Tiada yang berlaku secara kebetulan dan dijadikan sia-sia bagi mereka yang berakal. Salah satu intipati ajaran di dalam al Qur'an. Dimaksudkan dengan mereka yang berakal adalah mereka yang menuntun akal mengikut tauhid. Salah satu cabang iman ialah pekerti yang mulia. Salah satu pekerti mulia ialah sifat KASIH SAYANG. Salah satu ciri dan tanda orang beriman ialah menyayangi saudara seagamanya seperti ia mengasihi dirinya sendiri. Cubit peha kanan seluruh anggota tubuh badan merasai kesakitan. Sayangkan negara juga merupakan tanda-tanda dan ciri-ciri orang beriman. Pada masakini terutama selepas PRU 12, apakah masih ada sayang pada negara?
Pada tahun ini, hari raya aidilfitri jatuh pada hari kemerdekaan negara. Sayangnya, kita tidak melihat suasan kemeriahan yang sepatutnya dirasai kerana menyambut dua perayaan yang besar dan bermakna kepada negara. Artikel 3 menyatakan bahawa negara ini beragama Islam. Andaikata negara ini dizahirkan dalam bentuk tubuh badan manusia maka manusia itu beragama Islam. Tidakkah seorang yang beragama Islam dan lahir pada hari yang sama dengan sambutan aidilfitri mempunyai dua kegembiraan? Sudah tentu ibu, ayah, abang, kakak, adik makcik pakcik, datuk nenek saudara mara dan jiran-jiran turut menyambut dan merasai dua kegembiraan tersebut? Kenapa ianya tidak berlaku kepada negara kita ini?
Berapa ramaikah yang mampu berfikir dan merasai dua kegembiraan tersebut pada tahun ini bagi menzahirkan rasa sayang kepada negara? Apakah rasa sayang kepada negara kini bertukar arah kepada hanya menyayangi pemimpin? Kenapa tidak menyambut dan merasai dua kegembiraan tersebut bersama-sama sebagai sebuah keluarga yang besar? Adakah kita rakyat Malaysia baik rakyat atau pemimpin (pemerintah atau pembangkang) sudah tiada sayang kepada negara? Kemanakah hilangnya rasa kasih sayang sesama kita sejak pasca 2008? Adakah hati-hati kita semua sudah menjadi sekeras batu granit dalam tanah di lereng-lereng bukit?
Kasih sayang mampu membawa barakah daripada Allah swt kerana dua sifat Allah swt itu dalam basmalah amat besar ertinya. Ar Rahman dan Ar Rohiim. Tanpa sifat kasih dan sayang mana mungkin ada ketenangan dan kedamaian. Tidakkah kita terfikir mengenainya? Kenapa kita tidak boleh membuang sekejap sifat permusuhan politik untuk merasai dua kegembiraan yang dikurniakan oleh Allah swt kepada kita pada tahun ini. Bukannya lama. Hanya satu hari sahaja. Kenapa tiada nampak tanda-tanda ke arah itu?
Sedar atau tidak, kita sebenarnya telah mempersiakan suatu kurniaan paling besar yang pernah Allah swt kurniakan kepada negara ini untuk semua, yakni dua kegembiraan; menyambut aidilfitri dan hari kemerdekaan. Kenapa kepimpinan DAP, PAS PKR, PSM masih belum menunjukkan sebarang tanda-tanda mahu turut serta bersama kepimpinan Barisan Nasional menyambut dan merasai dua kegembiraan tersebut?
Kenapa pemimpin-pemimpin DAP tetap menunjukkan sikap bermusuhan terhadap orang Islam yang merupakan penduduk pribumi dan majoriti di negara ini? Dimanakah mereka melemparkan sifat kasih sayang mereka? Apakah orang Islam, orang UMNO dan orang BN tidak layak memperolehi kasih sayang orang DAP walaupun untuk satu hari? Kenapakah DAP begitu angkuh dan sombong berlipat ganda? Apakah keuntungan yang mereka perolehi dengan bersikap demikian? Kenapa orang DAP tidak menghormati para Sultan Melayu Islam di negara ini? Adakah orang DAP merasakan mereka adalah orang yang lebih baik daripada semua orang sehingga mereka berpandangan bahawa orang Melayu Islam ini hina sehinanya di mata mereka?
Sedarkah pemimpin pakatan sosialis pembangkang bahawa sikap permusuhan yang tiada berpenghujung terhadap UMNO dan Barisan Nasional hanya mengundang malapetaka dan bencana bukan sahaja kepada mereka tetapi juga kepada negara ini? Apakah pemimpin-pemimpin DAP PKR PAS PSM tidak pernah belajar dari kesilapan mereka di masa lampau? Kenapa begitu degil dan berhati batu granit? Apakah masih belum cukup malapetaka, keresahan, kegelisahan dan bencana yang sedang menimpa rakyat dan negara? mahu di tambah lagi kesengsaraan itu hanya kerana mahu mempertahankan sikap angkuh dan sombong ultra kiasu yang sia-sia? Malanglah kepada mereka jika begitu. Nau'zubillahi min zalik.
Bersifat kasih sayang dan membalas kejahatan dengan kebaikan merupakan suatu penzahiran keimanan yang tiada tolok bandingnya. Hanya mereka yang mempunyai kemuliaan budi pekerti tinggi dan hati yang bertaqwa mampu melakukannya. Menolak kejahatan dengan kebaikan walaupun pada zahirnya nampak seperti suatu kelemahan yang tiada taranya tetapi hakikatnya ianya adalah sebuah kekuatan yang hebat. Bukan kerana peribadi yang melakukannya tetapi kerana itulah sifat yang Allah SWT sentiasa bersamanya. Bukanlah pakaian menutup aurat ukurannya tetapi aurat di dalam hati yang mendinding peribadi daripada membalas kejahatan dengan kejahatan yang serupa itulah KEMULIAAN PEKERTI yang mampu membawa barakah dan turunnnya Rahmat melimpah ruah.
Kita boleh saja tidak menyukai sesuatu pihak dan orang tetapi tiu tidak bermakna kita perlu menahan kasih sayang kita kepada mereka. Menahan kasih sayang samalah seperti kita menahan keberkatan limpah ruah Rahmat Allah swt dalam kehidupan kita.
Oleh itu sempena menyambut dan menerima dengan hati penuh kesyukuran tangan terbuka dua kegembiraan tersebut sebagai kurniaan maha besar tiada tolok bandingnya, hambe menyeru seluruh rakyat Malaysia agar turut merasai kenikmatan limpah ruah Rahmat Allah swt dengan kita semua menyatakan sifat KASIH SAYANG. Rasailah ia walaupun hanya untuk satu hari sahaja. Insya Allahu Ta'ala moga-moga dengan menyatakan sifat Kasih Sayang tersebut walau hanya satu hari mampu memberikan kebahgiaan dan keselamatan kepada generasi akan datang serta menolak bala' bencana serta malapetaka untuk suatu jangkamasa tempoh yang berpanjangan. Berlapang dada dan sama-sama kita menikmati dua kegembiraan itu, Anda tidak perlu membuang undi atau membayar satu sen pun untuk menyambut seruan KASIH SAYANG. SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MOHON MAAF ZAHIR DAN BATIN KEPADA SEMUA.

1 ulasan:
post anda disiar di page facebook berikut:-
http://tinyurl.com/3pmcvdp
jika setuju sila like, jika tidak sila email ke admin utk remove feed anda
Catat Ulasan