Bila kita mengatakan mengenai Hak, kita memang lupa mengenai Tanggungjawab. Bila kita melaksanakan Tanggungjawab, kita memang lupa mengenai Pertanggungjawaban. Kita seronok memberikan alasan, Ini Hak Saya, Itu Hak Saya tapi kita lupa menjaga Amanah, Kebenaran, Kebijaksanaan dan Penyampaian, kita lupa membicarakan Sempadan dan Batasan kepada Hak yang juga merupakan HAK KITA.
1. EDISI SARAPAN SENAMAN MINDA DAN AKAL mengajak semua berbicara mengenai Takrifan HAK. Dewasa ini, 27 juta rakyat Malaysia dimomokkan dengan ilusi HAK. Illusi HAK diperbincangkan melalui gambaran Fatamorgana, Utopia dan allegori Pelangi. HAK tidak diperbincangkan secara telus dan berwibawa tetapi diperbincangkan dalam ruang litup mempersalahkan pihak pemerintah. Ini adalah salah dan tidak betul samasekali.
2. Takrifan HAK yang betul dan benar adalah Tanggungjawab, Amanah dan Batas Sempadan. Ketiga unsur ini adalah HAK. Sifat yang sepatutnya di pupuk ialah 4 sifat utama iaitu Berlaku Benar, Berlaku Bijak, Berlaku Menyampaikan dan Berlaku Amanah. Tanpa 4 sifat ini, HAK tidak akan dapat Berdiri secara Adil Saksama.
3. Secara umumnya, manusia ini mempunyai Hak kepada Pendidikan, Jaminan Keselamatan Diri (Agama, Nyawa, Maruah dan Hartabenda), Rumah Kediaman serta Makan dan Minum (Ekonomi). Batas Sempadannya ialah Tidak Dizalimi dan Tidak Dianiayai. Manakala Tanggungjawab dan Amanah ialah Tidak Berlebihan dan Tidak Merampas Hak Orang lain dengan cara menipu, memfitnah, mengadu domba, bersaksi bohong, berlaku zalim dan berlaku aniaya contohnya melakukan rasuah dan suapan.
4. Di dalam Tanggungjawab dan Amanah ada kekecualian yang mendesak. Kekecualian ini juga wajib dipelihara dengan rasa tanggungjawab dan Amanah yang tinggi agar tidak disalahgunakan mengikut hawa nafsu. Kesemua inilah yang dikatakan sebagai HAK. HAK bukan membicarakan KEBEBASAN , itu adalah Fatamorgana, Pelangi dan Utopia, tetapi HAK adalah TANGGUNGJAWAB, AMANAH dan HAD BATAS SEMPADAN yang berdiri di atas 4 SIFAT iaitu BERLAKU BENAR, BERLAKU BIJAK, BERLAKU AMANAH dan BERLAKU MENYAMPAIKAN. Matlamat HAK ialah mencapai ADIL SAKSAMA.
Marilah kita memahaminya bersama-sama dan janganlah kita terpedaya dengan retorik lapuk Fatamorgana, Pelangi dan Utopia yang sengaja melupakan kita kepada Takrifan HAK yang sebenarnya. Tepuk Dada Tanya Iman.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan