Isnin, 16 Mei 2011

EDISI SARAPAN: Menghapuskan Kebatilan

Kebatilan ialah segala perbuatan yang mazmummah yang membawa natijah keburukan, kejahatan dan kemudaratan kepada diri sendiri, masyarakat umum, agama bangsa dan negara. Segala perbuatan mazmummah perlu dihapuskan dan dilawan habis-habisan. Sebarang perbuatan yang menjurus kepada kepentingan peribadi seseorang idola dan pemimpin yang melakukan kesalahan merupakan 1 kebatilan.

1.   EDISI SARAPAN SENAMAN MINDA DAN AKAL membicarakan mengenai KEBATILAN Pemerintah seperti PKR Selangor, DAP Selangor dan PAS Selangor berlaku zalim dan menindas rakyat tanpa sebarang  alasan munasabah dan wajar malah boleh dikatakan menyalahguna kuasa Eksekutif serta membelakangi Amanah sebagai Pemerintah Adil Saksama. Ini adalah contoh sebuah Rejim Kebatilan.

2.   Apa gunanya AIR PERCUMA yang hanya percuma setakat had tertentu tapi masih kena bayar bila melebihi had tersebut. Itu bukan PERCUMA tapi  GIMIK POLITIK MURAHAN. Ianya adalah sebuah Penipuan yang jelas dan terang-terang dilakukan kepada rakyat. Inilah KEBATILAN. 

3. Apa faedahnya WiFi Percuma jika hanya untuk tempoh terhad dan selepas itu kena bayar juga? Adakah WiFi Percuma ini mampu memberikan rumah, makanan, minuman dan pakaian kepada rakyat jelata? Malah manafaatnya juga terhad kepada rakyat yang mampu memiliki komputer.Kepura-puraan memberikan manafaat tetapi sebenarnya hanya mendatangkan musibah dan kemudaratan.kepada majoriti rakyat. Inilah KEBATILAN.

4. Begitu jugalah, apakah faedah dan manafaat untuk mempertahankan seorang idola dan pemimpin yang melakukan kesalahan dan berakhlaq bertentangan dengan nilai-nilai dan Ajaran ISLAM? Bukti-bukti sohih lagi jelas telah diberikan berkaitan kesalahan yang dilakukan oleh idola dan pemimpin tersebut. Atas alasan apa mahu dipertahankan pemimpin seperti itu?  MEMBENARKAN YANG SALAH DAN MENYALAHKAN YANG BENAR. Berhukum kepada hawa nafsu semata-mata. Inilah KEBATILAN. 

Kita wajib mengetahui dan dapat membezakan antara HAK dan BATHIL. Kegagalan untuk membezakan HAK dan BATHIL menyebabkan kita berada dalam keadaan seperti sekarang ini. Bertekadlah kita untuk keluar dalam KEGELAPAN ini dan menuju KEMENANGAN. Tepuk Dada Tanya Iman.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...