukup mudah. TERAJU wajib menyeluruhkan kesemua penglibatan Melayu dalam bidang ekonomi penting di perbandaran dan bukan hanya menjadi penjaja pasar malam sahaja. Perbandaran mestilah sesuai dan kondusif mengikut persekitaran adat resam Melayu dan agama Islam. Kemudahan pinjaman perumahan dan komposisi keseimbangan penduduk wajib diperketatkan.

Inilah faktor-faktor kemenangan bagi BN di Selangor. Lupakan saja Namebabewee, lupakan saja soal perkecohan, lupakan saja isu-isu sampingan seperti Hudud (kerana Hudud tetap tertegak jua apabila TAUHID UTOH). Tangani semua isu-isu di atas. Barulah cahaya kemenangan semakin tampak jelas.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...