Jumaat, 30 September 2011

MAT SYABU TUNJUK MACHO DEPAN KAK WAN JIJAH.


Sekur lagi calun Putera Kodok idaman hati buat kak Wan Jijah yang kesunyian lagi sepi. Mat Syabu berkata beliau tidak gentar dengan amaran PERKASA NEGERI SEMBILAN. 


PERKASA N9 telah memberikan amaran akan membuat protes lagi terhadap Mat Syabu jika beliau berceramah di Negeri Sembilan.

Mat Syabu dijangkakan akan memberi ceramah di DUN Paroi pada 6hb Oktober ini.

"Saya tidak rasa apa-apa (dengan amaran itu). Sebenarnya mereka yang gelisah. Saya telah didakwa, (jadi) tunggu mahkamah (buat keputusan).

"Saya akan terus berceramah kalau dapat jemputan," katanya ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.



PERKASA Negeri Sembilan tetap menuntut Mat Syabu memohon maaf di atas kenyataannya mengenai peristiwa Bukit Kepong. Insiden di Ampangan, Seremban yang menyebabkan tercetus perkecohan akibat protes PERKASA Negeri Sembilan tempohari.


Mungkin Mat Syabu telah mempelajari seni bela diri dalam sebuah klip video sebelum ini. 


Kita tengok sajalah nanti mana keutamaan Mat Syabu yang sahabat bloger MPP labelkan sebagai 'sudah dirasukki semangat Mat Indera'. Apapun kita tanya komen akaq Wan dengan Isham Rais. Ehhh .... hilang lagi!


TEPUK DADA TANYA IMAN!

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...