Rabu, 11 Mei 2011

REJIM 'KETUANAN TUAN RAKYAT' PKR SELANGOR BERTAMBAH DUNGU MENYELESAIKAN MASALAH RAKYAT DARI HULU KE KUALA SELANGOR

Semalan kita dikejutkan dengan kezaliman Rejim Ketuanan Tuan Rakyat PKR Selangor di Kg Sg. Kerandang Hulu Selangor. Pada Oktober 18, 2010, ada lapuran dari Utusan Malaysia mengenai kezaliman Rejim Ketuanan Tuan Rakyat PKR Selangor terhadap 24 bekas pekerja Ladang Coalfields, Ijok Kuala Selangor. Dari Hulu ke Kuala Selangor, masalah rakyat tidak dapat diselesaikan oleh rejim Ketuanan Tuan Rakyat PKR Selangor. Apa dah jadi ? Masalah 'Rakyat Tuan' tidak dapat diselesaikan oleh Rejim Ketuanan Tuan Rakyat PKR Selangor? Siapa Tuan sekarang? Rakyat atau  Rejim Ketuanan Tuan Rakyat PKR Selangor?


 
Gambar Kredit Utusan Malaysia.

Rakyat Mahukan Pampasan
Mana Janji Manis Duhai Xavier?


1. Pada Oktober 18, 2010, rakyat Marhaen yang tidak bekerja seramai 24 buah keluarga berketurunan India pula menjadi mangsa. 40 buah keluarga Melayu menjadi mangsa. Malah nelayan keturunan Cina di Kuala Selangor juga pernah memaki hamun Ronnie Liu kerana dimangsakan oleh Rejim Ketuanan Tuan Rakyat PKR , PAS dan DAP Selangor.

2, Sila klik di sini untuk lapuran penuh mengenainya Bekas Pekerja Ladang Dakwa Xavier Berbohong. Ringkasnya Utusan Malaysia melapurkan pada Oktober 18, 2010 bahawa 24 buah keluarga yang kini menjadi bekas pekerja di Ladang Coalfiields Ijok Kuala Selangor tidak berpuashati kerana soal pampasan dan janji yang pernah ditaburkan oleh Xavier, EXCO Negeri Selangor di bawah Rejim Ketuanan Tuan Rakyat PKR Selangor kepada mereka masih belum ditunaikan sehingga sekarang. Berikut adalah sedikit petikan lapuran tersebut mengenai keluhan mereka yang di petik dari Utusan Malaysia :-

''Saya rasa Xavier hanya mahu memperbodohkan rakyat dengan mengumumkan perkara yang tidak benar sedangkan kami masih lagi di ladang ini dan hidup 'kais pagi makan pagi' kerana tidak lagi bekerja.
''Sebelum ini, beliau berjanji macam-macam untuk membantu membela nasib kami tetapi apa yang sepatutnya kami dapat tidak sampai kepada kami.
''Malah, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang meminta agar kami tidak keluar dari ladang selagi tidak mendapat pampasan yang sepatutnya juga tidak membantu sebagai wakil rakyat Ijok," dakwa Chandran kepada pemberita di sini hari ini.
Tambahnya, bantuan bekalan air yang diminta kerana yang sedia ada telah dipotong oleh majikan kerana mereka tidak lagi bekerja juga tidak dibantu.
''Kami bernasib baik kerana bekas wakil rakyat, K. Parthiban (Penyelaras Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ijok) membantu mendapatkan air bersih dan beliau juga berusaha agar bekalan air dimasukkan di kawasan kampung bersebelahan.
''Jadi kami bayar pada penduduk kampung itu untuk dapat air bersih kerana selepas air dipotong kira-kira lapan bulan lalu, kami minum dan mandi air kolong," ceritanya.
Seorang lagi penduduk, R.Lotan mendakwa, Xavier pernah berjanji akan membantu mendapatkan empat hektar tanah daripada pihak pengurusan ladang bagi membina rumah teres tiga bilik untuk mereka dan keluarga memandangkan mereka telah bekerja di situ sejak tiga generasi.
''Dia cakap begitu ketika perjumpaan bersama kami yang turut dihadiri pihak media pada 16 Jun 2009.
''Bagaimanapun sebulan kemudian dia datang lagi kepada kami dan memberitahu tanah empat hektar itu akan digunakan untuk membina asrama, yang kita tidak tahu untuk siapa.
''Kami tidak puas hati kerana itu sepatutnya hak kami dan dia sesuka hati mengubah janjinya selepas dapat tanah," dakwanya.
Ujarnya, memang ada rumah kos rendah dua bilik yang dijual dengan harga RM35,000 untuk mereka disediakan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).Tetapi ujarnya, rumah yang dijual itu tidak seperti yang dijanjikan dalam tuntutan mereka kepada majikan sebelum ini.
''Tuntutan kami adalah rumah teres tiga bilik dengan harga yang telah dipersetujui di dalam ladang yang telah kami huni sejak tiga generasi dan itu sewajarnya diberikan oleh pihak majikan sebagai pampasan kerana kami dibayar gaji pokok hanya RM13.50 sehari selama ini," dakwanya.

3. Demikian nasib rakyat Marhaen di Selangor di bawah pemerintahan Rejim Ketuanan Tuan Rakyat Pakatan Jahat PASDAPKR  dari Hulu sampai ke Kuala Selangor, masih menunggu dan menunggu dan adakalanya dizalimi terus seperti terjadi kepada penduduk Melayu di Kg Sg Kerandang Hulu Selangor.  Anwar sendiri seorang pembohong apatah lagi akan segala jejuak dan pepuak PKR Selangor. Mana ada seorang pun boleh dipercayai pun dalam Rejim Ketuanan Tuan Rakyat Pakatan Jahat PASDAPKR. Di atas nama KETUANAN RAKYAT, rejim Ketuanan Tuan Rakyat Pakatan Jahat PASDAPKR menzalimi dan merampas HAK RAKYAT demi memperkayakan diri mereka sendiri termasuklah para kroni dan keluarga mereka! Rakyat boleh terus merintih dan merayu, bila tiba pilihanraya, janji boleh diperbaharui tapi masaalah jangan harap diselesaikan. 

Liciknya Rejim Ketuanan Tuan Rakyat ini menipu dan memperbodohkan rakyat marhaen dari Hulu sampai ke Kuala Selangor. Ketuanan Rakyat konon. Rakyat wajib bangkit dan mendesak agar DUN Selangor dibubarkan terus, penyokong mewah dan kaya raya Rejim Ketuanan Tuan Rakyat Pakatan Jahat PASDAPKR juga tidak memperdulikan nasib rakyat marhaen , mereka cuma berfb 24 jam mempertahankan kezaliman dan perbohongan Rejim Ketuanan Tuan Rakyat Pakatan Jahat PASDAPKR. Tepuk Dada Tanya Iman.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...