Ahad, 28 Ogos 2011

BENARKAH PEKELAHIAN POLITIK BANGSA MELAYU SUDAH SEMAKIN TENAT?

Dipetik semuanya dari blog Taiping Mali yang menyiarkan semula teks Mukther Rizam Ahmad Ketua Penerangan PERKASA Daerah LMS. 
“ Mungkin ramai yang sudah sedar bahawa perkelahian politik bangsa Melayu semakin parah dan seolah-olah tiada titik penyatuan yang akan berlaku. Orang Melayu dari lanskap politiknya telah berpecah kepada beberapa puak yang besar iaitu Umno, PAS, PKR dan lain-lain lagi. Itu tidak dikira dengan wujudnya beberapa parti baru seperti KITA dan sebagaimya.
Orang Melayu tidak sebijak bangsa Cina dan India dalam strategi perkelahian politik mereka. Orang Melayu berkelahi dengan "emosi" manakala bangsa lain berkelahi dengan "strategi". Antara emosi dan strategi, sudah pastilah strategi yang akan menang. Emosi tidak lebih dari keinginan untuk membalas dendam dan melihat pihak yang lain jatuh tersungkur. Strategi boleh mencorak peperangan untuk mengkucar-kacirkan emosi. Terserlah sekarang bahawa bangsa Melayu terperangkap dalam peperangan emosi sehingga gagal untuk mengatasi strategi yang digunakan oleh pihak lain terutamanya DAP. 
Sampai bila pun parti politik orang Melayu tidak akan dapat sokongan padu dari bangsanya sendiri. Semua parti politik Melayu penuh dengan keegoan dan tidak mahu bekorban untuk kepentingan ummah. Masing-masing tidak mahu mengalah kerana takut untuk berkongsi kuasa..Maklumlah apabila berkongsi maka habuan yang besar akan tinggal sedikit kerana terpaksa dibahagi-bahagikan. Orang Melayu hari ini umpama ayam sabung yang sedang bertarung di tengah gelanggang dengan disaksikan oleh penonton-penonton Melayu dan bukan Melayu. Mana-mana ayam yang kalah akan dikorbankan manakala ayam laga yang menang akan digunakan untuk membelasah ayam laga yang lain. Masalahnya ialah ayam laga yang dibelasah dengan ayam laga yang membelasah adalah terdiri dari jenis ayam yang sama. Ironinya, Melayu akan digunakan untuk menghancurkan orang Melayu sendiri. Orang Melayu akan bertepuk tangan manakala orang lain akan tersenyum kepuasan. Bodohnya kita ini..Bodohnya kita ini!
Lihatlah bagaimana bangsa kita jauh ketinggalan dari sudut ekonomi.kalau dulu kita di tangga kedua kini kita entah di tangga yang ke berapa? Pencapaian akademik anak bangsa kita masih jauh ketinggalan. Bangsa kita masih asyik dengan keseronokan seperti dadah, rempit, bohsia, bohjan dan sebagainya. Kita masih menjuarai pusat serenti, penjara, rumah pemulihan akhlak dan bermacam-macam lagi. Kita masih lalok dengan semua ini. Bangsa lain terus mengambil ruang dan peluang. Setidak-tidaknya bangsa India sudah mula melahirkan satu professional dalam satu keluarga. Setidak-tidaknya bangsa India sudah menguasai perniagaan cuci kereta, bas kilang, bas pesiaran, kedai gunting rambut dan bermacam-macam lagi. Bangsa cina tak usah kita cakaplah, makin jauh ke depan! Apakah kita masih lagi mahu berkelahi sehingga kita hilang semuanya nanti?Ingatlah semua pemimpin Melayu, politik sepatutnya digunakan untuk menolong bangsamu dan bukannya untuk menghancurkannya.
Cukup-cukuplah berkelahi sesama kita. Kita sekarang ini sudah berada di penghujungnya. Kita tak akan mampu untuk bangun lagi jika kita terjatuh kali ini! Kita telah terperangkap dengan strategi kita sendiri. Kalau dahulu kita boleh nampak orang Melayu menjadi Tuan di buminya sendiri tetapi hari ini orang Melayu hanyalah sekadar penumpang. Kita terperangkap dengan strategi pemimpin kita sendiri. Kita bukan seperti dahulu lagi.Hentikanlah segera pertelingkahan ini kalau masih sayangkan bangsamu. Fikirkanlah apa yang akan terjadi kepada anak kecilmu nanti. Apakah bangsa lain akan menumpahkan kasih sayang serta belas simpati kepada anak cucu kita itu? Jawapannya tidak!!Sedarlah sebelum terlambat!  
Mukther Rizam Bin Ahmad , Ketua Penerangan Perkasa Daerah LMS 
Begitulah yang dipetik sepenuhnya daripada blog Taiping Mali. Itulah adalah sebuah kenyataan daripada seeorang Melayu yang risaukan masadepan bangsanya. Perkelahaian Politik ini bukanlah berpunca daripada UMNO, tetapi selama ini berpunca daripada sikap dendam Anwar Ibrahim dan pemimpin PAS yang begitu mahu berlumba-lumba dengan UMNO dalam mencari kuasa dna pengaruh politik sehingga sanggup melakukkan apasaja seperti yang Mat Sabu lakukan baru-baru ini. 

Dalam menghadapi Petualangan bangsa kita wajib memperkuatkan semangat kita.



Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...