Isnin, 29 Ogos 2011

HOI MAT SABU TOLOL ! YANG TERKORBAN ADALAH MELAYU ISLAM BUKAN BARUA BRITISH TAU!

Semakin melampau dan semakin tolol politik Pakatan Sosialis Pembangkang Rakyat. Semuanya dungu-dungu dan tolol belaka. Dari ahli, penyokong dan pemimpin Pakatan Sosialis Pembangkang Rakyat semuanya berotak udang dan manusia iblisetanirojim laknatullah. 

Semasa gerombolan komunis menyerang balai polis Bukit Kepong, Tanah Melayu berada di dalam proses transisi kemerdekaan. Tanah Melayu pada masa itu berada dalam kerajaan pra-merdeka yang disebutkan PERSEKUTUAN TANAH MELAYU. 

Bendera Rasmi Persekutuan Tanah Melayu 1948
yang di tentang oleh Komunis kerana kejayaan UMNO mendapatkan
Pembuka Jalan Kemerdekaan daripada Bristish melalui Jalan Perundingan.

Tujuan PKM menyerang balai Polis bukit Kepong ialah kerana untuk menyekat proses kemerdekaan bagi penubuhan sebuah kerajaan dan negara Demokrasi sebagai lanjutan kepada Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948. 

Pasukan polis yang terkorban adalah pasukan polis transisi dan bukan pasukan polis British. Pasukan polis tersebut adalah pasukan Polis Persekutuan Tanah Melayu. Petikan daripada laman sesawang PDRM seperti berikut:-
Apabila Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan pada 1948, nama pasukan Polis Malayan Union ditukar kepada Polis Persekutuan Tanah Melayu dan diletakkan di bawah perintah seorang Pesuruhjaya Polis.
Manakala yang terkorban di pihak polis semuanya bangsa Melayu beragama Islam berserta isteri dan anak mereka. Tidak ada yang bernama John , Smith, Tony, David, Elizabeth, Teresa, Xavier dan Peter yang terkorban. Ketua balai Polis Bukit Kepong adalah seorang bangsa Melayu dan beragama Islam. 

Gerombolan penganas komunis yang menyerang semuanya adalah Cina Komunis dan Mat Indera adalah Melayu Komunis yang terkeliru dalam perjuangan. Ini adalah lanjutan perjuangan komunisma untuk mendirikan sebuah negara komunis. Golongan komunis mempropagandakan bahawa mereka berjuang untuk KEMERDEKAAN ptuihhh ! Mereka berjuang untuk mendirikan sebuah NEGARA KOMUNIS dengan CARA REVOLUSI BERSENJATA.

Kesemuanya ini berpunca dari penentangan PERJANJIAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1948. Pihak komunis dan parti politik berhaluan kiri telah mengusulkan suatu DERAF PERLEMBAGAAN berdasarkan kepada ideologi KOMUNISMA MARXIS yang telah di tolak oleh wakil Sultan. Akibat tidak berpuashati komunis dan parti politik berhaluan kiri telah melancarkan HARTAL.

HARTAL ini bertujuan menentang PERJANJIAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1948 yang menjadi pembuka jalan kepada Pemerintahan Sendiri ke arah kemerdekaan. 

Perjanjian tersebut telah menimbulkan kemarahan kepada pihak komunis dan parti politik berhaluan kiri kerana mereka gagal dalam usaha mereka untuk mendirikan sebuah negara KOMUNIS. 

Menurut kacamata pandangan puak komunis, pelan PERJANJIAN PERSKEUTUAN TANAH MELAYU 1948 adalah Jelas sekali, inilah rancangan busuk imperialis British yang hendak memulihkan kekuasaan penjajahannya dengan bersekongkol dengan bangsawan-bangsawan feudal dan golongan pertengahan Melayu. - sumber maklumat Muzium Sejarah Kampung Perdamaian Sukhirin.

Pendapat tersebutlah yang kini sedang dipropagandakan kepada anak-anak muda di dalam PKR dan PAS. Malah mereka (komunis) menamakan zaman darurat sebagai PERANG PEMBEBASAN NASIONAL ANTI-BRITISH.

Apabila mereka gagal dan UMNO yang berjaya membawa KEMERDEKAAN, puak-puak tersebut tidak berpuashati dengan kejayaan UMNO sehingga kini, Bagi menyatakan ketidakpuashati mereka, mereka menuduh UMNO sebagai talibarut Britisih dan pewaris imperialisma British. Dek kerana itulah berlakunya kempen GANYANG MALAYSIA.  

Dek gara-gara pihak komunis dan kelompok yang menamakan diri mereka sebagai "Pejuang Pembebasan Nasional Anti-British' GAGAL TOTAL dalam perjuangan tolol mereka. Kegagalan mereka itu dipersalahkan kepada UMNO. Sedangkan mereka gagal kerana kedegilan mereka sendiri yang enggan berkompromi. 

Adakah hanya kerana UMNO bijak berkompromi dengan British melalui kecerdikan dan kebijaksanaan Dato Onn, Tun Abdul Razak, Amarhum Tunku Abdul Rahman maka UMNO di tuduh sebagai tlaibarut British? 

Adakah kita generasi terkemudian begitu bahlol untuk mempercayai luahan kekeciwaan bekas ahli komunis ? 

Ahad, 28 Ogos 2011

MAT SABU HILANG INGATAN LAGI? PTUIHHHH BANYAK SANGAT BERBOHONG ITULAH JADINYA.

Mat Sabu hilang ingatan lagi dan mengeluarkan kenyataan paling dungu dalam hidupnya. Beliau mengatakan beliau tidak ingat apa yang beliau kata sama seperti beliau tidak ingat kenderaan yang beliau dakwa melanggar beliau. Mungkin kerana Mat Sabu oberdos ubat pelali semasa rawatan di KPJ Specialist Selangor Hospital dulu atau terlalu banyak terhidu gas pemedih mata. Berikut adalah di petik sepenuhnya dari blog mymassa (saja nak penuhkan rekod di alam maya pasal kebangangan Mat Sabu dan PAS semasa berada dalam PAKATAN SOSIALIS PEMBANGKANG RAKYAT KOMUNIS HARMJADAH).

Saya tak ingat isi ceramah, kata Mat Sabu

Timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu berkata beliau tidak ingat isi ceramahnya berkaitan dakwaan pengganas dalam Kompeni Pasukan Ke-4 Parti Komunis Malaya (PKM) yang menyerang Balai Polis Bukit Kepong pada 23 Februari 1950 adalah wira negara.

NONE"Saya tidak ingat (apa yang diperkatakan) sebab ceramah itu berlangsung minggu lepas (21 Ogos)," katanya kepada akhbarSinar Harian.

Laporan akhbar itu ini memetik Mohamad Sabu sebagai berkata: "Saya tidak mahu komen mengenai apa yang dilaporkan oleh akhbar arus perdana itu".


Dulu masa kantoi drama jatuh motor pun Abang Mat lupa jugak apa yang Abang Mat cakap. Sampai boleh buat kartun dengan lawak 'lupa' Abang Mat. Sekejap Landrover polis, sekejap Waja Polis, sekejap Pajero pulak.



Tapi kalau Abang Mat lupa, kami blogger pro Kerajaan boleh tolong ingatkan.

BENARKAH PEKELAHIAN POLITIK BANGSA MELAYU SUDAH SEMAKIN TENAT?

