Isnin, 26 Ogos 2013

SPAD: Pandang Serius Kemalangan Bas Ulang-alik Di Kilometer 3.5 Jalan Gentng Highlands @SPADChannel


Beberapa hari yang lepas, negara dikejutkan dengan tragedi bas ulang alik yang terjunam ke dalam gaung di kilometer 3.5 jalan persendirian Genting Highlands. Seperti biasa dan di duga, maka mencurah-curahlah pelbagai pakar 'keselamatan Jalanraya'. Tak kurang pula yang menuding jari menuduh S.P.A.D. Sebenarnya, bila bercerita mengenai peranan S.P.A.D, mereka hanya bertanggungjawab memberikan kelulusan laluan dan lesen pengendali. Tidak wajar hanya menyalahkan S.P.A.D. Ada lagi beberapa agensi yang berkaitan dengan piawaian keselamatan teknikal bas seperti PUSPAKOM. 

Berikut adalah kenyataan akhbar daripada Pengerusi S.P.A.D :-

KENYATAAN YBHG TAN SRI DATO’ SERI SYED HAMID ALBAR
PENGERUSI SURUHANJAYA PENGANGKUTAN AWAM DARAT
Kenyataan Akhbar
Kemalangan Bas Ulang-Alik di KM 3.5 Jalan Genting Highland.
21 Ogos 2013- SPAD ingin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban di dalam kemalangan yang menimpa penumpang bas ulang-alik ke Genting Highland yang terhumban ke dalam gaung di Kilometer 3.5 Jalan Genting-Karak.
SPAD memandang serius tragedi kemalangan dan menyokong cadangan YAB Timbalan Perdana Menteri untuk menubuhkan jawatankuasa penyiasatan khas untuk menyiasat secara terperinci punca kemalangan bas di Jalan Genting Klang. SPAD akan bekerjasama dengan semua agensi - agensi yang berkaitan bagi mengenal pasti punca kemalangan dan langkah – langkah pencegahan supaya tragedi sedemikian dapat dielakkan di masa hadapan. Selain daripada itu, SPAD juga akan memberi tumpuan yang lebih khusus kepada audit keselamatan terhadap pengendali bas henti-henti dan ekspres.
Sebelum ini Pengerusi S.P.A.D turut mencadangkan agar data dan butiran pemandu disepadukan. Agar senang menjadi rujukan setempat bagi semua agensi yang terlibat. Menurut beliau, sistem berkenaan sudah ada cuma belum disepadukan lagi.

Sebelum ini, bahagian penguatkuasa S.P.A.D telah melakukan operasi ke atas pemandu teksi. Di dalam operasi berkenaan, seorang pemandu teksi di dapati di bawah pengaruh dadah syabu. Perkara itu dirujukkan kepada Agensi Anti Dadah. 

Pada hemat ambe, budaya tunding-menunding jari patut di buang. Kita hidup dalam alaf 21, jadi moleklah kita bertindak dan berfikir sesuai dengan kemajuan zaman.

Sabtu, 24 Ogos 2013

Pembebasan Azirul-Sirul Bukan Perkara Luarbiasa.

Isu paling panas di Malaysia pada masakini, selain isu Syiah, kemalangan bas ekspres, rayuan dalam kes isu kalimah Allah , pemilihan semula CEC DAP dan pemilihan UMNO. Pembebasan Azirul dan Sirul digambarkan oleh puak DAP-PKR (PAS hanya diam) seperti memberi 'Kelulusan Cap Getah' kepada propaganda mereka selama ini berkenaan pembunuhan Altantuya. Manakala di pihak pro UMNO/BN, pendekatan mereka terpisah-pisah. Pegawai Media di PMO masih kenyang lemang dan masih mengilap pingatnya sambil membelek jadual untuk hadir di majlis rumah terbuka (agaknya lah ... )

Di kalangan kumpulan bloger Bebas Pro UMNO/BN, mereka menerimanya sebagai proses perundangan. Bagi ambe pula, pembebasan Azirul-Sirul bukan kejadian luarbiasa pun. Mahkamah Malaysia adalah bebas dan tak pernah terpengaruh dengan mana-mana pihak pun. Mereka memutuskan sesuatu kes berdasarkan kepada undang-undang dan bukan kepada emosi atau publisiti. 


Azirul-Sirul di mata perundangan Malaysia adalah sama tarafnya dengan mana-mana Orang Kena Tuduh (OKT) di dalam mana-mana kes. Azirul-Sirul diberikan hak untuk merayu di dalam perundangan Malaysia. Dan itu adalah hak yang di jamin di dalam Perlembagaan. Bilamana didapati ada faktor-faktor yang boleh membebaskan Azirul-Sirul di dalam perundangan, maka apa nak pelik pun bila mereka dibebaskan. Kerajaan Malaysia masih ada peringkat rayuan lagi ke Mahkamah Persekutuan. 

