Ahad, 15 Mei 2011

DAP GUAN ENG NAK BERBOHONG APALAGI ?


Sejak Tersiarnya artikel mengenai Agenda Kristian ditunjangi oleh DAP, Guan Eng dan Jeff oii semakin kalut dan semakin kuat mereka berbohong mengenai. Isu ini di bawa dan didedahkan oleh 2 bloger bebas, Marahku dan Zakir Anjing Besa, dan Utusan Malaysia hanya melapurkannya di muka depan di samping menerbitkan juga komen balas daripada Jeff Oii mengenainya. Apa Salah Utusan Malaysia? Tapi Guan Eng jadi gila dan terus menggila menyalahkan Utusan Malaysia. Kita tahulah Guan Eng amat takut dengan Utusan Malaysia. Kita marah Guan Eng kerana beliau mengada-ngada dan mengadakan fitnah terhadap Utusan Malaysia. 



1.  Guan Eng masih berbohong dan terus membohongi rakyat mengenai isu Agenda Kristian ini. Utusan Malaysia cuba dikambinghitamkan oleh Guan Eng malah Guan Eng tanpa segan silu sengaja berbohong mengenai kenyataan 2 orang ADUN Barisan Nasional, YB Dr Hilmi Yahya ADUN Teluk Bahang dan ADUN Pulau Betong YB Muhammad Farid Saad. Di dalam hansard sidang DUN yang dikemukan oleh Dr Novandri amat jelas, Guan Eng memutarbelitkan kenyataan 2 orang ADUN tersebut mengikut seleranya sendiri. 





2.   Guan Eng semakin fobia apabila di dalam isu ini, pembohongan demi pembohonganya terbongkar dan didedahkan oleh bloger pro BN. Apabila rakyat Malaysia tidak mahu mengikut polemik isu rekaan DAP ini, isu ini kembali cuba diperhangatkan melalui Mat Razali seorang ahli DAP Jelutong atas alasan dia berada dalam majlis itu. Ehem, Majlis Tertutup Buat Paderi-paderi. Pelikkan. 

3.    Rakyat sedar apa yang Guan Eng cuba lakukan dan pembohongan DAP dalam isu ini, amat ketara andaipun isu ini tiada, kita juga tahu siapakah selama ini yang menggerakkan Agenda Menghapuskan agama Islam sebagai Agama Rasmi. Agenda Ketuanan Rakyat yang jelas adalah idea asal DAP, menolak kedaulatan Sultan-sultan Melayu dan gerakan seruan menghapuskan hak istimewa Bumiputera juga didalangi oleh DAP. Lihat blog Gerakan Anti-PKR.  Apalagi Guan Eng nak berbohong? Tunggulah PRU 13 atau sebelumnya apabila rakyat sudah jemu dan bosan dengan permainan jahat dan kotor DAP selama ini. DAP bakal dihukum oleh rakyat ! Bersedialah Guan Eng. 

Lee Kuan Yew pun nak bersara dari arena politik mungkin atas kesihatannya tapi bapa Guan Eng bila nak bersara ? Nik Ajih pun bila nak bersara? Karpal Singh pun bila nak bersara ? Mereka ini semua pemimpin yang tidak boleh diharapkan dan bakal menjahanamkan Malaysia. Tepuk Dada Tanya Iman.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...