Selasa, 16 Julai 2013

PRK Kole Besout: Tunggul Kayu Yang Tak Hormati Pengguna Jalanraya Yang Lain.

Ambe serulah kepada pengundi Kole Besout agar memilih calun yang tepat dan sesuai. Calun PAS terbukti ada 45 saman trafik. Bermakna beliau seorang yang tak fikirkan keselamatan pengguna jalanraya yang lain. Beliau juga diarahkan 'tutup mulut'. Beliau juga seorang yang mengakui dengan jujur, tak mampu nak berkhidmat dengan baik kepada rakyat. Beliau terpilih kerana beliau salah seorang proksi Husam Musa. Bukan kerana keperibadian dan kelayakan beliau menjadi pemimpin ummah. Ya betul, kita perlu membuka macam-macam 'aib', tapi calun PAS sendiri tak pandai menjaga aibnya sendiri. Malah PAS pun tak pandai, kerana  pilih calun yang tak tahu menjaga aibnya. Kalau beliau seorang yang pandai menjaga aib, sudah tentu jentera BN takkan mampu mencari aib-aib beliau. Ini soal memilih pemimpin ummah dan bukannya soal memilih calun menantu. 

Apa maknanya kepada pengundi Kole Besout? Cuba fikirkan, mana lebih besar mudaratnya? Membuka aib calun PAS atau menerima aib calun PAS yang menyebabkan kerugian besar kepada pengundi Kole Besout? Kepentingan siapakah yang lebih utama dan penting dalam PRK Kole Besout N 1? Kepentingan aib calun PAS atau kepentingan pengundi Kole Besout? Sudah tentulah kepentingan rakyat Kole Besout yang lebih utama!

Belum pun menjadi wakil rakyat, mulut calun PAS dah kena gam oleh PAS sendiri. Apa maknanya? Maknanya PAS sendiri pun tak percaya dan yakin dengan apa yang dipertuturkan oleh calunnya sendiri. Logiknya, bila pihak yang mencalunkan si tunggul kayu tu sendiri pun dah tak percaya, sewajarnya pada hukum akal, pengundi Kole Besout pun tak boleh mempercayai calun PAS berkenaan. Bagaimana calun PAS hendak memperjuangkan hak dan kepentingan rakyat Kole Besout, bila dengan mudahnya mulutnya di tutup dan di gam? Tak masuk akallah kalau calun PAS diberikan kepercayaan oleh rakyat Kole Besout. Sendiri mahu fikir lah. 

Seperkara lagi, jangan nak hingar lah pasal komposisi 16:16. Di Selangor, dengan komposisi 15:15:14 pun PAS tak mampu nak menguasai DUN Selangor dan EXCO Selangor. PAS masih berada di takuk lama jugak. Tetap berada di bawah tapak kaki DAP PKR. Apa jenis punya parti politik begini? Membiarkan harga diri dan maruah mereka di pijak dan di injak-injak waima ada mandat yang sama banyak dengan sekutunya? Sampai bila penyokong PAS nak biarkan diri mereka diperbodohkan macam lembu sekandang dek DAP PKR . Bukannya mereka tidak tahu DAP PKR sedang memperbodohkan mereka dari dulu, kini dan selamanya oleh DAP-PKR. Dan mereka tahu dengan penuh kewarasan yang DAP PKR menumpang kekuatan PAS. Tapi apa manafaat mereka perolehi daripada peranan mereka menjadi 'Sleeping Partner' dalam 'Perkongsian Mimpi' bersama DAP-PKR?

Percayalah, komposisi 16:16 mendatangkan kecelakaan yang lebih besar kepada rakyat Kole Besout, khasnya dan kepada seluruh umat Islam, amnya. Andaikata, ada perasaan tidak puashati kepada UMNO dan BN sekalipun, itu masih tak mencukupi syarat untuk mengesahkan sebarang tindakan menuju 16:16. Anda nak tengok ke tunggul-tunggul kayu dan para penunggu mereka beramok tanpa sudah disebabkan oleh 16:16? Sudah tentu tidak. Hanya dengan memberi laluan kepada UMNO/BN sahaja, kita dapat mengelakkan 'Perang Dingin'. 

Anda perlu ingat dan awas sentiasa bahawa selepas anda mengundi, anda tidak ada ruang dan peluang lagi membetulkan keadaan. Lebih baik anda berikan kemenangan kepada satu pihak daripada anda menggantungkan kemenangan semua pihak. PAS jika kalah pun itu tidak merugikan mereka. Sebab mereka pun sudah lama dalam kerugian besar. Mereka pun nampak enggan nak berkuasa dan menjadi vokal pun. Lihat sahaja di Selangor. Dengan 15 kerusi pun, PAS menikus dan menjadi hamba abdi. Apa yang penyokong dan pengundi PAS di Selangor boleh buat pun sekarang ini?

Seperkara lagi, anda perlu teruskan kempen ABC, BCL dan BBC. elak beli barangan di kedai milik cinabeng. Sokong dan berusahalah menjadi usahawan di mana-mana juga. Jangan tunggu pemimpin nak bantu, mereka sibuk. Bantulah diri anda sendiri untuk membantu Melayu Islam. Jadikan ianya suatu kenyataan.

Isnin, 15 Julai 2013

Berapa Lama Nak Simpan Tunggul Kayu Bernama Soi Lek Ni?

Norma politik Malaysia, selain menjadikan anggota Dewan Rakyat sebagai Orang Kurang Upaya dan tunggul-tunggul kayu pak pacak, ahli politik Malaysia juga suka menyimpan barang antikuiti di kalangan mereka. Bukan apa, manalah tahu, kot-kot kalau di gosok akan keluarlah Jin Toncet yang mampu mengabulkan tiga permintaan. Cuma, tunggulan kayu bertaraf ankuiti yang di simpan oleh ahli politik Malaysia, tak mampu mengabulkan permintaan tetapi mengabihkan boreh. Itulah perumpamaan yang setimpal dengan Chua Soi Lek.

Kita maklumlah, Soi Lek itu cina bangsanya, sudah tentulah beliau akan perjuangkan apasaja berkenaan cina. Tapi wajarkah Soi Lek selaku tunggulan kayu bertaraf antikuiti dalam BN hanya bersuara mengenai hak dan kepentingan cinabeng? Apakah suara beliau masih ada nilai dan mempunyai kuasa magik menarik semula sokongan cinabeng kepada BN? Sampai kiamatlah dok menunggu si Jin Toncet tu nak kabulkan permintaan BN. 

Kalau terlalu banyak sangat diberikan kepada cinabeng, apa yang tinggal kepada yang lain? Inilah persoalan dan cabaran utama yang perlu segala tunggulan kayu antikuiti dalam lingkungan politik Malaysia perlu menjawabnya dan mendepaninya. Kita tak mahu lagi sok-sek, sok-sek mengenai cina sahaja. Teruk sangat ke Cina Malaysia ini sehinggakan semuanya hendak diberikan kepada mereka dan untuk kesenangan mereka sahaja? Sedangkan, Cina Malaysia begitu berbangga dan sentiasa mendabik dada; bahawa mereka mampu berjaya tanpa sokongan dan bantuan kerajaan. 

Sudah terlalu banyak toleransi dan tolak-ansur yang diberikan kepada komuniti Cina di Malaysia. Tapi mereka berterusan berlagak sombong dan angkuh kerana sokongan dan dokongan ahli-ahli politik yang menjadi tunggulan kayu bertaraf antikuiti. Kononnya, mampu melembutkan hati cina Malaysia. Sedangkan majoriti Cina Malaysia sudah kerasukan para dewata sembahan mereka dan hasutan perkauman DAP yang tak pernah diberikan hukuman setimpal. 

Berat sungguh mulut tunggul-tunggul kayu bertaraf antikuiti di Dewan Rakyat yang nampaknya semakin enggan membuka mulut. Mungkin kerana Jin Toncet dalam lampu ajaib Aladdin berada dalam mulut mereka. Jadi mereka bimbang Jin Toncet kabulkan permintaan rakyat pula. 

PRK Kole Besout, Ke Mana Hala Ahli Politik Hendak Tuju ?

Ini adalah posting duti-free lah. Tidak memihak kepada mana-mana pihak. Hanya pandangan ambe manusia kerdil di antara 29 juta rakyat Malaysia yang risau melihat gelagat ahli politik yang sedang berkempen untuk meraih undi di Kole Besout. Jadi ambe tak menyentuhlah mana-mana peribadi calun. Kerana kedua-duanya adalah bangsa ambe yang beragama Islam, cuma berlainan parti politik sahaja. Pada perkiraan ambe, artikel ambe ni tidak akan menjejaskan dan memprejudiskan mana-mana kempen oleh kedua-dua belah pihak. Cuma ambe ajak semua berfikir dan mengambil iktibar sahaja. 

Kita semua tahu, adat politik ialah 'mesti menang' Kalau tak menjadi pemenang, kuranglah syarat menjadi ahli politik. Bagaimana hendak menang dan takrifan menang, itu bergantung kepada faktor-faktor yang hanya ahli dan pakar politik sahaja lebih arif mengenainya. Persoalannya, adakah dalam faktor-faktor yang dipertimbangkan oleh ahli politik dalam memperhitungkan kebarangkalian peluang kemenangan mereka di dalam PRK, kebajikan serta kehendak rakyat diberikan keutamaan?

Di dalam mana-mana pertandingan merebut undi dan sokongan untuk menang, ahli politik dengan licik dan bijak memanipulasikan emosi untuk mempengaruhi 'decision-making' kelompok pengundi agar memberikan kemenangan kepada mereka. Cuma bila menang, apa ahli politik lakukan dengan mandat yang diberikan? Ke gaung? Atau setakat memberikan khidmat nasihat kepada orangramai dalam bilik berhawa dingin mereka? Menghadiri kenduri-kendara dan solat berjemaah di masjid?

Kita perlu juga bertanya, ke mana hala ahli politik tuju dengan mandat yang diberikan? Jika jawapan kepada persoalan itu adalah kurang jelas dan tidak menepati kehendak serta aspirasi rakyat terhadap calun-calun, anda sendiri tahulah siapa yang anda perlu pilih bukan? Fikirlah semasak-masaknya dan jangan hanya membuat pilihan tanpa berfikir. Paling tidak berfikir sikitpun tak mengapa. Asalkan berfikir. Sebab, seboleh-bolehnya, ahli politik mahu menguasai fikiran anda dalam membuat pilihan.


Anda perlu mengambil tahu dan kalau boleh bertanya 'on the spot' kepada calun-calun bertanding. Ke mana hala mereka tuju dengan mandat yang diberikan? Ambe yakin, semua pengundi mahukan ahli politik mengikut rentak dan kehendak mereka dan bukan sebaliknya. Untuk itu, kita perlu menilai peribadi dan bahasa badan calun-calun semasa mereka di tanya soalan cepumas tersebut. Jika anda nampak riak wajah mereka macam 'blur' anda sendiri tahulah , kemana hala mereka tuju dengan mandat anda!

Pada hemat ambe, sewajarnya, hala ahli politik tuju dengan mandat yang diberikan ialah mempertahankan amalan demokrasi berparlimen dan Raja Berperlembagaan dengan Islam sebagai agama Persekutuan. Di samping, membangunkan taraf sosio-ekonomi rakyat setempat. Dan juga mendidik rakyat setempat dengan satu kesedaran mengenai peri pentingnya politik kepada mereka. Dan membuka peluang-peluang kepada rakyat setempat untuk lebih berdaya saing dan memajukan diri mereka. 

Ambe juga yakin bahawa rakyat Kole Besout tidak mahu , hari ini undi, esok lusa, nama mereka pun dilupakan terus oleh ahli politik yang mereka berikan mandat. Atau, dek kerana mandat yang mereka berikan, tiba-tiba satu usul di Parlimen diluluskan untuk memberi laluan kepada peliwat menjadi Perdana Menteri. Atau, mana-mana akta melindungi agama Islam di tarik balik serta-merta. Atau tiba-tiba, fahaman sosialisma, komunisma, liberalisma dan pluralisma di terima masuk dalam kesepakatan politik. Sendiri mau berfikir dan sendiri mahu ingat kan.....

Ahad, 14 Julai 2013

222 Orang O.K.U Kini Berada Di Parlimen Malaysia.

Sebahagian besar majoriti 13 juta pengundi berdaftar kini merasa kesal kerana dibebani dengan 222 orang Orang Kurang Upaya di Dewan Rakyat. Pelbagai isu politikal, dari tak bertudung, arak, judi, kalimah Allah dan pemberian BR1M, menjadi topik utama 222 orang O.K.U di Parlimen Malaysia. Kesemua isu-isu berkenaan tidak membantu pun kebajikan kepada rakyat dan menambah baik taraf kehidupan rakyat. Seolah-olah, agenda membangunkan ekonomi dan menaikkan taraf kehidupan rakyat bukan keutamaan bagi mereka. 

Sepanjang masa Parlimen bersidang, tidak ada satu pun usul dan cadangan bernas daripada mana-mana 222 orang OKU membincangkan dan membahas usul yang memberikan manafaat kepada rakyat. Sebaliknya, seramai 89 orang O.K.U hanya bertanyakan soalan-soalan terbangang yang tak terbanding yang tidak menyentuh pun bagaimana hendak merancakkan ekonomi dan menstabilkan politik negara. Kesemua soalan yang dikemukakan oleh mereka hanya memberikan manafaat perbatuan politikal mereka. Sikit pun tak memberi manafaat kepada rakyat. Letih tengok gelagat 222 orang O.K.U di Parlimen hari ini. 

Mereka seolah-olah mempermainkan mandat yang kita berikan kepada mereka. Mandat yang kita berikan menjadi mereka begitu 'Kurang Upaya' untuk melaksanakan apa-apa agenda membantu rakyat. Mereka juga nampaknya gagal seratus peratus untuk mengawal tindak-tanduk penyokong mereka yang melampui batasan perundangan negara. Sikitpun mereka tidak ada rasa bersalah apa-apa menduduki kerusi Parlimen dengan mempersiakan mandat yang diberikan ke tahap maksimum. Sungguh memualkan.

