Isnin, 5 Disember 2016

DOKTOR IN-DA KANDANG DAP

Hasil carian imej untuk Mahathir perhimpunan DAP
Mana Lebih Merbahaya?
Ideologi Politik Atau Politikos Atau Doktor Politik?

BISMILLAHI
Salamun 'Alaikom
Selamat Sejahtera Bani Adam a.s. & Tanah Melayu, Tanah Kuning, Tanah Jawi Tanah Mengandong.

AL KESAH TANAH MELAYU

22 Tahun Mahathir dalam UMNO. Menjadi Presiden UMNO, PM, Menteri Kewangan, Menteri KDN. Sepanjang 22 tahun, Mahathir sentiasa menyeru Melayu menjauhi perjuangan politik DAP. Dalam masa yang sama, Mahathir menternak dan memberi Dedak gred A kepada taikun-taikun Cina. Melahirkan beberapa Bilionir taikun Cina Malaysia.

Sepanjang tempoh itu juga, Mahathir menjadi 'Musuh Utama' politik DAP. Setelah Mahathir gagal menjatuhkan Najib, Mahathir tubuh parti Bunga Raya.  Ada yang mendakwa , Mahathir membantu Najib memusnahkan kubu lawan BN. Ada yang mendakwa, memang Mahathir nak menjahanamkan Najib dan malu nak mengaku kalah dengan Najib. 

Apa tujuan Mahathir sebenarnya? Apa pendapat kalian semua bila melihat pada hari ini, Mahathir berdiri tegak di kepit oleh dua orang musuh utama nya dulu dalam parti yang dimusuhinya? Atas platfom apa dan perjuangan apa dan untuk siapa?

Nak kata perbuatan Mahathir sebagai membantu Najib, kita tak nampak pun sebab-sebab dan alasan-alasan logik untuk sampai kepada kesimpulan itu. Yang jelas nampak kepada kita, perbuatan Mahathir nak menjahanamkan Najib. Sifir mudah yang kita nampak Mahathir sedang melaksanakan manuver politik desperado untuk hapuskan Najib. Untuk hapuskan Najib, Mahathir kena jahanamkan UMNO dan BN. Untuk jahanamkan UMNO dan BN, kena cemolot dengan DAP. Tapi bagaimana Mahathir nak hapuskan DAP plak bila matlamat politik nya tercapai?

Bolehkah Mahathir bertahan lebih lama untuk mengalahkan pula DAP? Mahathir dah di selar dengan gelaran 'Bapak Ayam' di kalangan DAP.

Mahathir berjuang untuk apa dan siapa sebenar nya selama ini?

Mahathir sentiasa berpandukan kepada prinsip Machiavelli, " Tak ada Kawan dan Musuh Yang Kekal Lama dalam Politik". Prinsip Machiavelli itu tak sesuai bagi perjuangan untuk agama, bangsa & negara. Tapi amat sesuai dengan Agenda Peribadi.

Mahathir tak rasa ke maruah dan nama-baik nya kini semakin busok lagi membusokkan akibat perbuatan diri nya sendiri? 

Bila kita melihat balik tempoh 22 tahun Mahathir menerajui negara dan UMNO, kronologinya seperti berikut; -

22 tahun Mahathir hapuskan imuniti Raja-raja Melayu
22 tahun Mahathir selewengkan DEB 
22 tahun Mahathir cabar ulama' 
22 tahun Mahathir mansuhkan UMNO 1946 dan ganti dengan parti nya
22 tahun Mahathir faraid harta benda UMNO 1946 
22 tahun Mahathir langgar Wasiat 7 Raja-raja 
22 tahun Mahathir gagal memajukan Melayu dalam bidang ekonomi
22 tahun Mahathir merampas Hak Melayu 

Bagaimana pula kedudukan DAP dalam hal ini ?

DAP cuma mengambil peluang yang terbuka kepada mereka sahaja. Penasihat DAP, Dr Chan Man Heng kelahiran Tanah Besar China. Datang berhijrah ke Tanah Melayu sebelom Merdeka. Tidak pernah mahu dan masih enggan mengiktiraf Hak Istimewa Melayu dan Perlembagaan itu sendiri.

Siapa yang jahat sebenar nya ? DAP atau Mahathir? Atau kedua-dua nya adalah pihak yang amat jahat. 

Kenapa Mahathir ketepikan UMNO BARU yang ditubuhkan oleh nya? Ke mana hilang semangat Melayu nya? Atau memang takde semangat Melayu itu sejak mula Mahathir menceburi politik. 

Apa-apa pun lah, pada hari ini kita melihat dengan jelas Punca dan Sebab kenapa Melayu semenjak merdeka, tak ke mana pun. Tengok je la peel bekas pemimpin macam Mahathir. 

Rabu, 23 November 2016

KU NAN SUDAH DITAKDIRKAN MENJADI SUA UMNO BARU.

Hasil carian imej untuk Ku Nan di kritik gerakan Merah

BISMILLAHI
salamun 'alaikom

Ku Nan sudah ditakdirkan menjadi SUA UMNO BARU.

Sesiapa yang mendesak Ku Nan meletak jawatan bererti tidak redha & tidak rela dengan Takdir Allah Hu Ta'ala.

Baginda Rasul Allah Mohammad bin Abdullah shallallahu 'alaihis salam pernah memberikan peringatan kepada umat nya supaya tidak menentang pemerintah. Ku Nan adalah sebahagian dari Saf Pemerintah.

Sebarang rasa tak puas hati, terhadap Ku Nan kerana kenyataan nya yang belom di buat sebarang tindakan oleh Ku Nan, adalah Budaya Duri Dalam Daging.

Sehebat mana pun seseorang itu merasakan diri nya adalah Pejuang & Pembela Parti yang dianggotai oleh nya, tidak patot dan tidak wajar samasekali melanggar Saf Kepimpinan. Ada saluran dan ada kaedah yang sudah ditetapkan. Tidak perlu Lari dan menyimpang terlalu jauh dari saluran yang sudah ditetapkan untuk memboktikan kepoweran kepada Mark zuckerberg.

Menentang Saf Kepimpinan bukanlah cara untuk memperlihat kadar meter Power di Media Sosial. Kerana Media Sosial dimiliki oleh Mark Zuckerberg. Maka, sebarang Power & Pengaroh yang dikhayalkan dipunyai sebenarnya tertakluk kepada Mark Zuckerberg, pemilik Facebook aplikasi media sosial. 

Jasa kepada Perjuangan dan ketaatan kepada Parti bukan sahaja di nilai kepada kejayaan menyahut cabaran pihak lawan di jalanraya atau setegar mana sifat melawan ketua, tapi ianya juga di ukur kepada sejauh mana seseorang itu mampu mengekang kemarahannya.

Setiap anggota kepada parti mempunyai tugas dan fungsi memasing sebagai Jentera Parti.  Melawan Saf Kepimpinan bukanlah salah satu tugas dan fungsi tersebot. Sebaliknya perbuatan itu adalah satu Pincang-Tugas dan Nyah-Fungsi.

Ku Nan adalah sesosok manusia dan bukan batu granit yang takde telinga, akal fikiran serta pertimbangan jika di bawa berbincang molek-molek.

Lagipun, jika benar-benar seorang Pejuang, maka apa nak ditakotkan dan dikeriaukan sangat kenyataan manja Ku Nan? Bukankah pepatah Melayu dah sebot,

" Sayangkan Anak di rotan, Sayangkan isteri, Berskandal Ramai" 

Seorang Pejuang kenalah berani nak hadap sebarang Hukuman daripada mana-mana pihak. Namun , kalau hanya berselfi dan menguplod 'Live Video' sambil bersantai-santai , kemudian melawan Saf Kepimpinan, itu bukan Semangat Seorang Pejuang tapi Hangat Tahi-tahi Ayam.

Ada banyak lagi pekerjaan lain yang lebih bermanafaat jika mahu menjaga dan membela Perjuangan Parti. Melawan Saf Kepimpinan hanyalah mengundang malang bagi diri sendiri. Dan memburukkan lagi imej parti.

Ku Nan dan kenyataan nya bukanlah Batu Penghalang kepada mana-mana individu yang mahu memboktikan Semangat Perjuangan Membela Parti. Sesiapa saja boleh memboktikan Semangat Juang nya di luar parti. Apalah sangat nak berkecil hati dengan kenyataan Ku Nan kerana bukan kah seorang pejuang itu Jiwa nya amat Besar? Kenyataan Ku Nan kecil sahaja.

Usahlah membuat pekerjaan sia-sia setelah penat lelah 'berjuang di jalanraya' mempertahankan maruah parti.

Usahlah berkecil hati setelah berjaya memboktikan betapa Besar Hati berjuang di jalanraya mempertahankan maruah parti.

Sebagai memboktikan pengakuan Pejuang maka elok lah diboktikan dengan Keberanian menghadapi apajua risiko akibat pengakuan itu.  Ku Nan hanyalah perkara kecil bagi seorang Pejuang Berjiwa Besar dan Bersemangat Kental.

Jangan jatohkan standard setelah berpenat lelah memperolehi standard itu.

walaikumus salam 

Jumaat, 23 September 2016

SEBAB UTAMA BN / UMNO BARU DI BAWAH NAJIB TAK KALAH PRU 14.

BN / UMNO BARU ibarat Se-Gelas Teh Tarek Yang Penoh Air Sampai Melimpah Ruah Yang Berbuih-buih 

BISMILLAHI 
SALAMUN 'ALAIKOM 

POLOTIK di Malaysia ini dimulakan oleh sekumpulan penggiat semangat terober nak Merdeka. Pada masa itu, pada pikiran mereka, merdeka ialah membebaskan diri dari belenggu apa Bos Ingeris arahkan. Nak rasa perintah dan tadbir sendiri Tanah Tumpah Darah sendiri. dan nak rasa bagaimana menjadi Pentadbir dan Pemerintah dalam sebuah sistem demokrasi yang di pilih rakyat lima tahun sekali. 

Semangat berkobar-kobar terkobar pada masa itu dicetoskan oleh sifat pengecot Ingeris main blah bila Abam Busat Jepun datang bawak Pedang Samurai dan Senapang naik besikal. Itulah yang kita baca dalam buku sejarah.

Tapi tak ramai nak ambil tahu apa yang berlaku sebenar nya. Kenapa Abam Busat Jepon datang ke Tanah Melayu. Dan kenapa semangat penggiat2 merdeka terkeliro dan terpedaya dengan propaganda Polotik dan pahaman Polotik.

Kenapa ada Regimen Askar Melayu DiRaja yang mana ramai anggotanya terkorban pertahankan Tanah Melayu dari serangan Abam Busat Jepon? Adakah mereka pertahankan hegemoni kekuasaan dan penjajahan Ingeris atau mereka pertahankan kedaulatan Tanah Melayu itu di bawah panji2 Dato Undang Nan Ampat dan Raja-raja Melayu?

Hasil carian imej untuk Regimen Askar Melayu Di Raja
Barisan Awal RAMD 

Hasil carian imej untuk Regimen Askar Melayu Di Raja
Jata & Cogankata RAMD 

Dan apakah sebab dan punca sebenar askar Ingeris begitu cepat blah dan terus berkubu di Singapura? Kata menjajah seluruh Tanah Melayu, takkan Ingeris bangang sangat nak beri dan serah semua kepentingan dan kekayaan mereka kepada Abam Busat Jepon?

Dan kenapa Abam Busat Jepon tak berikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu? Takkan bebal dan bongok kepala otak Abam Busat Jepon.

Bab ini ramai yang tak paham pasal butiran sejarah Tanah Melayu sebelom Perang Dunia Pertama sehingga selepas Perang Dunia Kedua.