Dipetik semuanya dari blog Taiping Mali yang menyiarkan semula teks Mukther Rizam Ahmad Ketua Penerangan PERKASA Daerah LMS. 
“ Mungkin ramai yang sudah sedar bahawa perkelahian politik bangsa Melayu semakin parah dan seolah-olah tiada titik penyatuan yang akan berlaku. Orang Melayu dari lanskap politiknya telah berpecah kepada beberapa puak yang besar iaitu Umno, PAS, PKR dan lain-lain lagi. Itu tidak dikira dengan wujudnya beberapa parti baru seperti KITA dan sebagaimya.
Orang Melayu tidak sebijak bangsa Cina dan India dalam strategi perkelahian politik mereka. Orang Melayu berkelahi dengan "emosi" manakala bangsa lain berkelahi dengan "strategi". Antara emosi dan strategi, sudah pastilah strategi yang akan menang. Emosi tidak lebih dari keinginan untuk membalas dendam dan melihat pihak yang lain jatuh tersungkur. Strategi boleh mencorak peperangan untuk mengkucar-kacirkan emosi. Terserlah sekarang bahawa bangsa Melayu terperangkap dalam peperangan emosi sehingga gagal untuk mengatasi strategi yang digunakan oleh pihak lain terutamanya DAP. 
Sampai bila pun parti politik orang Melayu tidak akan dapat sokongan padu dari bangsanya sendiri. Semua parti politik Melayu penuh dengan keegoan dan tidak mahu bekorban untuk kepentingan ummah. Masing-masing tidak mahu mengalah kerana takut untuk berkongsi kuasa..Maklumlah apabila berkongsi maka habuan yang besar akan tinggal sedikit kerana terpaksa dibahagi-bahagikan. Orang Melayu hari ini umpama ayam sabung yang sedang bertarung di tengah gelanggang dengan disaksikan oleh penonton-penonton Melayu dan bukan Melayu. Mana-mana ayam yang kalah akan dikorbankan manakala ayam laga yang menang akan digunakan untuk membelasah ayam laga yang lain. Masalahnya ialah ayam laga yang dibelasah dengan ayam laga yang membelasah adalah terdiri dari jenis ayam yang sama. Ironinya, Melayu akan digunakan untuk menghancurkan orang Melayu sendiri. Orang Melayu akan bertepuk tangan manakala orang lain akan tersenyum kepuasan. Bodohnya kita ini..Bodohnya kita ini!
Lihatlah bagaimana bangsa kita jauh ketinggalan dari sudut ekonomi.kalau dulu kita di tangga kedua kini kita entah di tangga yang ke berapa? Pencapaian akademik anak bangsa kita masih jauh ketinggalan. Bangsa kita masih asyik dengan keseronokan seperti dadah, rempit, bohsia, bohjan dan sebagainya. Kita masih menjuarai pusat serenti, penjara, rumah pemulihan akhlak dan bermacam-macam lagi. Kita masih lalok dengan semua ini. Bangsa lain terus mengambil ruang dan peluang. Setidak-tidaknya bangsa India sudah mula melahirkan satu professional dalam satu keluarga. Setidak-tidaknya bangsa India sudah menguasai perniagaan cuci kereta, bas kilang, bas pesiaran, kedai gunting rambut dan bermacam-macam lagi. Bangsa cina tak usah kita cakaplah, makin jauh ke depan! Apakah kita masih lagi mahu berkelahi sehingga kita hilang semuanya nanti?Ingatlah semua pemimpin Melayu, politik sepatutnya digunakan untuk menolong bangsamu dan bukannya untuk menghancurkannya.
Cukup-cukuplah berkelahi sesama kita. Kita sekarang ini sudah berada di penghujungnya. Kita tak akan mampu untuk bangun lagi jika kita terjatuh kali ini! Kita telah terperangkap dengan strategi kita sendiri. Kalau dahulu kita boleh nampak orang Melayu menjadi Tuan di buminya sendiri tetapi hari ini orang Melayu hanyalah sekadar penumpang. Kita terperangkap dengan strategi pemimpin kita sendiri. Kita bukan seperti dahulu lagi.Hentikanlah segera pertelingkahan ini kalau masih sayangkan bangsamu. Fikirkanlah apa yang akan terjadi kepada anak kecilmu nanti. Apakah bangsa lain akan menumpahkan kasih sayang serta belas simpati kepada anak cucu kita itu? Jawapannya tidak!!Sedarlah sebelum terlambat!  
Mukther Rizam Bin Ahmad , Ketua Penerangan Perkasa Daerah LMS 
Begitulah yang dipetik sepenuhnya daripada blog Taiping Mali. Itulah adalah sebuah kenyataan daripada seeorang Melayu yang risaukan masadepan bangsanya. Perkelahaian Politik ini bukanlah berpunca daripada UMNO, tetapi selama ini berpunca daripada sikap dendam Anwar Ibrahim dan pemimpin PAS yang begitu mahu berlumba-lumba dengan UMNO dalam mencari kuasa dna pengaruh politik sehingga sanggup melakukkan apasaja seperti yang Mat Sabu lakukan baru-baru ini. 

