Masihkah ingat mengenai keceluparan Jeff Oii terhadap Razali Abdullah bekas MPPP berkenaan JIM ? Jeff Oii dengan angkuh dan sombong mengatakan bahawa JIM adalah pertubuhan ekstrim yang mengakibatkan Razali Abdullah mahu di tendang keluar oleh Jeff Oii ? Baru-baru ini, Jeff Oii telah diperintahkan oleh mahkamah agar membayar gantirugi sejumlah RM150,000.00 kepada Razali Abdullah dalam 1 kes sivil saman malu yang difailkan oleh Razali Abdullah terhadap Jeff Oii.
1. Jeff Oii telah menghina Razali Abdullah dnegan gelaran 'madman' dan akibatnya Razali Abdullah telah memfailkan saman malu terhadap Jeff Oii. Hasilnya, Jeff Oii telah diarahkan membayar gantirugi sejumlah RM150,000.00 kepada Razali Abdullah dan di larang mengeluarkan sebarang kenyataan tentang isu menghina
2. Memang patut Jeff Oii dikenakan hukuman sebegitu kerana keceluparan mulut Jeff Oii dan DAP yang selalu bersikap sombong angkuh. Kes ini menjadi pemangkin kepada mana-mana pihak Melayu Islam terhadap keceluparan mana-mana pemimpin DAP selepas ini. Saksikan video temubual dengan Razali Abdullah dalam isu ini.
3. Adakah selepas ini Guan Eng akan mempertahankan Jeff Oii atau bakal mendiamkan dirinya di atas kebahlolan Jeff Oii menangani isu keceluparan mulutnya terhadap Razali Abdullah? Kita nantikan reaksi boss Jeff Oii.
Kes ini menjadi teladan kepada semua pemimpin DAP agar menjaga mulut mereka daripada bercakap ikut sukahati mereka dan berlaku celupar kepada Melayu Islam. Kes ini sudah boleh menjadi Kes Duluan dan Kes Ikatan bagi mana-mana tindakan sivil di atas kausa tindakan yang sama. Lainkali Jeff Oii dan mana-mana pemimpin DAP hendaklah berfikir masak-masak sebelum bercakap nanti kena bayar RM150,000 sebagai gantirugi. TEPUK DADA TANYA IMAN.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan