KORAN TERPOPULER DI INDONESIA UDAH MOHON AMPONAN BESAR AMA BAPAK PERDANA MENTERI MALAYSIA. PERKABARAN INI SUDAH TENTU MENJADIKAN CHEGU BARD, AZMIN 'SAYA ULANGI LAGI' ALI DAN ANWAR 'LAWAN TETAP LAWAN' IBRAHIM DAN SELURUH JENTERA SIBERTRUPER PAKATAN HARAMJADAH MENGALAMI SINDROM GILA MEROYAN.
Hambe yakin selepas ini sibertruper pembangkang dalam keadaan mabok kepayang akan melemparkan fitnah mengatakan koran KOMPAS di bayar oleh DS Najib. Itu sudah dijangkakkan. Bukankah Pakatan Pembangkang amat terkenal dengan Budaya Politik Agama mereka? Nampaknya KOMPAS sudah bikin kacau sama Anwar 'Lawan Tetap Lawan' Ibrahim punya programlah di Indonesia. Di bawah adalah petikan daripada Bernama di ambil daripada blog Dr Novandri. (Bukan apa masa hambe mencari berita tersebut di laman BERNAMA sudah ada amaran ' Attempt to Hack Detected!'
Akhbar Kompas hari ini memohon maaf kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan keluarganya atas satu laporan yang disiarkan pada 4 Ogos lalu yang berunsur fitnah.Permohonan maaf itu adalah berkaitan dengan tulisan yang mengaitkan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dengan sebuah syarikat perniagaan, yang telah dinafikan kebenarannya dan juga cincin berlian berharga AS$24 juta, yang sebenarnya tidak pernah dipesan oleh Rosmah.Permohonan maaf itu juga merujuk kepada laporan tentang bakal besan Perdana Menteri yang dikatakan kononnya mempunyai hubungan dengan mafia Rusia."Atas berita tersebut, Pemimpin Redaksi Kompas Rikard Bagun, Sabtu (20 Ogos) di Jakarta, secara khusus menyatakan permintaan maafnya kepada Ketua Kerajaan dan keluarga,” kata Rikard dalam Kompas Minggu, hari ini, Ahad. Permohonan maaf itu terkandung di perenggan 10, muka surat 10 akhbar tersebut dalam satu laporan bertajuk “PM Najib Razak: Demokrasi Juga Terjadi di Malaysia”, tulisan wartawan kanan Kompas Jimmy S.Harianto. Harianto yang dihubungi Bernama pada Jumaat lepas berkata, beliau sendiri telah menyampaikan permohonan maaf secara lisan kepada Najib apabila beliau bertemu dengan Perdana Menteri di Kementerian Kewangan,Putrajaya pada Khamis.Semasa pertemuan itu Najib telah menyatakan rasa terperanjat dengan laporan Kompas pada 4 Ogos itu."Saya terperanjat dengan laporan tersebut. Sebab faktanya, saya tahu itu tidak benar sama sekali,” Najib dipetik akhbar itu dalam tulisan Harianto hari ini."Apa lagi hal ini berkaitan nama Ketua Kerajaan negara jiran, yang mana hubungan kita amat penting sekali,” kata Najib.Pada pertemuan dengan Najib itu, Harianto turut mengadakan wawancara khas dengan Perdana Menteri berkaitan hubungan dua hala Malaysia-Indonesia.
Sumber- Bernama
MALU BESAR LER ANWAR IBRHAIM, AZMIN ALI CHEGU BARD DAN SELURUH JENTERA SIBERTRUPER PEMBANGKANG. MANA NAK LETAK MUKA TU LAGI?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan