Ahad, 14 Julai 2013

Satu Kerugian Besar Bagi BN Dalam Isu Akta Hasutan.

Dengarkata, Akta Hasutan di pinda bagi memberi laluan kepada satu Akta lain. Jaminan diberikan bahawa perlindungan kepada empat perkara utama yang dilindungi dalam Akta Hasutan dikekalkan dalam akta baru. Tapi itu bukan isu yang ambe nak menulisnya mengenainya. Ambe nak memberikan pendapat ambe mengenai kesan dan impak kepada BN dalam isu Akta Hasutan. 

Di dalam Perlembagaan jelas menyebutkan Akta Hasutan bagi mencegah kritikan tak berasas kepada status Islam agama persekutuan, institusi Raja-raja berperlembagaan, bahasa Kebangsaan dan hak Istimewa Melayu serta anak negeri Sabah dan Sarawak. Akta Hasutan ialah suatu akta perlindungan kepada Perlembagaan. Memindanya atau melakukan apa saja terhadap Akta Hasutan membawa natijah membuang perlindungan kepada Perlembagaan. 

Malah, apabila pindaan di buat ke atas Akta Hasutan, secara tidak langsung peruntukan Perlembagaan 'terpinda' melalui jalan belakang. Dan ini amat merbahayakan. Tanpa disedari satu Konvensyen Perlembagaan baru muncul. Yakni, boleh meminda peruntukan Perlembagaan melalui pindaan kepada akta yang berkaitan. Amalan ini mengatasi pula peruntukan spefisik mengenai pindaan Perlembagaan yang termaktub di dalam Perlembagaan. Ibarat kata pepatah, Keluar Mulur Harimau , Masuk Mulut Naga. 

Walaupun Tony Puah meminta bukti kadar jenayah naik mendadak kerana pemansuhan akta-akta pencegahan dan perlindungan, itu tak bermakna tiada kaitan di antara pemansuhan akta-akta berkenaan dengan kenaikan kadar jenayah. Malah apa yang Tony Pua kata adalah bercanggah dengan apa yang di dakwa oleh Gobind Singh Deo yang beriya-iya mendakwa, kadar jenayah naik bila 2,600 orang penjenayah tegar dibebaskan apabila akta darurat dimansuhkan. Mereka, DAP PKR , jugalah yang mendesak semua akta pencegahan dimansuhkan. Kenapa kini mereka bersikap hipokrit pula?

Adalah merbahaya amalan menjadikan perundangan sebagai 'Cip Tukarganti' bagi mencapai motif-motif politikal. Perundangan berfungsi sebagai peraturan yang mengatur dan mengawal penyalahgunaan kebebasan dan hak individu dengan individu, Serta hubungan di antara kerajaan dengan rakyat. Jika ini dijadikan sebagai 'Cip Tukarganti' dalam manover politikal bagi mencapai apajua motif politikal, perundangan akan kehilangan kedaulatannya. 

Seharusnya kesemua 222 anggota Dewan Rakyat dan Dewan Negara serta semua anggota-anggota Dewan Perundangan di peringkat negeri-negeri menjadi manusia yang lebih bertanggungjawab dan menghormati kedaulatan undang-undang. Dan bukan menjadikan perundangan sebagai bahan komoditi untuk ditukar ganti dalam pasaran ekuiti kuasa politik. Itu sudah lebih la brader , takkan nak menjadikan negara sebagai sebuah negara anarki (tanpa kedaulatan undang-undang) ? ..... ..... ..... ......


Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...