Jumaat, 26 Ogos 2011

ISU GMDU PERUNDINGAN ATAU TRIBUNAL?



Satu soalan kepada semua. Sejak bila JAIS dan MAIS perlu terikat dengan sebuah Majlis Perundingan di atas segala tindakannya yang berdasarkan kepada enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor? Adakah peruntukan seumpamnya bagi sebuah Majlis mendengar dan/atau merunding sebarang tindakan-tindakan JAIS?


Adakah Majlis Perundingan yang telah di buat oleh pihak Eksekutif Negeri Selangor sebenarnya sebuah badan/ majlis yang tidak sah kuatkuasa? Ini kerana DYMM Sultan Selangor pun sudah menafikkan baginda memberikan perkenan. 

Adalah Eksekutif Pakatan Sosialis Pembangkang telah secara 'halus' merampas kuasa dan mencampuri pentadbiran agama Islam dan kuasa-kuasa Sultan Selangor selaku Ketua Agama Rasmi negeri? 

Tidakkah ini bermakna Pentadbiran eksekutif pakatan sosialis pembangkang dan Khalid GG telah menyalahi Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor. 

Tidakkah ini bermakna Khalid GG telah melanggar dan khilaf dalam kuasa-kuasa eksekutifnya dalam hal-hal berkaitan dengan pentadbiran agama Islam negeri Selangor?

Tidakkah ini bermakna JAIS dan MAIS serta martabat tinggi agama Islam sudah disamakan dengan agama-agama lain di Selangor?

Jawapan kepada semua soalan di atas ialah YA !

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...