Ahad, 21 Ogos 2011

KEPENTINGAN POLISI FISKAL MEMBEBASKAN RAKYAT DARI HUTANG.

TIDAK LAMA LAGI, PENTADBIRAN DS NAJIB AKAN MEMBENTANGKAN BELANJAWAN UNTUK TAHUN FISKAL 2012. PADA KALI INI KITA MAHU MELIHAT SUATU TRANSFORMASI POLISI FISKAL YANG MEMBEBASKAN RAKYAT DARI BELENGU HUTANG PIUTANG. ARTIKEL INI AKAN MENGUSULKAN BEBERAPA CADANGAN UNTUK MENCAPAI MATLAMAT RAKYAT BEBAS HUTANG DAN BUKAN BERTUJUAN UNTUK MENGKRITIK.

Selama ini, Pakatan Pembangkang mempunyai peluang cerah menghentam kerajaan kerana mereka memanipulasikan sentimen rakyat. Kenapa rakyat boleh melakukan 'Hayunan Undi' begitu besar pada PRU 12 lepas? Ramai yang kata kerana pentadbiran yang lemah. Isu kenaikan harga barangan. Isu penyelerasan subsidi petrol dan disel. Berbagai alasanlah. Sebenarnya, rakyat terbelenggu dek bebanan hutang. Hutang pinjaman rumah, hutang PTPTN, hutang kereta, hutang kad kredit, hutang modal perniagaan dan hutang buku tiga 5 di kedai mamak dan runcit.

Penyelerasan subsidi dan polisi pengawalan harga barangan merupakan langkah-langkah di hujung natijah dan tidak memberikan impak yang besar sebaliknya lebih banyak mengundang kebencian kepada kerajaan BN kerana tindakan penguatkuasaan.Memberikan makanan kepada rakyat tidak memberikan impak positif membebaskan rakyat daripada belenggu hutang yang membebankan mereka. 

Kita kena akui tabiat berbelanja berlebihan oleh rakyat kerana BUDAYA MATERIALISTIK yang begitu menebal. Ianya berpunca daripada Budaya Gaya Hidup yang mahu dihormati kerana mempunyai kemewahan berbanding orang lain. Selain daripada berkempen mendidik rakyat mengikis sikap boros di samping memberikan teladan kepada rakyat melalui kehidupan berserdahana, suatu transformasi polisi fiskal negara yang memberikan keutamaan kepada pembebasan rakyat daripada belenggu hutang amat diperlukan. 

Rakyat Malaysia ini berbilang kaum dan agama. Paling teruk di landa krisis Budaya Materialistik ialah kaum Cina. Ianya menjadi semakin parah kerana sikap ultra-kiasu kaum Cina sendiri yang sentiasa mahu berlumba-lumba dan tidak mahu mengaku kalah.

Kaum Cina merupakan sebuah komuniti yang berasaskan kepada materialistik semata-mata. Bermula dari pernikahan, kehidupan berkeluarga, kematian dan malah dalam upacara ritualistik mereka semuanya memerlukan kewangan yang banyak. Oleh itu, sepanjang masa kehidupan mereka di hambat dengan keperluan mencari kemewahan demi kemewahan. 

Disebabkan itulah ramai yang mengambil jalan singkat menjerumuskan diri ke dalam kegiatan-kegiatan kongsi gelap. Kehidupan kongsi gelap menjanjikan kepada mereka seribu janji-janji manis tetapi dipenuhi dengan bahaya-bahaya yang mengancam keselamatan diri, harta, nyawa dan keluarga mereka. 


Perlumbaan mencari materialistik inilah yang menjadi punca kaum Cina lebih percaya kepada mana-mana pihak yang mampu memberikan perlindungan yang lebih baik daripada kongsi gelap. Inilah salah satu punca utama kenapa MCA di lihat sebagai tidak relevan dan DAP di lihat sebagai wira baru.

Sebaliknya, jika pentadbiran DS Najib mampu memberikan perlindungan yang lebih baik daripada DAP dan MCA serta kongsi gelap, pentadbiran DS Najib bakal di julang sebagai wira baru pula ! Bagi mencapainya, pentadbiran DS Najib wajib membuat suatu TRANSFORMASI POLISI FISKAL.


TRANSFORMASI POLISI FISKAL ini mestilah bermatlamatkan pembebasan rakyat dari belenggu hutang piutang dan kemudahan pinjaman yang mesra pengguna. Antaranya pentadbiran DS Najib boleh melakukan seperti berikut:-
1. Mentransformasikan Sistem Percukaian. 
2. Mentransformasikan penentuan kadar faedah pinjaman perumahan, peribadi, kereta dan perniagaan.
3. Memberikan pakej-pakej insentif antara bank dengan peminjam yang lebih mesra rakyat.
4. Memperkenalkan Sistem Rundingcara Pihak Ketiga penyelesaian / penjadualan semula pembayaran hutang
5. Mentransformasikan Sistem Perbankan.
6. Mentransformasikan semua instrumen-instrumen pinjaman, 
7. Mengujudkan Sistem Kredit Rating yang telus dan menjadi sumber rujukan kebolehpercayaan seseorang peminjam.yang sentiasa dikemaskini rekodnya.

SELAGI PENTADBIRAN DS NAJIB TIDAK MENGEMUKAKAN SUATU TRANSFORMASI POLISI FISKAL YANG MEMBEBASKAN RAKYAT DARI BEBANAN HUTANG, SELAGI ITULAH DAP DAN PAKATAN PEMBANGKANG DI LIHAT SEBAGAI HARAPAN OLEH RAKYAT. ANDAIKATA PENTADBIRAN DS NAJIB BERJAYA MENGURANGKAN BEBANAN HUTANG RAKYAT SEBANYAK 60%-50% BUKU JINGGA PAKATAN PEMBANGKANG AKAN DI LIHAT SEPERTI KERTAS TISU TANDAS. 

TEPUK DADA TANYA IMAN!

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...