Ahad, 28 Ogos 2011

MAKNA KEMERDEKAAN BUAT MAT SABU DAN PAKATAN SOSIALIS PEMBANGKANG RAKYAT- MENULIS SEMULA SEJARAH.

Menurut Mat Sabu, pengganas komunis yang diketuai oleh Mat Indera dan Goh Peng Tun beserta 200 anggota pengganas komunis yang menyerang 20 pegawai polis di bukit Kepong adalah hero sebenar. Manakala arwah Dato' Onn dan Tunku Abdul Rahman adalah pegawai British. Kenyatan kedua telah mencetuskan jawapan daripada cucu Dato Onn di dalam twittter , sila baca blog Double Y (yuseriyusoff.blogspot) Mat Sabu berikrar akan menulis semula sejarah tanahair menurut kacamata perjuangan Sosialisma dan Komunisma di Malaysia. 

Apalah hendak dihairankan sangat. Pihak yang kalah akan kata pihak yang menang main kotor. Pembunuh sudah tentu mengatakan bahawa bahawa dia membunuh untuk menegakkan keadilan. Robin Hood pun kata dia mencuri kerana hendak beri makan orang miskin. Apalah sangat dengan Timbalan Presiden PAS nan seorang ini yang tidak kenal mana Waja, mana landrover mana makhluk asing dan mana bini orang mana bini sendiri mana nombor bilik mendakwa bahawa KOMUNIS adalah pejuang kemerdekaan versi Sosialis di Malaysia. Sedangkan Mursyidul Amnya pun sendiri sudah tidak kenal mana iblisetanirojim laknatullah dengan mu'miin dan mana kafir harbi dengan orang Islam serta apa bangsanya dengan agamanya. 


Tragedi di Bukit Kepong berlaku pada 25hb Febuari 1950. Apakah signifikan tarikh tersebut? Pada masa itu PERSEKUTUAN TANAH MELAYU SUDAH WUJUD (1948) lihat di sini Persekutuan Tanah Melayusebagai persediaan ke arah negara merdeka. apakah nama pasukan polis yang terkorban di Bukit Kepong ? Adakah mereka pegawai polis British atau pegawai polis Persekutuan Tanah Melayu? Kenapa PKM menyerang balai polis Bukit Kepong dan membunuh  20 anggota polis termasuk isteri-isteri mereka? Adakah perjuangan Komunisma di sokong penuh oleh seluruh rakyat Persekutuan Tanah Melayu?

PAS ditubuhkan secara rasmi pada 24hb November 1951, 13 bulan selepas tragedi Bukit Kepong. Mat Sabu tahukah pada 1950. Jadi apa hendak dihairankan jika Mat Sabu pun tidak tahu pada masa itu sudah wujud PERSEKUTUAN TANAH MELAYU. Taraf dan status negeri-negeri Melayu, termasuk Johor ialah negeri-negeri naungan / protectorate states dan bukan jajahan British seperti Malayan Union. 


bendera Persekutuan Tanah Melayu 1948-1957
PERSEKUTUAN TANAH MELAYU membawa status TRANSISI PEMERINTAHAN SENDIRI dan bukannya pemerintahan 100% BRITISH. PARTI KOMUNIS MALAYA pada masa itu enggan menerima kompromi tersebut dan terus melakukan pemberontakan bersenjata bertujuan untuk menubuhkan sebuah NEGARA KOMUNIS.

Jika pemberontakan komunis berjaya pada hari ini MALAYSIA adalah sebuah NEGARA KOMUNIS! Perjuangan PKM bukan berkisar kepada KEMERDEKAAN tetapi berkisar kepada penubuhan sebuah negara KOMUNIS!

Perjuangan KOMUNIS di tolak mentah-mentah oleh majoriti rakyat Tanah Melayu pada masa itu kerana kezaliman BINTANG TIGA selama 14 hari selepas Jepun menyerah kalah. 

Mat Sabu semasa mengeluarkan kenyataan memuji dan menyanjung komunis atas dasar sokongannya kepada Sosialisma dan komunisma. Pada Mat Sabu erti kemerdekaan adalah mengangkat senjata terhadap bangsa sendiri. Memberontak terhadap pemerintahan sendiri. Melakukan Revolusi Berdarah. 


Andaikata komunis tidak memberontak pun, Persekutuan Tanah Melayu tetap merdeka pada 31hb Ogos 1957.Jadi apa gunanya Komunis memberontak dan melakukan pembunuhan berdarah pada 12hb Febuari 1950 tersebut? 

Jika pihak Sosialis dan komunis mendakwa bahawa kemerdekaan itu bermakna kita tidak mewarisi sebarang bentuk pemerintahan penjajah, adakah mereka (sosialis dan komunis) sendiri yang mencipta ideologi Sosialis dan Komunis? Apakah jika mereka memerintah Malaysia corak dan bentuk pemerintahan yang mereka amalkan di cipta oleh mereka sendiri dan bukan cedukan daripada mana-mana negara komunis dan sosialis? Sedangkan republik Indonesia pun mengambil corak pemerintah jenis republik Perancis walaupun mereka merdeka melalui cara revolusi. 

Mungkin Mat sabu berfikir bahwa erti KEMERDEKAAN sebanar ialah apabila berjaya lepas daripada pertuduhan zina dan khalwat dengan bini orang kerana tersalah nombor bilik.

1 ulasan:

KajiKaji berkata...

Bro, tu bukan bendera PTM 1948 - 1957... Tu bendera Negeri-Negeri Melayu Bersekutu... Bendera PTM 1948-1957 sama macam bendera Malaysia la ni cuma less jalur dan bucu bintang..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...