Sebelom Perang Dunia Pertama, dan kejatohan Empayar Uthmaniyyah Turki, kebangkitan Wahhabi ke atas Tanah Hijaz Arab dan kebangkitan semangat kebangsaan Arab di seluruh Jazirah Arab. Tanah Melayu hanya terpecah kepada sistem pentadbiran :

1. Negeri-negeri Melayu Bersekutu
2. Negeri-negeri Melayu Tak Bersekutu
3. Negeri-negeri Selat

Ingeris hanya berkuasa penoh dalam Negeri2 Selat sahaja. Manakala, dalam Negeri2 Melayu Bersekutu dan Tak Bersekutu, Ingeris hanya menjadi Pentadbir dan Penasihat yang di sebot sebagai Residen British. Namun, pegawai2 Ingeris melangkaui bidangkuasa mereka tetapi Residen British adalah Penajwat Awam di bawah Dato Undang Nan Ampat dan Sultan2 Melayu.

Hasil carian imej untuk tentera wahhabi di Hijaz
Pemberontak Wahhabi Yang Di Sokong Ingeris di Bawah Pimpinan Lawrence Of Arabia 

Setiap negeri-negeri Tanah Melayu merupakan entiti berdaulat mengikot kedaulatan masing-masing di bawah Dato Undang Nan Ampat dan Sultan2 Melayu. Residen British hanya pentadbir di atas nama dan kuasa Dato Nan Ampat dan Sultan2 Melayu berdasarkan kepada Perjanjian-perjanjian dan persetian-persetiaan yang di buat dari masa ke semasa.

Maka disinilah timbol kekeliruan dan kecelaruan di akal fikiran para penggiat awal polotik. Mereka tak mengkaji benar-benar akan duduk perkara. Mereka terpengaroh dengan pahaman-pahaman politik yang mereka perolehi daripada pihak-pihak penjajah sendiri dari luar negara. Maka mereka buat kesimpolan yang salah yakni Tanah Melayu di jajah. Kenapa jadi begitu? Kerana mereka adalah etnik-etnik Melayu yang berhijrah ke Tanah Melayu dari kepulauan Melayu lain.

Mereka tak tahu
Adat Adap,
Adat Hukom,
Adat Peratoran
Adat Istiadat

Tanah Melayu kerana mereka bukan berasal dari Tanah Melayu cuma mereka adalah etnik-etnik Melayu dari kepulauan Melayu yang tak sama Adat Adap, Adat Hukom, Adat Peratoran dan Adat Istiadat. Mereka kurang tahu sejarah asal Tanah Melayu. Mereka hanya mengikot tafsiran yang diberikan oleh penajajah. Sebenarnya merekalah yang terjajah dan gagal bebas merdeka dalam ertikata yang sebenar.

Kerana itu kelompok berkenaan mahu Merdeka di Tanah Orang. Maka mereka turut menerima kehadiran kaum-kaum lain bersama mereka. Mereka SEKAPAL SENASIB, SEKEPAL SESUAP NASI. Lahirlah logo KAPAL PERIKATAN.

Mereka meminta-minta daripada Dato Undang Nan Ampat dan Sultan-sultan Melayu berkongsi kuasa mentadbir Tanah Melayu di bawah sistem politik. Maka diberikan tertaklok kepada

PERJANJIAN DURBAR 1931-1939
WASIAT 7 RAJA-RAJA MELAYU
PERKARA 153 PERLEMBAGAAN

Pada awal mulanya ok lah selepas 1957, tiba-tiba datang idea mereka nak buat MALAYSIA pada 1963. Maka, mereka laksanakan. Di situ ahli-ahli Politik sudah mula mengubah

PERJANJIAN DURBAR 1931-1939
WASIAT 7 RAJA-RAJA MELAYU
PERKARA 153 PERLEMBAGAAN

Namun, mereka berantakan kerana tamak haloba sesama mereka sendiri sehingga Singapura dikeluarkan. Akibatnya berlakulah Tragedi 13 Mei 1969. Perubahan dari situ , muncul lah BARISAN NASIONAL dengan logo DACING meminta HAK SAMARATA plak. dah terubah lagi 3 Perjanjian tadi.

Itupun mereka masih tak berpuashati , mereka cipta pula istilah BUMIPUTERA untuk menyamakan status mereka dengan MELAYU PERIBUMI.

Mereka tetap tak berpuashati, lalu mereka cipta WAWASAN 2020 dan MELAYU BARU. Akhir sekali mereka mencipta UMNO BARU.

Tetap juga mereka tak berpuashati, lalu mereka berusaha menukar ganti Dato Undang Nan Ampat , Balai Adat dan Balai Lembaga bagi setiap 4 Luak Berundang itu dengan puak-puak mereka menjawat jawatan2 berkenaan.

Mereka tukar ADAT MEMPATEH dengan ADAT PERPATEH dan ADAT KETEMENGGONGAN maka mereka kini menjadi LETIH dan TERMENONG BINGONG lah sendiri menanggong akibat perbuatan mereka sendiri melalui Politik.

Akibatnya, mereka kini berpecah belah, hilang haluan, hilang tujuan dan hilang kewarasan dalam setiap tindakan mereka. Aqal dan Fikiran mereka bercelaru dan berserabot menyebabkan Kalbo mereka berjerebo.

Ini berlaku ke atas semua ahli-ahli politik dan rakyat jelata. Oleh itu, mereka tak boleh lari lah. Dunia bumi ini tetap milik mutlak Allah Hu Ta'ala. Malah seluruh semesta Alam pun milik mutlaq Allah Hu Ta'ala. Ke mana mereka nak bersembunyi dan melarikan diri?

Disebabkan itulah BN/UMNO BARU takkan kalah dalam PRU 14.

Ahad, 14 Ogos 2016

THE 5 OTAK-OTAK IN THE MAT BUNGA'S MAHATHIR BIRTHDAY PARTY.

Otak-otak Memang Sedap Di Makan 


Bismillahi 
Assalamu'alaikom 

Tajok pada hari ini ialah menu Otak-otak. Bukan dari Johor bukan dari Kay El tapi dari Benua Tanah Sindhi. Tak pasti sejarah resipi Otak-otak ini tapi dipercayai bermula dari armada Alponso Terbuka kaki semasa tewas melawan angkatan laut Melaka di bawah Orang Selat dulu. Maka, setelah membuat bedah siasat kekalahan, Alponso Terbuka-Kaki sedar bahawa angkatannya kekurangan vitamin otak-otak. Barulah Alponso Terbuka-kaki meminta tukang masak kapal nya mencari resipi untuk vitamin otak-otak yang di tiru bulat-bulat dari satu resipi di Tanah Tausug, 

Di atas itu hanya cerita dongeng pasal Otak-otak dan kaitannya bagaimana angkatan Alponso Terbuka-Kaki mampu menawan Kota Melaka tapi gagal menawan empayar Melaka.

Bila dikaitkan dengan pergerakaan Parti Mat Bunga Mahathir pada hari ini, beliau sedar beliau kekurangan vitamin otak-otak yang menyelerakan dan laris di pasar Ramadan. Beliau cuma minat makan popiah.

Beliau tahu popiah tak sehebat otak-otak yang penih berkhasiat berbanding dedak dan pisang Raja. Maka, bagi mengalahkan otak-otak produk BN, beliau menggunakan strategi pemasaran menghitamkan khasiat otak-otak. 

Beliau menyuruh semua tukang masak dan penjual pasar ramadan yang bersimpati dengan beliau memberitahu kepada pembeli, popiah beliau lebih sedap dan berkhasiat berbanding otak-otak. 

Bagi melakukan itu, beliau meminta pinjaman Ah Loong Bukit Beruntong ntah kat mana kerana kempen ini memerlukan banyak wang dan memakan masa selama 20 tahun. 

Beliau sedar tak boleh harapkan pasukan marketing beliau di Tanah Amarika sebab orang Amarika cuma tahu makan burger sahaja. Mana lah orang Amarika reti makan popiah dan otak-otak. 

Beliau turut meminta tukang-tukang masak terhandal di kalangan tukang masak Tanah Naga Main Bola menambah baik dan improvisasikan resipi popiah. Malah beliau turut mempengaruhi beberapa Tukang Hidang otak-otak di dapor BN supaya mensabotaj ramuan-ramuan otak-otak. 

Akhirnya, jejuak beliau menemukan ramuan terhebat yakni Herba Hibiscus yang terbokti mampu mengobati sakit kepala yang terok dan demam panas. Di tambah sikit dengan bahan kimia Botox bagi kesan awet muda sementara. 

