Jumaat, 26 Ogos 2011

KES PRIMA FACIE ANWAR IBRAHIM MELIWAT:RAM KARPAL SINGH SUDAH GABRA

PERBICARAAN SEMALAM, KHAMIS. 25 OGOS 2011 TELAH DIKEMASKINIKAN OLEH BLOGER THE UNSPINNERS DALAM DUA ENTRI. IKUTI DUA ENTRI TERSEBUT DI PAUTAN YANG DIBERIKAN. SIMPAN DALAM FAIL DI KOMPUTER ANDA UNTUK RUJUKAN DAN SIMPANAN DI MASA DEPAN.




Sedikit penjelasan mengenai prosiding pada hari semalam. Hari semalam, saksi ke 4 pembelaan di panggil untuk memberi keterangan Dr Brian McDonald seorang pakar DNA dari Australia. Keterangan Dr Brian McDonald masih berada di peringkat Pemeriksaan Utama sebelum di soal balas oleh pendakwaan.

Prosiding dimulai dengan Dr Brian McDonald memberikan keterangan mengenai sejarah dan latarbelakang kepakarannya.Ini untuk membuktikan intergriti kepada kelayakan beliau sebagai seorang pakar.

Strategi pembelaan pada kali ini ialah menjadikan keterangan Dr Brian McDonald untuk menimbulkan keraguan kepada kaedah dan intergriti Jabatan Kimia dengan membangkitkan isu Sijil Akreditasi dan kaedah  makmal yang digunakan oleh Jabatan Kimia. Kedua isu ini dibangkitkan bertujuan menggoyahkan penemuan DNA dan kaedah mengenalpasti DNA pada sperma yang dijumpai dalam dubor Saiful. 

Pembelaan juga cuba membuktikan bahawa kapas swab yang digunakan oleh Jabatan Kimia sudah dicemari melalui kaedah-kaedah yang mereka gunakan.

Gambar Sebagai Hiasan Sahaja

Agak malang bagi pembelaan kerana Dr Brian McDonald bukanlah orang yang berkelayakan untuk mempertikaikan akreditasi Jabatan Kimia sepertimana di celah oleh pendakwaan semasa pembelaan mengemukakan Sijil Akreditasi Jabatan Kimia yang hanya berdasarkan kepada sumber internet. 

Pada hari ini perbicaraan akan bersambung dan sudah pastilah Dr Brian McDonald akan di soal balas oleh pendakwaan dan bakal diruntuhkan intergeritinya sepertimana yang berlaku kepada saksi sebelumnya Dr David Wells. 

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...