Ahad, 14 Ogos 2016

THE 5 OTAK-OTAK IN THE MAT BUNGA'S MAHATHIR BIRTHDAY PARTY.

Otak-otak Memang Sedap Di Makan 


Bismillahi 
Assalamu'alaikom 

Tajok pada hari ini ialah menu Otak-otak. Bukan dari Johor bukan dari Kay El tapi dari Benua Tanah Sindhi. Tak pasti sejarah resipi Otak-otak ini tapi dipercayai bermula dari armada Alponso Terbuka kaki semasa tewas melawan angkatan laut Melaka di bawah Orang Selat dulu. Maka, setelah membuat bedah siasat kekalahan, Alponso Terbuka-Kaki sedar bahawa angkatannya kekurangan vitamin otak-otak. Barulah Alponso Terbuka-kaki meminta tukang masak kapal nya mencari resipi untuk vitamin otak-otak yang di tiru bulat-bulat dari satu resipi di Tanah Tausug, 

Di atas itu hanya cerita dongeng pasal Otak-otak dan kaitannya bagaimana angkatan Alponso Terbuka-Kaki mampu menawan Kota Melaka tapi gagal menawan empayar Melaka.

Bila dikaitkan dengan pergerakaan Parti Mat Bunga Mahathir pada hari ini, beliau sedar beliau kekurangan vitamin otak-otak yang menyelerakan dan laris di pasar Ramadan. Beliau cuma minat makan popiah.

Beliau tahu popiah tak sehebat otak-otak yang penih berkhasiat berbanding dedak dan pisang Raja. Maka, bagi mengalahkan otak-otak produk BN, beliau menggunakan strategi pemasaran menghitamkan khasiat otak-otak. 

Beliau menyuruh semua tukang masak dan penjual pasar ramadan yang bersimpati dengan beliau memberitahu kepada pembeli, popiah beliau lebih sedap dan berkhasiat berbanding otak-otak. 

Bagi melakukan itu, beliau meminta pinjaman Ah Loong Bukit Beruntong ntah kat mana kerana kempen ini memerlukan banyak wang dan memakan masa selama 20 tahun. 

Beliau sedar tak boleh harapkan pasukan marketing beliau di Tanah Amarika sebab orang Amarika cuma tahu makan burger sahaja. Mana lah orang Amarika reti makan popiah dan otak-otak. 

Beliau turut meminta tukang-tukang masak terhandal di kalangan tukang masak Tanah Naga Main Bola menambah baik dan improvisasikan resipi popiah. Malah beliau turut mempengaruhi beberapa Tukang Hidang otak-otak di dapor BN supaya mensabotaj ramuan-ramuan otak-otak. 

Akhirnya, jejuak beliau menemukan ramuan terhebat yakni Herba Hibiscus yang terbokti mampu mengobati sakit kepala yang terok dan demam panas. Di tambah sikit dengan bahan kimia Botox bagi kesan awet muda sementara. 

Pokok pangkalnya, herba Hisbiscus mempunyai musim dan tak tahan lama. Baja yang diperlukan adalah mahal impot dari Amarika.

Buat masa ini, beliau tak mempunyai apa-apa dagangan bagi Barter Trade mahupun aliran tunai yang mencukupi. Beliau perlu melakukan pasaran secara berperingkat-peringkat untuk menampakkan otak-otak tak berkhasiat.

Begitulah kisahnya yang masih belum tamat tapi ada kesinambungannya nanti.

Terima kasih kerana anda begitu penyabar nak baca artikel ini sampai habis.

3 ulasan:

Unknown berkata...

Otak kau buat otak² lagi berfaedah duduk dlm kepala pun takde pekdah.

Ted Manoff berkata...

Dia pengarang..HG Wells yang tulis buku cerita dongeng Journey to the Center of the Earth pon ngko Bacha. .

Ted Manoff berkata...

Dia pengarang..HG Wells yang tulis buku cerita dongeng Journey to the Center of the Earth pon ngko Bacha. .

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...