BLOGER DARUL EHSAN TODAY MENDEDAHKAN SUATU KISAH MENARIK DAN BOLEH DIPERCAYAI. KISAHNYA BEGINI, DALAM ISU MURTAD YANG DILAKUKAN OLEH GDMU SEBAGAI USAHA KERJA MISIONARI AKTIF MENGUBAH PENDIRIAN POLITIK DAN KEPERCAYAAN AGAMA ORANG MELAYU AGAR MENINGGALKAN UMNO DAN MENYOKONG PERJUANGAN SOSIALISMA; JAIS BERTINDAK DI ATAS LAPURAN YANG DI TERIMA DARIPADA ABANG IPAR SALAH SEORANG DARIPADA 12 ORANG ISLAM YANG HADIR DI MAJLIS KESYUKURAN (MERAIKAN KEJAYAAN MENYESATKAN ORANG ISLAM).
JAIS telah melapurkan kepada Hassan Ali mengenainya. Hassan Ali telah memaklumkan Khalid GG. Khalid GG merestui cadangan Hasan Ali agar suatu siasatan dijalankan ke atas GDMU. Apabila siasatan dijalankan oleh JAIS dan menemui bukti-bukti kritikal membuktikan kebenaran lapuran tersebut; tiba-tiba Khalid GG beralih angin. Ini menjadikan Hasan Ali begitu kecewa dipermainkan oleh Khalid GG.
Persoalannya yang paling menarik dalam episod drama ini ialah kenapa Khalid GG tiba-tiba beralih angin? dua kali Khalid GG kantoi. Semalam beliau dikantoikan kerana berbohong mengenai perkenan baginda Sultan Selangor ke atas Majlis Penyelesaian Syura'. Pada hari ini dia dikantoi oleh bloger DET. Mana lah Khalid GG hendak letak mukanya selepas ini? Dalam portal Rocky Bru?
Pakatan Sosialis pembangkang semakin hari semakin celaru dan bercelaru. Perjuangan sosialis mereka tidak ke mana. Ekonomi rakyat tidak bertambah baik. Rakyat hidup dalam ketakutan dan keliru. Betul lah, Selangor, Pulau Pinang , Kedah dan Kelantan sebenarnya di perintah dan di tadbir di sebalik Tabir Sosialis oleh DAP Sosialis. Memang sial lah Pakatan Sosialis Pembangkang ini.
TEPUK DADA TANYA IMAN!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan