Semalam, suatu kejayaan buat rakyat Malaysia, apabila polemik sosial-keagamaan yang cuba dicetuskan oleh sesetengah pihak yang bertanggungjawab, dipatahkan dengan ketajaman dan kebijaksanaan akal para peguam. Pihak yang tak bertanggungjawab telah membuat permohonan, untuk mengenepikan rayuan kerajaan Malaysia dan Majlis Agama Islam.
Sebelum ini, pihak yang tak bertanggungjawab telah mencabar larangan penggunaan kalimah Allah oleh pihak bukan Islam. Mahkamah Tinggi telah membenarkan permohonan pihak tak bertanggunjawab tersebut. Kerana itu, pihak kerajaan Malaysia telah membuat rayuan ke atas keputusan Mahkamah Tinggi tersebut. Usaha tersebut telah cuba di halang oleh pihak yang tak bertanggungjawab melalui permohonan mereka untuk mengenepikan rayuan yang di buat semalam. Akhirnya, panl tiga hakim Mahkamah Rayuan menolak permohonan pihak bertanggungjawab tersebut. Dan membenarkan rayuan kerajaan Malaysia diteruskan. Pada 10hb September, 2013, rayuan berkenaan akan di dengar, kecuali tarikh berkenaan di pinda.
Tapi artikel ini bukan hendak menyentuh mengenai permasalahan perundangan. Ambe hendak menulis mengenai, kenapa pihak yang tak bertanggungjawab sengaja mencetuskan polemik yang sepatutnya tak timbul langsung. Ini ada kaitan pula dengan permasalahan Syiah di Malaysia.
Antara iktibar yang kita boleh perolehi ialah bila umat Islam kurang memahami akidah mengikuti manhaj (aliran) Asyari dan Maturidi (Ilmu Kalam & Sifat 20) dan tidak bersatu dalam aliran akidah waima bertauhid pada yang Esa, akan ada pihak yang tak bertanggungjawab mengambil kesempatan untuk menimbulkan polemik dan menyebarkan ajaran mereka yang bercanggah dengan Ahlussunnah Wal Jamaah.
Polemik yang ditimbulkan oleh pihak yang tak bertanggungjawab, melalui isu-isu sensitif seperti kalimah Allah, penyebaran Syiah dan penolakan kepada pengajian Sifat 20 bertujuan untuk menimbulkan permusuhan dan memecahbelahkan perpaduan serta keharmonian di antara agama di negara ini.
Permasalahan amalan Syiah dan isu kalimah Allah di Malaysia harus ditangani dengan cara Fatonah (Bijaksana dan Kebijaksanaan). Orang-orang bijak biasanya amat teliti. Menyelesaikan suatu permasalahan bukan dengan polemik. Kebijaksanaan tidak di ukur pada kepetahan dan kepandaian lidah seperti kata pepatah 'Lembut Gusi dari Lidah'. Kebijaksanaan di ukur kepada ketajaman pemikiran yang bukan di ukur kepada kepetahan lidah bertutur.
'Lidah Tak Bertulang' menjadi alat untuk tunjuk kehebatan dalam kepetahan lisan di atas pentas debat dan di dalam majlis dialog. Dan bukan untuk menegakkan kebenaran. Itu adalah amalan pada hari ini. Sebab itu kita melihat semua polemik pada hari ini timbul dan berbangkit dari kepetahan lidah politikus dan puak agamawan yang mencari populariti.Untuk apa tunjuk handal bersilat lidah yang akhirnya membawa padah kepada ummah?
Sedangkan ada banyak lagi jalan lain yang lebih afdal serta bijaksana untuk menyelesaikan permasalahan isu kalimah Allah dan Syiah; tanpa melalui jalan dialog yang bakal mencetuskan rasa permusuhan. Majlis dialog hanya menguntungkan pendebat. Tapi merugikan pendengar. Masalah tak setel juga. Kita mahukan kurang bercakap tapi banyakkan tindakan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan