Rabu, 24 Ogos 2011

MAIN KASAR NAMPAK ... MENTERI DALAM NEGERI TERIMA UGUTAN.

DATO' SERI HISHAMUDDIN DILAPURKAN TELAH MENERIMA DUA BUTIR PELURU DAN SEPUCUK SURAT AMARAN. DI MANA DAN BAGAIMANA PENGHANTARAN TERSEBUT DI BUAT TIDAK DIKETAHUI. MAKLUMAT INI DI TERIMA DARIPADA BLOGER DOUBLE Y. 

Sekadar Hiasan 

Berdasarkan kepada maklumat bloger Double Y, pihak KDN telah mengesahkan kejadian tersebut. Sekarang ini terletak kepada kebijaksanaan PDRM kerana dikatakan pihak PDRM telah dimaklumkan mengenainya. Main kasar nampak. Sila baca selanjutnya di pautan ini

http://yuseriyusoff.blogspot.com/2011/08/menteri-kdn-terima-dua-butir-peluru.html

Ada pihak semakin berani bertindak di luar batasan perundangan negara nampaknya. Inilah perkara yang tidak ingin kita lihat dalam senario politik negara. Dalam keributan spekulasi pihak imigresen hendak mengambil tindakan ke atas Zuraida Ampang kerana memfitnah, tup tup Menteri Dalam Negeri menerima ugutan. Kurang Ajar ! Biadap !

TEPUK DADA TANYA IMAN!

ROCKY BRU PLEASE GET A LIFE BRO.

MUCH ADO ABOUT NOTHING ON MOLE SAYS ROCKY BRU FOR HAVING TAKEN SURPRISE OF HIS PROJECT BEING UNVEILED EARLY. NOW WHICH WAKING PM DO YOU WISH TO TAKE DOWN THIS TIME ROCKY BRU? I'M AFRAID THAT MAY BE THIS TIME YOUR OWN ASS IS UP FOR AUCTION IN OPEN MARKET.

Say why not instead of taking all the troubles to take down any political figure, you opted for another amusing alternative that is taking a trip to Antartica and write about those poor Eskimos. They live in igloos you know. I'm sure that your skill is much needed there. It pays in American Dollar. and has a wider audience than Malaysia. But should you think it is undesirable so to do, what's about Europe? They too need someone like you up there.

An eskimo preparing an igloo for Rocky's new MOLE

Anyway I'm thanking you for glorifying our efforts in making you looks like a fool. The next flight to Antartica is next Friday, please do check with your reservation with Air Asia or Firefly. Make sure you board it. Malaysian will not miss you.

ISU MURTAD (GMDU): LORH BUKAN UMNO YANG LAPURKAN.

BLOGER DARUL EHSAN TODAY MENDEDAHKAN SUATU KISAH MENARIK DAN BOLEH DIPERCAYAI. KISAHNYA BEGINI, DALAM ISU MURTAD YANG DILAKUKAN OLEH GDMU SEBAGAI USAHA KERJA MISIONARI AKTIF MENGUBAH PENDIRIAN POLITIK DAN KEPERCAYAAN AGAMA ORANG MELAYU AGAR MENINGGALKAN UMNO DAN MENYOKONG PERJUANGAN SOSIALISMA; JAIS BERTINDAK DI ATAS LAPURAN YANG DI TERIMA DARIPADA ABANG IPAR SALAH SEORANG DARIPADA 12 ORANG ISLAM YANG HADIR DI MAJLIS KESYUKURAN (MERAIKAN KEJAYAAN MENYESATKAN ORANG ISLAM).


JAIS telah melapurkan kepada Hassan Ali mengenainya. Hassan Ali telah memaklumkan Khalid GG. Khalid GG merestui cadangan Hasan Ali agar suatu siasatan dijalankan ke atas GDMU. Apabila siasatan dijalankan oleh JAIS dan menemui bukti-bukti kritikal membuktikan kebenaran lapuran tersebut; tiba-tiba Khalid GG beralih angin. Ini menjadikan Hasan Ali begitu kecewa dipermainkan oleh Khalid GG. 

Persoalannya yang paling menarik dalam episod drama ini ialah kenapa Khalid GG tiba-tiba beralih angin? dua kali Khalid GG kantoi. Semalam beliau dikantoikan kerana berbohong mengenai perkenan baginda Sultan Selangor ke atas Majlis Penyelesaian Syura'. Pada hari ini dia dikantoi oleh bloger DET. Mana lah Khalid GG hendak letak mukanya selepas ini? Dalam portal Rocky Bru?

Pakatan Sosialis pembangkang semakin hari semakin celaru dan bercelaru. Perjuangan sosialis mereka tidak ke mana. Ekonomi rakyat tidak bertambah baik. Rakyat hidup dalam ketakutan dan keliru. Betul lah, Selangor, Pulau Pinang , Kedah dan Kelantan sebenarnya di perintah dan di tadbir di sebalik Tabir Sosialis oleh DAP Sosialis. Memang sial lah Pakatan Sosialis Pembangkang ini.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

ZURAIDA MAK LEMPIRA DI AMBANG CELAKA ATAU POPULARITI?

