Rabu, 24 Ogos 2011

MAMPUKAH JERAT YANG SAMA MENJERAT PELANDUK LAIN?

PEMBURU YANG PERNAH MENJERAT PELANDUK SELALUNYA AKAN MEMASANG JERAT YANG SAMA DI TEMPAT YANG SAMA. HARAPANNYA AKAN BERJAYA SEPERTI DULU. 


KEHIDUPAN INI ADALAH KETENTUAN DAN KADAR KETENTUAN. BAGI YANG MEMAHAMI TUJUAN ASBAB DAN MUSABAB TIDAK AKAN TERPERANGKAP DALAM MUSABAB. 


MEREKA YANG TERPERANGKAP DALAM USAHA BAKAL KECEWA DALAM JERANGKAP KETENTUAN. (Gambar sebelah kononnya adalah Bulatan Pilihan DS Najib- Persepsi yang dimainkan)



Usaha untuk menjatuhkan DS Najib sudah bermula. Ianya dimulakan dengan kempen memburukkan imej Mohd Omar Ong. Malah kempen yang sama digunakan sewaktu menjatuhkan Pak Lah melalui KJ. Selayang pandang seolah-olah watak Mohd Omar Ong merupakan watak misterius yang digerakkan untuk menjatuhkan mana-mana Perdana Menteri selepas era Tun Dr Mahathir. Sekurang-kurangnya begitulah persepsi kelompok berkenaan.

Baginda Rasullullah s.a.w. pernah bersabda bahawa kelompok Dajal sebelum Dajal amat mahir dalam melakukan perhitungan berpandukan kepada usaha, asbab dan musabab. Malangnya bagi kelompok tersebut kerana ilmu mengenai ketentuan tiada pada mereka.

Hambe cuma hendak mengucapkan kepada kelompok tersebut, andaikata kegagalan itu mengetuk pintu kejayaan lampau anda, janganlah berpaling dari ketentuan. 

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...