Pokok pangkalnya, herba Hisbiscus mempunyai musim dan tak tahan lama. Baja yang diperlukan adalah mahal impot dari Amarika.

Buat masa ini, beliau tak mempunyai apa-apa dagangan bagi Barter Trade mahupun aliran tunai yang mencukupi. Beliau perlu melakukan pasaran secara berperingkat-peringkat untuk menampakkan otak-otak tak berkhasiat.

Begitulah kisahnya yang masih belum tamat tapi ada kesinambungannya nanti.

Terima kasih kerana anda begitu penyabar nak baca artikel ini sampai habis.

MAHATHIR MOHAMAD SUDAH CAPEK & NAJIB JAUH DI HADAPAN

Mahathir Sepatotnya Berehat & Enjoi Persaraan 

Bismillahi 
Assalamu'alaikom 

Mahathir Mohammad sudah penat tu. Umurnya pun sudah 91 tahun. Di usia emas matang seperti itu Mahathir sepatotnya berehat dan enjoi persaraannya sambil bernostalgia pencapaiannya.

Najib sudah jauh ke hadapan beliau (Mahathir). Beliau (Mahathir) sepatutnya mengakui bahawa beliau sudah kalah dalam perlumbaan dengan Najib. Kalah dengan polotik gentleman Najib. Kalah dengan kepintaran Najib berpolotik.

Mahathir tak perlu lagi mendengar dan terpengaroh dengan hasutan-hasutan para pendengki yang mahu melihat beliau mengaibkan dirinya sendiri dalam kekalahan kepada Najib.

1MDB bukanlah skandal sebaliknya hanya sebuah hasutan polotikal sahaja. Mahathir sepatutnya sedar bahawa segala strategi politikal beliau mampu di baca 100 langkah ke hadapan oleh Najib.

Mahathir patut bangga kerana akhirnya beliau mampu digantikan dengan seorang pemimpin seperti Najib meneruskan legasi-legasi negara ke persada dunia. Tindakan Mahathir mahu mengalahkan Najib adalah perbuatan sia-sia.

Mahathir tahu beliau takkan dapat mampu mengalahkan Najib. Beliau tahu keupayaan dan kekuatan Najib. Beliau juga tahu segala usaha murni Najib mahu melindungi beliau dan menutop segala kesalahan pemerintahan beliau.

Mahathir juga tahu Najib berada dalam polotik lebih lama daripada beliau sendiri. Pendekata, Mahathir tahu Najib seorang bijak berpolotik dan amat sukar untuk dikalahkan. 

Beliau juga tahu Najib mempunyai sokongan padu dan kuat daripada akar umbi dan rakyat. Beliau juga tahu apa yang beliau lakukan terhadap Najib hanya memperkukuhkan kedudukan Najib dan mengembalikan kepercayaan kepada Najib. 

Beliau tahu apa saja serangan terhadap Najib tidak sedikit pun mencalarkan dan melemahkan semangat dan moral Najib.

Beliau tahu beliau sudah tersilap perkiraan terhadap Najib sama seperti beliau tersilap perkiraan dengan Anwar Ibrahim.

Mahathir juga tahu Najib mempunyai semangat kental dan jitu dalam menghadapi apajua cabaran dan tidak mudah mengalah.

Mahathir tahu Najib mempunyai semangat sama seperti marhum Tun Abdul Razak. Dan Mahathir tahu Najib tahu segala dan setiap rahsia-rahsia sulit nya. 

Mahathir tahu Najib dah masak dan paham benar cara Mahathir dan penasihat-penasihat Mahathir bertindak dan berfikir.

Mahathir tahu Najib melakukan perkara-perkara dan tindakan-tindakan yang betul dan benar.

Mahathir tahu Najib tak bersalah dalam dalam sebarang fitnah-mehnah yang dilemparkan terhadap Najib.

Cuma Mahathir ini degil saja dan enggan mengaku kalah salah dan silap. Kerana selama ini beliau di bodek dan di puja melambong-lambong oleh pengampu-pengampunya.

Dan Mahathir amat tahu bahawa Najib akan menang akhirnya. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...