ZURAIDA AMPANG. WANITA MELAYU KOD 71. LAHIR DI LUAR NEGARA. MENDAKI PUNCAK KERJAYA POLITIK MELALUI PKR. APAKAH YANG DIPERJUANGKANNYA? POPULARITI DAN HARAPAN MENJADI PERDANA MENTERI WANITA MALAYSIA PERTAMA? ZURAIDA AMPANG INI DALAM KELOMPOK WANITA BEKERJAYA. BERCITA-CITA TINGGI SAMA SEPERTI ROCKY BRU (BRO). MENITI KEHIDUPAN INI MENCARI KEMEGAHAN DIRI. BERPURA-PURA MENJADI PEJUANG MASYARAKAT. BAKAT ZURAIDA AMPANG HANYA MENJADI SEORANG PENGACAU BILAU. JASANYA KEPADA MASYARAKAT? GAGAK LIAR LEBIH BANYAK JASANYA BERBANDING ZURAIDA.
Zuraida Ampang kini berhadapan dengan risiko di saman oleh pihak imigresen Selangor gara-gara keceluparannya mendakwa Program 6P mempunyai agenda tersembunyi. Beliau mendakwa adanya Surat Akuan Bersumpah menyatakan sokongan kuat kepada kerajaan BN dan UMNO. Surat Akuan bersumpah sokongan tersebut dikeluarkan dalam blog jelitawan jadian milosuam-suam kuku. Tiada bukti sokongan lain diberikan untuk membuktikan Surat Akaun Bersumpah berkenaan sememangnya digunakan melainkan spekulasi liar dan ftinah rekaan Zuraida untuk mencari populariti.
Program 6P adalah sebuah program yang dijalankan oleh pihak imigresen Malaysia bagi pengurusan pendatang asing berdasarkan kepada saranan Makmal Pengurusan Warga Asing (MPWA). Apakah sebenarnya Program 6P ini?
1. APAKAH PROGRAM 6P?
Program 6P adalah singkatan bagi Program Penyelesaian Menyeluruh Pekerja Asing dan Pendatang Asing Tanpa Izin. Ia adalah satu pakej program yang menggabungkan beberapa syor yang dikemukakan oleh Makmal Pengurusan Warga Asing (MPWA) sebagai pendekatan terkini oleh Kerajaan untuk memantapkan pengurusan warga asing di Malaysia.
2. APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN 6P?
Angka enam (6) pada nama Program 6P itu membawa maksud kepada enam peringkat pelaksanaan yang akan digerakkan sepanjang tempoh program ini, bermula dengan PENDAFTARAN, PEMUTIHAN, PENGAMPUNAN, PEMANTAUAN, PENGUATKUASAAN dan PENGUSIRAN.
baca selanjutnya di pautan KDN ini portal.ikdn.gov.my : soalan-soalan-lazim-program-6p/
Program 6P tiada kena mengena dengan spekulasi liar berniat jahat Zuraida mewakili Pakatan Sosialis Pembangkang menjadikan warga asing sebagai warganegara mee segera. Samalah seperti spekulasi liar oleh kumpulan Rocky Bru (Bro) mengenai Omar Ong.
Kebimbangan Pakatan Sosialis pembangkang akhir-akhir ini mengenai sokongan rakyat yang semakin menjauhi diri daripada mereka; menjadikan mereka bertambah agresif mensensasikan pelbagai jenis FITNAH. Apa yang mereka hendak takutkan? Mereka hanya perlu memohon maaf sahaja tanpa dikenakan tindakan apa-apa. Pada kali ini, permohonan maaf mungkin tidak akan mencukupi buat mereka.
Orang yang melakukan kejahatan tidak memudaratkan orang yang kejahatan itu dilakukan sebaliknya kejahatan itu akan menimpa diri mereka sendiri. Itulah janji Allah SWT dan Allah SWT tidak memungkiri janji. Pakatan Sosialis Pembangkang memungkiri janji-janji mereka dan menyalahi janji-janji Allah SWT.
TEPUK DADA TANYA IMAN!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan