Khamis, 12 Mei 2011

EDISI SARAPAN: Pemerintah Adil Saksama.


Siapakah Pemerintah Adil dan Saksama di sisi Allah Subhanahu wa Ta'ala? Barangsiapa diredhai oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala sebagai Pemerintah Adil dan Saksama maka sekelian mahkluk ditundukkan kepadanya serta dipermudahkan semua urusan. Apakah kelayakan dan ciri-ciri seorang Pemerintah Adil dan Saksama?
1. EDISI SARAPAN SENAMAN MINDA DAN AKAL mengajak semua pembaca dan menyampaikan apa yang di baca kepada ahli keluarga, rakan-rakan dan jiran-jiran dan bertanyalah kepada mereka soalan di atas Siapakah Pemerintah Adil dan Saksama?

2. Sebagai panduan, di sini diceritakan sebuah kisah saidina Ali karamullahiwajhah radiyallahuanhu yang pernah di tanya soalan yang sama semasa beliau menjadi khalifah / amirul mukminiin:-
Pada suatu ketika, seseorang telah bertanya kepada saidina Ali karamullahiwajhah radiayallahuanhu,
" Ya Amirul mukminiin, kenapakah keadaan umat sekarang ini kacau bilau dan banyak berlaku fitnah sedangkan sebelum ini keadaan aman dan tenteram?'
Lalu di jawab oleh saidina Ali karamullahiwajhah radiyallahuanhu seperti berikut
" Wahai si polan bin si polan, dahulu umat ini semuanya berakhlaq seperti aku dan sekarang umat ini berkelakuan seperti kamu."
 3. Renungkanlah jawapan yang diberikan oleh saidina Ali karamullahiwajhah radiyallahuanhu ini dan juga pertanyaan oleh si penanya tersebut. Peristiwa tersebut benar-benar berlaku dan bukanlah rekaan JS. Dari peristiwa itu kita memahami, jika rakyat berkelakuan liar dan ganas walaupun mempunyai seorang Pemerintah Adil dan Saksama seperti saidina Ali karamullahiwajhah radiyallhuanhu, maka sudah tentulah rakyat tidak dapat menilai dan menghargai pemerintahan Adil dan Saksama.

Bersama-sama kita renungilah isah di atas dan kita bertanya apakah benar-benar kita mempunyai sebuah pemerintahan zalim dan menindas rakyat? Atau sebuah pemerintahan Adil dan saksama selama 53 tahun ini? Renunglah jauh ke dalam lubuk hati kita. Fikirkanlah dan pertimbangkanlah. Tepuk Dada Tanya Iman.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...