Perkara ini dijadikan bahan 'luarbiasa' oleh pihak-pihak yang tak bertanggunjawab di atas dasar propaganda semata-mata. Bukan di atas faktor-faktor lain pun. Sebenarnya tak timbul pun persoalan 'Siapa Pembunuh Altantuya' bila Azirul-Sirul dibebaskan. Panel Hakim Mahkamah Rayuan mendapati ada beberapa perkara yang tidak di ambilkira dalam keputusan Hakim di Mahkamah Tinggi. Itu sahaja. Dan perkara itupun bukanlah sesuatu yang luarbiasa juga!

Bukan mudah untuk mensabitkan hukuman dalam kes-kes bunuh. Para Hakim akan meneliti semua bukti dan keterangan sehingga benar-benar jelas dan terang OKT memang patut disabitkan hukuman mandatori. Dan para Hakim akan mematuhi semua peraturan dan perundangan yang ada untuk mencapai satu kepastian yang tiada keraguan munasabah sedikitpun. 

Pada hemat ambe, para Hakim , dari Mahkamah Tinggi sehingga ke Mahkamah Rayuan telah menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka dengan par-excellent. Dan semua keterangan dan bukti, samada lisan dan dokumen, sudah di uji di dalam mahkamah. Hanya mereka yang tak bertanggungjawab dan suka menangguk di air keroh di atas nama politik sahaja yang menganggapnya sebagai suatu perkara 'Luarbiasa' ! Kerana gosip dan sok-sek mereka 'tidak di uji' sepertimana keterangan dan bukti dalam kes tersebut di uji. Lidah Tak bertulanglah katakan. Hok Aloh... 


Jumaat, 23 Ogos 2013

Isu Kalimah Allah dan Syiah, Permasalahan Yang Memerlukan Kebijaksanaan Aqal dan Bukan Kepetahan Lidah.

Semalam, suatu kejayaan buat rakyat Malaysia, apabila polemik sosial-keagamaan yang cuba dicetuskan oleh sesetengah pihak yang bertanggungjawab, dipatahkan dengan ketajaman dan kebijaksanaan akal para peguam. Pihak yang tak bertanggungjawab telah membuat permohonan, untuk mengenepikan rayuan kerajaan Malaysia dan Majlis Agama Islam. 

Sebelum ini, pihak yang tak bertanggungjawab telah mencabar larangan penggunaan kalimah Allah oleh pihak bukan Islam. Mahkamah Tinggi telah membenarkan permohonan pihak tak bertanggunjawab tersebut. Kerana itu, pihak kerajaan Malaysia telah membuat rayuan ke atas keputusan Mahkamah Tinggi tersebut. Usaha tersebut telah cuba di halang oleh pihak yang tak bertanggungjawab melalui permohonan mereka untuk mengenepikan rayuan yang di buat semalam. Akhirnya, panl tiga hakim Mahkamah Rayuan menolak permohonan pihak bertanggungjawab tersebut. Dan membenarkan rayuan kerajaan Malaysia diteruskan. Pada 10hb September, 2013, rayuan berkenaan akan di dengar, kecuali tarikh berkenaan di pinda.

Tapi artikel ini bukan hendak menyentuh mengenai permasalahan perundangan. Ambe hendak menulis mengenai, kenapa pihak yang tak bertanggungjawab sengaja mencetuskan polemik yang sepatutnya tak timbul langsung. Ini ada kaitan pula dengan permasalahan Syiah di Malaysia. 

Antara iktibar yang kita boleh perolehi ialah bila umat Islam kurang memahami akidah mengikuti manhaj (aliran) Asyari dan Maturidi (Ilmu Kalam & Sifat 20) dan tidak bersatu dalam aliran akidah waima bertauhid pada yang Esa, akan ada pihak yang tak bertanggungjawab mengambil kesempatan untuk menimbulkan polemik dan menyebarkan ajaran mereka yang bercanggah dengan Ahlussunnah Wal Jamaah.

Polemik yang ditimbulkan oleh pihak yang tak bertanggungjawab, melalui isu-isu sensitif seperti kalimah Allah, penyebaran Syiah dan penolakan kepada pengajian Sifat 20 bertujuan untuk menimbulkan permusuhan dan memecahbelahkan perpaduan serta keharmonian di antara agama di negara ini. 

Permasalahan amalan Syiah dan isu kalimah Allah di Malaysia harus ditangani dengan cara Fatonah (Bijaksana dan Kebijaksanaan). Orang-orang bijak biasanya amat teliti. Menyelesaikan suatu permasalahan bukan dengan polemik. Kebijaksanaan tidak di ukur pada kepetahan dan kepandaian lidah seperti kata pepatah 'Lembut Gusi dari Lidah'. Kebijaksanaan di ukur kepada ketajaman pemikiran yang bukan di ukur kepada kepetahan lidah bertutur.

'Lidah Tak Bertulang' menjadi alat untuk tunjuk kehebatan dalam kepetahan lisan di atas pentas debat dan di dalam majlis dialog. Dan bukan untuk menegakkan kebenaran. Itu adalah amalan pada hari ini. Sebab itu kita melihat semua polemik pada hari ini timbul dan berbangkit dari kepetahan lidah politikus dan puak agamawan yang mencari populariti.Untuk apa tunjuk handal bersilat lidah yang akhirnya membawa padah kepada ummah?