Dalam menghadapi Petualangan bangsa kita wajib memperkuatkan semangat kita.



PAKATAN SOSIALIS PEMBANGKANG RAKYAT SUDAH GERUH!

Akibat cita-cita dan impian DAP untuk menjadi parti Dominan mahu menguasai kerusi Parlimen seterusnya mempunyai kuasa untuk meletakkan Perdana Menteri Malaysia dari kalangan ahli Melayu bonekanya sebelum merampasnya dari dominan Melayu, DAP dan PKR sudah bercakaran mengenai pembahagian kerusi Parlimen untuk PRU 13. 

Bloger Dr Novandri mendedahkan bahawa DAP telah menuntut secara lisan melalui percakapan telefon dengan PKR Pulau Pinang untuk mendapatkan lebih banyak kerusi daripada PKR. Tuntutan tersebut telah menyebabkan pimpinan PKR negeri Pulau Pinang naik berang dan menyelar DAP agar tidak mengacau. 

Menurut beliau, jika calon Melayu DAP hendak bertanding mereka sepatutnya meminta kuota dari parti DAP sendiri dan bukan menuntut kuota kerusi Parlimen yang diperuntukkan kepada PKR. Beliau menyindir pedas  DAP dengan berkata sinis bahawa jika benar-benar DAP adalah ikhlas sebagai sebuah parti berbilang kaum, kepimpinan pusat DAP wajib memperuntukkan beberapa kerusi dengan peruntukan semasa untuk ahli Melayunya bertanding.

Retak menunggu belah sedang berlaku di dalam Pakatan Sosialis Pembangkang Rakyat, Jika PKR berdegil, PAS sudah tentu bersedia untuk membantu DAP memberikan sebarang peruntukan kerusi kepada ahli Melayu DAP untuk bertanding. Begitulah sayangnya PAS kepada DAP sekarang sehinggakan pengganas komunis pun PAS sudah akui sebagai pejuang kemerdekaan.

DAP tidak perlu bimbang kerana kepimpinan PKR Selangor pun pada bila-bila masa sedia memberikan kerusi tambahan kepada ahli Melayu DAP bertanding. Dua Khalid di Selangor sudah pasti sanggp berkorban demi rakan DAP mereka. Pakatan Sosialis Pembangkang Rakyat sanggup melakukan apasaja untuk menawan Putrajaya hatta jika mereka terpaksa menjual ibu bapa dan isteri mereka. 



SOMALIA: MISI BANTUAN KELAB 1 PUTERA MALAYSIA .


Rombongan Bantuan kemanusiaan ke Somalia pada jam 5.22 p.m waktu tempatan telah sampai di Kepulauan Maldives untuk berehat sebentar. Berdasarkan kepada entri Papa Gomo. Sekarang sudah jam 9 malam. Kemungkinan pada saat ini mereka telah sampai ke kepulauan Sychelles.

Rombongan tersebut menaiki kapalterbang TUDM HERCULES Flight Charlie C 130.Semoga mereka selamat pergi dan selamat kembali ke tanahair. Kepada semua ahli rombongan sentiasalah berwaspada dan tajamkan pancaindera memasing kerana Somalia merupakan Zon Perang. Tolonglah selalu kemaskini lokasi melalui GPS.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...