Rabu, 11 Mei 2011

PEGUAM PEKAN KENA UBAT BIUS DR NOVANDRI. ISLAM BUKAN AGAMA RASMI ?

Baru sahaja Dr Bloger, Dr Novandri membius Anwar dalam twitter dan pada kali ini seorang peguam yang bercita-cita bertanding di Parlimen Pekan, bernama Syahredzan Ketua Jawatankuasa Perlembagaan Majlis Peguam Malaysia pula dibiuskan oleh Dr. Novandri dalam entri terkininya. Ini berkenaan dengan tafsiran Perlembagaan mengenai status perundangan Agama Islam sebagai Agama Rasmi Persekutuan Malaysia yang menurut peguam tersebut tidak ditafsirkan begitu. Mungkin, Peguam tersebut dilahirkan dan dibesarkan di Amerika Syarikat.
1. Sila ke entri Dr. Novandri megenainya MESTI BACA ! Jika Islam Bukan AGAMA Rasmi Negara, Yang Di-pertuan Agung Bukan KETUA Rasmi Negara? . Gambar di bawah adlah gambar peguam tersebut di ambil daripada blog Dr. Novandri,



dibawah ini pula adalah petikan kenyataan peguam tersebut yang dipertikaikan oleh Dr Novandri,

Syahredzan, ketua jawatankuasa perlembagaan Majlis Peguam berkata, tafsiran undang-undang oleh Utusan Malaysia adalah salah dan mengingatkan bahawa langkah akhbar harian itu sebagai “tanggapan salah yang bahaya”, yang boleh membawa negara ke arah rusuhan agama dan sosial.
“Dari segi Perlembagaan Persekutuan, hanya ada satu agama bagi persekutuan, tetapi bukan rasmi atau tidak rasmi. 
“Perlembagaan sangat jelas dalam hal ini. Islam bukan agama rasmi," SETERUSNYA

2. Hujah peguam tersebut mengatakan bahawa Perkara 3 (1)  Perlembagaan Malaysia tidak menyebut perkataan 'Rasmi' dan hanya menyebut seperti berikut:-
Perkara 3. Agama Bagi Persekutuan. (1) Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan.
Dr. Novandri membalas hujah peguam tersebut dengan membandingkan Perkara 39 dan 44 Bab 3 dan Bab 4 Perlembagaan yang juga tidak menyebut perkataan 'Rasmi' pada jawatan Yang DiPertuan Agong sebagai KETUA PERSEKUTUAN  bermakna Yang DiPertuan Agong bukanlah KETUA RASMI PERSEKUTUAN

3. Hujah balas JS kepada peguam  tersebut dan sebagai tambahan kepada hujahan balas Dr Novandri, sila baca  

Bahagian 1: Negeri-negeri, Agama dan Undang-undang Bagi Persekutuan.
Perkara 1 : Nama, Negeri-negeri dan Wilayah-wilayah Persekutuan 
(1) Persekutuan dinamai Malaysia dalam Bahasa Melayu dan dalam bahasa Inggeris.
Perkataan 'Rasmi' juga tidak ditulis dan disebutkan dalam Artikel 1 Perkara 1 Bahagian 1 Perlembagaan, Jika mengikut hujah peguam tersebut, ini bermakna nama rasmi negara kita ini pun BUKAN MALAYSIA lah !

3. Perlembagaan juga tidak menyebut di dalam mana-mana Artikel, Perkara dan Bahagian bahawa Perlembagaan Adalah Perlembagaan Rasmi Negara. Jadi , Perlembagaan kita pun bukan rasmi tau jika mengikut tafsiran peguam tersebut. 

4. Perlembagaan adalah sebuah dokumen rasmi. Oleh itu, apa jua yang termaktub di dalamnya dan tertulis di dalamnya adalah bersifat dan berstatus RASMI juga. Ini subjek Perlembagaan 101 Tahun Pertama Semester Pertama mana-mana jurusan Undang-undang di negara ini. Lupakan saja niat anda wahai peguan syahredzan untuk menjadi ahli Parlimen di Pekan kerana jawatan dan status anda sebagai Ahli Parlimen Malaysia juga tidak di sebut sebagai JAWATAN RASMI !

Semakin teruk pemikiran kelompok yang anti UMNO dan Barisan Nasional ini, sudah sewajarnya Doktor Novandri memberikan rawatan bius kepada pemikiran kelompok tersebut. Bak kata pepatah Inggeris yang diajarkan kepada semua pelajar Undang-undang di Malaysia pada hari pertama pendaftaran ialah ' Kesilapan seorang Doktor tidak nampak kerana terbenam 6 kaki ke dalam tanah tapi kesilapan seorang peguam jelas nampak tergantung 6 kaki dari atas tanah' Jadi faham-fahamlah. Tepuk Dada Tanya Iman.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kalau ada tulis rasmi pun, atas nama je la. Implementasi xde pun. mcm nama 'islam' kt dlm I/c. sekadar namaje. teguk arak gak. So, rasmi x rasmi is not da issue. Puak2 pro n anti-umno yg jenis berbalas hujah pada bende yg tak perlu ni la yg jnis masing2 nk blagak pandai. It's all about winning da facts, regardless of its significance!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...