Ahad, 25 September 2011

JOM RENUNGI! KEBANGKARAPAN BUAH FIKIRAN & KEMISKINAN AKHLAK PAKATAN PRO KOMUNIS.



Orang PAS banyak salah faham mengenai Islam. Bahkan, dakyah melalui tazkirah dan ceramah selama berpuluh tahun menyebabkan mereka menyangka mereka berada di pihak yang benar. 

Ketaksoban dan assobiyah sudah lama mendarah daging di dalam pemikiran dan tindak tanduk mereka selama ini. Mereka amat sukar untuk menerima sebarang perbezaan pendapat. Malah mereka terlalu cepat menghukum tanpa usul periksa yang teliti. 


Sifat dan sikap begitu amat memudaratkan kepada Islam sendiri. Malah ianya mengundang perbalahan yang tiada berkesudahan. Inlah yang terjadi sejak 1951. 


Bertambah buruk apabila adanya pemimpin-pemimpin PAS seperti Mat Sabu, Hj Hadi, Nizar Jamaluddin, Pok Nik, Husam Musa, Zulkefly Ahmad, arwah Ibrahim Libya, Mahfuz, Mustapha Ali, Khalid Gereja dan Idris Ahmad. Keadaan semakin teruk apabila PAS bergabung dengan DAP dan PKR.  


Mereka tidak membuka ruang langsung untuk bekerjasama dengan UMNO malah terus menerus menjauhi diri mereka daripada UMNO.


Peluang-peluang untuk bergabung dengan UMNO sentiasa dipatahkan dan di pandang dengan fikiran penuh prejudis terhadap UMNO.


Minda dan mentaliti penyokong PAS termasuk anak-anak muda yang dikaderkan oleh PAS terus menerus diisikan dengan pelbagai sifat assobiyah dan kebencian kepada UMNO. Perkembangan ini tidak sihat bagi mengujudkan suasana kondusif kepada perpaduan ummah.


PAS sewajarnya berhenti sejenak dan muhasabah perjalanan mereka dalam politik. Belajar mengakui kesalahan dan kesilapan mereka sendiri dan berubah sepertimana yang diamalkan oleh pentadbiran DS Najib. 


Insya Allahu Ta'ala jika itu berlaku, tidak mustahil rakyat Malaysia lain memberikan kepercayaan dan keyakinanan mereka bagi umat Islam negara ini melaksanakan apasaja yang terkandung di dalam al Qur'an dan Hadis dengan kerelaan hati tanpa sebarang paksaan.


Mampukah kepimpinan PAS berfikir ke arah itu?


TEPUK DADA TANYA IMAN!

3 ulasan:

C L J berkata...

JOM MUHASABAH DIRI ...

Tanpa Nama berkata...

puak pas memalukan diri sendiri!!!!
UMNO/BN telah membina apa yg negara lain cuba bina.....politik yg stabil,ekonomi yg
memberangsangkan,keharmonian kaum yg bertoleransi,prasarana utk beribadah umat islam dan kaum lain diutamakan,kebajikan golongan miskin dan perumahan rakyat ditekankan,institusi dan kewangan islam mantapkan....maka negara luar memberi kredit kpd negara sebagai sebuah negara islam contoh.!!

dr:jiwakita

Tanpa Nama berkata...

Yang terbaik adalah PAS dibubarkan dengan segera. Selagi adanya PAS maka ahli-ahlinya akan terus tersesat dan jauh sekali mereka akan bermuhasabah diri mereka. Istilah MUHASABAH DIRI tidak wujud dalm diri mereka. Adalah baik semua rakyat Malaysia menentang habis-habisan PAS sehingga parti PAS lenyap dan tidak wujud lagi.
Tugas penting sekarang adalah mengajak kembali ahli-ahli PAS supaya meninggalkan PAS demi kabaikan negara, perpaduan Islam dan bangsa melayu dari terus hancur.

MALAYSIA AMAN TANPA PAS, DAP & PKR.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...