Kita sering bertanya, apakah 222 orang yang memperolehi mandat daripada kita selaku rakyat kebanyakan, hanya tahu bertekak di atas isu-isu politikal tanpa mempunyai sikitpun daya fikir untuk menjaga kebajikan rakyat? Sedangkan kita dengan penuh kesedaran semasa memberikan mandat melalui peti undi, mahukan kehendak kita dibahaskan dan diberikan keutamaan oleh mereka. Malangnya, mereka sentiasa 'Terlupa' bahawa keberadaan mereka di Parlimen ialah kerana Mandat Kita. 

Sampai bilakah 222 orang anggota Dewan Rakyat akan sedar tanggungjawab dan tugas-tugas serta amanah yang mereka pikul kepada rakyat? Apakah semua mereka merasa selesa dengan berada dalam zon parkir khas untuk 'Orang Cacat' ? Semoga Allah Ta'ala membuka pintu-pintu hati mereka agar segera kembali ke pangkal jalan. Kalau mereka terlalu lama sesat di dalam hutan rimba politik, dibimbangkan mereka semua menjadi habuan kepada serigala dan harimau buas di dalam hutan. Akhirnya yang merugi adalah rakyat juga. 

Satu Kerugian Besar Bagi BN Dalam Isu Akta Hasutan.

Dengarkata, Akta Hasutan di pinda bagi memberi laluan kepada satu Akta lain. Jaminan diberikan bahawa perlindungan kepada empat perkara utama yang dilindungi dalam Akta Hasutan dikekalkan dalam akta baru. Tapi itu bukan isu yang ambe nak menulisnya mengenainya. Ambe nak memberikan pendapat ambe mengenai kesan dan impak kepada BN dalam isu Akta Hasutan. 

Di dalam Perlembagaan jelas menyebutkan Akta Hasutan bagi mencegah kritikan tak berasas kepada status Islam agama persekutuan, institusi Raja-raja berperlembagaan, bahasa Kebangsaan dan hak Istimewa Melayu serta anak negeri Sabah dan Sarawak. Akta Hasutan ialah suatu akta perlindungan kepada Perlembagaan. Memindanya atau melakukan apa saja terhadap Akta Hasutan membawa natijah membuang perlindungan kepada Perlembagaan. 

Malah, apabila pindaan di buat ke atas Akta Hasutan, secara tidak langsung peruntukan Perlembagaan 'terpinda' melalui jalan belakang. Dan ini amat merbahayakan. Tanpa disedari satu Konvensyen Perlembagaan baru muncul. Yakni, boleh meminda peruntukan Perlembagaan melalui pindaan kepada akta yang berkaitan. Amalan ini mengatasi pula peruntukan spefisik mengenai pindaan Perlembagaan yang termaktub di dalam Perlembagaan. Ibarat kata pepatah, Keluar Mulur Harimau , Masuk Mulut Naga. 

Walaupun Tony Puah meminta bukti kadar jenayah naik mendadak kerana pemansuhan akta-akta pencegahan dan perlindungan, itu tak bermakna tiada kaitan di antara pemansuhan akta-akta berkenaan dengan kenaikan kadar jenayah. Malah apa yang Tony Pua kata adalah bercanggah dengan apa yang di dakwa oleh Gobind Singh Deo yang beriya-iya mendakwa, kadar jenayah naik bila 2,600 orang penjenayah tegar dibebaskan apabila akta darurat dimansuhkan. Mereka, DAP PKR , jugalah yang mendesak semua akta pencegahan dimansuhkan. Kenapa kini mereka bersikap hipokrit pula?

Adalah merbahaya amalan menjadikan perundangan sebagai 'Cip Tukarganti' bagi mencapai motif-motif politikal. Perundangan berfungsi sebagai peraturan yang mengatur dan mengawal penyalahgunaan kebebasan dan hak individu dengan individu, Serta hubungan di antara kerajaan dengan rakyat. Jika ini dijadikan sebagai 'Cip Tukarganti' dalam manover politikal bagi mencapai apajua motif politikal, perundangan akan kehilangan kedaulatannya. 

Seharusnya kesemua 222 anggota Dewan Rakyat dan Dewan Negara serta semua anggota-anggota Dewan Perundangan di peringkat negeri-negeri menjadi manusia yang lebih bertanggungjawab dan menghormati kedaulatan undang-undang. Dan bukan menjadikan perundangan sebagai bahan komoditi untuk ditukar ganti dalam pasaran ekuiti kuasa politik. Itu sudah lebih la brader , takkan nak menjadikan negara sebagai sebuah negara anarki (tanpa kedaulatan undang-undang) ? ..... ..... ..... ......


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...