Sedangkan ada banyak lagi jalan lain yang lebih afdal serta bijaksana untuk menyelesaikan permasalahan isu kalimah Allah dan Syiah; tanpa melalui jalan dialog yang bakal mencetuskan rasa permusuhan. Majlis dialog hanya menguntungkan pendebat. Tapi merugikan pendengar. Masalah tak setel juga. Kita mahukan kurang bercakap tapi banyakkan tindakan. 

Isnin, 19 Ogos 2013

Persepsi RASUAH dan KEMERDEKAAN Dari RASUAH.




MALAYSIAKU BERDAULAT, TANAH TUMPAHNYA DARAHKU, tema kemerdekaan pada tahun ini. Sejak 1hb ogos sehingga sekarang, tak ramai para bloger dan pengamal media sosial menulis mengenai sambutan kemerdekaan negara. Sejarah negara perlu di tulis berulangkali dan perlu diceritakan sepanjang masa. Inilah masa yang terbaik untuk menceritakan kisah kemerdekaan negara yang sering diperlekehkan oleh puak DAP PKR PAS terutama oleh puak sosialis dan anti UMNO. 

Kisah pembangunan dan transformasi negara sejak 56 tahun lalu perlu diceritakan untuk tatapan anak-anak muda yang lahir selepas merdeka. Kisah bagaimana, anak-anak penoreh getah, anak-anak orang kampung mampu menjadi golongan profesional, pemimpin negara dan tokoh-tokoh terkemuka perlu diceritakan dari masa ke semasa. Malah halatuju kemerdekaan negara juga perlu diceritakan. 

Orang-orang Melayu wajib membebaskan diri mereka dari persepsi buruk 'Kuat Makan Rasuah'. Kerana rasuah bukan budaya orang Melayu. Ianya Budaya Asing yang di bawa masuk oleh kaum lain. Melayu wajib menjauhkan diri dari amalan rasuah. Membenci rasuah sama seperti menjauhi diri dari najis berat khinzir dan anjing. Kakitangan Melayu dalam perkhidmatan awam dan dalam politik wajib membuat laporan polis terhadap mana-mana individu yang membuat tawaran 'rasuah' kepada mereka. 

Tauke-tauke Cina dan Ketua Persatuan mereka perlulah berhenti menawarkan pelbagai jenis 'rasuah' kepada kakitangan awam. Mereka wajib mengakui bahawa mereka adalah penyumbang terbesar dalam masalah gejala rasuah di negara ini. Tidak keterlaluan dikatakan, mana-mana kakitangan awam yang enggan menerima rasuah daripada mereka, dianiayai dan dizalimi oleh mereka dengan menggunakan kabel-kabel tertentu.  

Gejala rasuah memang boleh dihindari dan dihapuskan samasekali bila ada komitmen bersungguh-sungguh dari semua pihak, baik dari kelompok politik dan swasta. Seeloknya, sempena bulan kemerdekaan ini, kita tanamkan semangat dan azam untuk Bebas Merdeka Dari Amalan Rasuah.

Ahad, 18 Ogos 2013

Berakhirlah Gelaran Tunggul Perdana Kepada Najib Kerana Beliau Telah Menemui Kembali Dirinya.


Majlis Rumah Terbuka Tun Dr M pada hari ini adalah sejarah penting di dalam negara. Apabila DS Najib menemui kembali 'Semangat Daulat Raja' dalam tubuh badannya, maka berakhirlah gelaran Tunggul Perdana kepada beliau. Ambe bersyukur ke hadrat Allah Ta'ala kerana gagalnya usaha puak BU-DU dan politikus tertentu (Guntingan-Anwarista) yang mahu wujudkan Kerajaan Perpaduan di antara Anwar-Najib. 

Segala cacamarba yang timbul dan berbangkit mengenai 'cerita-cerita fiksyen' penjelasan mengenai pertemuan itu dan ini berkaitan Kerajaan Perpaduan Anwar-Najib sudah tamat. Ianya memang bukan ide Najib pun. Ianya adalah ide puak-puak BU-DU dan politikus Guntingan Anwarista. Kini, DS Najib sudah menemui kembali Daulat Raja nya. Sedar siapa dirinya. Itu sahaja yang ambe inginkan. Ambe tak peduli apa oranglain nak buat teori dan hipotesis. 

Disinilah membuktikan kepada Najib bahawa tanpa 'Wang Sebagai Raja' tapi menjadi dirinya sendiri yang mengambil iktibar kisah Karaeng Aji, moyangnya, beliau mampu menjadi seorang Perdana Menteri yang disegani dan dihormati kawan dan lawan. Beliau kini bukan lagi Tunggul Perdana yang boleh diperalatkan oleh sesiapa pun terutama puak BU-DU dan politikus Guntingan Anwarista. 

Demikian itu, DS Najib sudah membuktikan dirinya adalah layak menjadi Presiden UMNO. Sekarang terpulang kepada akar-umbi UMNO untuk menyahkan semua politikus BU-DU dan Politikus Guntingan Anwarista di dalam UMNO di PAU nanti. Ingat PRU 14 adalah matlamat anda semua. 



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...