Sabtu, 24 Ogos 2013

Pembebasan Azirul-Sirul Bukan Perkara Luarbiasa.

Isu paling panas di Malaysia pada masakini, selain isu Syiah, kemalangan bas ekspres, rayuan dalam kes isu kalimah Allah , pemilihan semula CEC DAP dan pemilihan UMNO. Pembebasan Azirul dan Sirul digambarkan oleh puak DAP-PKR (PAS hanya diam) seperti memberi 'Kelulusan Cap Getah' kepada propaganda mereka selama ini berkenaan pembunuhan Altantuya. Manakala di pihak pro UMNO/BN, pendekatan mereka terpisah-pisah. Pegawai Media di PMO masih kenyang lemang dan masih mengilap pingatnya sambil membelek jadual untuk hadir di majlis rumah terbuka (agaknya lah ... )

Di kalangan kumpulan bloger Bebas Pro UMNO/BN, mereka menerimanya sebagai proses perundangan. Bagi ambe pula, pembebasan Azirul-Sirul bukan kejadian luarbiasa pun. Mahkamah Malaysia adalah bebas dan tak pernah terpengaruh dengan mana-mana pihak pun. Mereka memutuskan sesuatu kes berdasarkan kepada undang-undang dan bukan kepada emosi atau publisiti. 


Azirul-Sirul di mata perundangan Malaysia adalah sama tarafnya dengan mana-mana Orang Kena Tuduh (OKT) di dalam mana-mana kes. Azirul-Sirul diberikan hak untuk merayu di dalam perundangan Malaysia. Dan itu adalah hak yang di jamin di dalam Perlembagaan. Bilamana didapati ada faktor-faktor yang boleh membebaskan Azirul-Sirul di dalam perundangan, maka apa nak pelik pun bila mereka dibebaskan. Kerajaan Malaysia masih ada peringkat rayuan lagi ke Mahkamah Persekutuan. 

Perkara ini dijadikan bahan 'luarbiasa' oleh pihak-pihak yang tak bertanggunjawab di atas dasar propaganda semata-mata. Bukan di atas faktor-faktor lain pun. Sebenarnya tak timbul pun persoalan 'Siapa Pembunuh Altantuya' bila Azirul-Sirul dibebaskan. Panel Hakim Mahkamah Rayuan mendapati ada beberapa perkara yang tidak di ambilkira dalam keputusan Hakim di Mahkamah Tinggi. Itu sahaja. Dan perkara itupun bukanlah sesuatu yang luarbiasa juga!

Bukan mudah untuk mensabitkan hukuman dalam kes-kes bunuh. Para Hakim akan meneliti semua bukti dan keterangan sehingga benar-benar jelas dan terang OKT memang patut disabitkan hukuman mandatori. Dan para Hakim akan mematuhi semua peraturan dan perundangan yang ada untuk mencapai satu kepastian yang tiada keraguan munasabah sedikitpun. 

Pada hemat ambe, para Hakim , dari Mahkamah Tinggi sehingga ke Mahkamah Rayuan telah menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka dengan par-excellent. Dan semua keterangan dan bukti, samada lisan dan dokumen, sudah di uji di dalam mahkamah. Hanya mereka yang tak bertanggungjawab dan suka menangguk di air keroh di atas nama politik sahaja yang menganggapnya sebagai suatu perkara 'Luarbiasa' ! Kerana gosip dan sok-sek mereka 'tidak di uji' sepertimana keterangan dan bukti dalam kes tersebut di uji. Lidah Tak bertulanglah katakan. Hok Aloh... 


Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...