ZURAIDA AMPANG. WANITA MELAYU KOD 71. LAHIR DI LUAR NEGARA. MENDAKI PUNCAK KERJAYA POLITIK MELALUI PKR. APAKAH YANG DIPERJUANGKANNYA? POPULARITI DAN HARAPAN MENJADI PERDANA MENTERI WANITA MALAYSIA PERTAMA? ZURAIDA AMPANG INI DALAM KELOMPOK WANITA BEKERJAYA. BERCITA-CITA TINGGI SAMA SEPERTI ROCKY BRU (BRO). MENITI KEHIDUPAN INI MENCARI KEMEGAHAN DIRI. BERPURA-PURA MENJADI PEJUANG MASYARAKAT. BAKAT ZURAIDA AMPANG HANYA MENJADI SEORANG PENGACAU BILAU. JASANYA KEPADA MASYARAKAT? GAGAK LIAR LEBIH BANYAK JASANYA BERBANDING ZURAIDA.

Zuraida Ampang kini berhadapan dengan risiko di saman oleh pihak imigresen Selangor gara-gara keceluparannya mendakwa Program 6P mempunyai agenda tersembunyi. Beliau mendakwa adanya Surat Akuan Bersumpah menyatakan sokongan kuat kepada kerajaan BN dan UMNO. Surat Akuan bersumpah sokongan tersebut dikeluarkan dalam blog jelitawan jadian milosuam-suam kuku. Tiada bukti sokongan lain diberikan untuk membuktikan Surat Akaun Bersumpah berkenaan sememangnya digunakan melainkan spekulasi liar dan ftinah rekaan Zuraida untuk mencari populariti.


Program 6P adalah sebuah program yang dijalankan oleh pihak imigresen Malaysia bagi  pengurusan pendatang asing berdasarkan kepada saranan Makmal Pengurusan Warga Asing (MPWA). Apakah sebenarnya Program 6P ini? 

1. APAKAH PROGRAM 6P?
Program 6P adalah singkatan bagi Program Penyelesaian Menyeluruh Pekerja Asing dan Pendatang Asing Tanpa Izin. Ia adalah satu pakej program yang menggabungkan beberapa syor yang dikemukakan oleh Makmal Pengurusan Warga Asing (MPWA) sebagai pendekatan terkini oleh Kerajaan untuk memantapkan pengurusan warga asing di Malaysia.

2. APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN 6P?
Angka enam (6) pada nama Program 6P itu membawa maksud kepada enam peringkat pelaksanaan yang akan digerakkan sepanjang tempoh program ini, bermula dengan PENDAFTARAN, PEMUTIHAN, PENGAMPUNAN, PEMANTAUAN, PENGUATKUASAAN dan PENGUSIRAN
.
baca selanjutnya di pautan KDN ini portal.ikdn.gov.my : soalan-soalan-lazim-program-6p/ 


Program 6P tiada kena mengena dengan spekulasi liar berniat jahat Zuraida mewakili Pakatan Sosialis Pembangkang menjadikan warga asing sebagai warganegara mee segera. Samalah seperti spekulasi liar oleh kumpulan Rocky Bru (Bro) mengenai Omar Ong. 

Kebimbangan Pakatan Sosialis pembangkang akhir-akhir ini mengenai sokongan rakyat yang semakin menjauhi diri daripada mereka; menjadikan mereka bertambah agresif mensensasikan pelbagai jenis FITNAH. Apa yang mereka hendak takutkan? Mereka hanya perlu memohon maaf sahaja tanpa dikenakan tindakan apa-apa. Pada kali ini, permohonan maaf mungkin tidak akan mencukupi buat mereka.

Orang yang melakukan kejahatan tidak memudaratkan orang yang kejahatan itu dilakukan sebaliknya kejahatan itu akan menimpa diri mereka sendiri. Itulah janji Allah SWT dan Allah SWT tidak memungkiri janji. Pakatan Sosialis Pembangkang memungkiri janji-janji mereka dan menyalahi janji-janji Allah SWT.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

MAMPUKAH JERAT YANG SAMA MENJERAT PELANDUK LAIN?

PEMBURU YANG PERNAH MENJERAT PELANDUK SELALUNYA AKAN MEMASANG JERAT YANG SAMA DI TEMPAT YANG SAMA. HARAPANNYA AKAN BERJAYA SEPERTI DULU. 


KEHIDUPAN INI ADALAH KETENTUAN DAN KADAR KETENTUAN. BAGI YANG MEMAHAMI TUJUAN ASBAB DAN MUSABAB TIDAK AKAN TERPERANGKAP DALAM MUSABAB. 


MEREKA YANG TERPERANGKAP DALAM USAHA BAKAL KECEWA DALAM JERANGKAP KETENTUAN. (Gambar sebelah kononnya adalah Bulatan Pilihan DS Najib- Persepsi yang dimainkan)



Usaha untuk menjatuhkan DS Najib sudah bermula. Ianya dimulakan dengan kempen memburukkan imej Mohd Omar Ong. Malah kempen yang sama digunakan sewaktu menjatuhkan Pak Lah melalui KJ. Selayang pandang seolah-olah watak Mohd Omar Ong merupakan watak misterius yang digerakkan untuk menjatuhkan mana-mana Perdana Menteri selepas era Tun Dr Mahathir. Sekurang-kurangnya begitulah persepsi kelompok berkenaan.

Baginda Rasullullah s.a.w. pernah bersabda bahawa kelompok Dajal sebelum Dajal amat mahir dalam melakukan perhitungan berpandukan kepada usaha, asbab dan musabab. Malangnya bagi kelompok tersebut kerana ilmu mengenai ketentuan tiada pada mereka.

Hambe cuma hendak mengucapkan kepada kelompok tersebut, andaikata kegagalan itu mengetuk pintu kejayaan lampau anda, janganlah berpaling dari ketentuan. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...