Isnin, 18 Julai 2011

WAJIB DI BACA & DISEBARKAN : BUKTI PENDEDAHAN TAHALUF SIYASI YANG DISELEWENGKAN PAS.(1)

PERSOALAN YANG SERING BERMAIN DI KOTAK FIKIRAN KITA IALAH KENAPA PAS BEGITU LUNAK DENGAN DAP & PKR SEJAK PASCA PRU 12 (2008) DAN KENAPA PAS SENDIRI MEMBELAKANGI ARAHAN DEWAN ULAMA PAS YANG PERNAH MENGHARAMKAN SEBARANG KERJASAMA DENGAN FIRQAH & HARAKAH BUKAN ISLAM? JAWAPANNYA IALAH KERANA PAS BERPEGANG KEPADA TAHALUF SIYASI. APAKAH TAHALUF SIYASI? APAKAH HUKUMNYA? SAYA TELAH TERJUMPA DENGAN SEBUAH KERTAS KERJA YANG DI TULIS OLEH KETUA PENERANGAN DPP PASIR MAS YANG DI TULIS OLEH BELIAU PADA 16 JUN 2008. APA YANG SAYA TELAH BACA ADALAH AMAT MENGEJUTKAN !

Kertas kerja tersebut bertajuk:"TAHALUF SIYASI DALAM KONTEKS PERJUANGAN PAS DI MALAYSIA PASCA PRU 12 SERTA PANDANGAN ULAMA' HARAKI MENGENAINYA"





TAHALUF bermakna perjanjian samada bertulis atau secara lisan. SIYASI bermakna SIASAH yakni politik dan pemerintahan. TAHALUF SIYASI dalam konteks SIASAH ialah PERJANJIAN PERSEFAHAMAN KERJASAMA ANTARA HARAKAH ISLAM DENGAN MANA-MANA PIHAK YANG BUKAN ISLAM BAGI MENGHADAPI MUSUH YANG LEBIH BESAR DALAM KONTEKS POLITIK/ PEMERINTAHAN. Takrifannya hampir sama seperti KONTRAK SOSIAL.

TAHALUF SIYASI ada 2 jenis :-

(1) Yang diterima oleh Allah swt dan Rasullullah s.a.w.
(2) Yang tidak diterima oleh Allah swt dan Rasullullah s.a.w.

Sekarang kita lihat apa yang di tulis oleh KETUA PENERANGAN DPP PASIR MAS di dalam kertas kerjanya mengenai pengertian TAHALUF SIYASI:-



Pengertian Tahaluf Siyasi 
Tahaluf Siyasi membawa makna kerjasama harakah Islam dengan mana-mana pergerakan lain yang tidak bermatlamatkan Islam di dalam perjuangannya. Kerjasama ini boleh terjadi di dalam apa jua bidang yang dipersetujui bersama untuk sama-sama menghadapi musuh yang sama. Tahaluf Siyasi juga kemungkinan boleh berlaku dengan gerakan yang pernah atau berpotensi untuk menentang ideologi harakah Islam. Dalam suasana hari ini, tahaluf siyasi yang dimaksudkan juga termasuk kerjasama dengan golongan bukan Islam untuk menghadapi musuh yang sama.
Takrifan yang diberikan olehnya berputar-putar dan berbelit-belit. Malah telah menghalalkan TAHALUF SIYASI YANG TIDAK DITERIMA OLEH ALLAH SWT DAN RASULLULLAH S.A.W. iaitu :-

 Tahaluf Siyasi juga kemungkinan boleh berlaku dengan gerakan yang pernah atau berpotensi untuk menentang ideologi harakah Islam. (KAFIR HARBI)

Seterusnya, Ketua Penerangan DPP Pasir Mas menuliskan sesuatu yang menjadi jawapan kepada persoalan kita semua, seperti berikut:-

Keperluan Kepada Kefahaman Tahaluf Siyasi 
Hari ini, kedudukan PAS sangat berbeza dengan senario 1970-an, 1990 dan 1999. Buat pertama kali dalam sejarah politik Malaysia, PAS berdepan dengan cabaran sebenar sebagai ‘kerajaan dalam penantian’. PAS berdepan dengan realiti sebagai anggota kerajaan campuran. Kerajaan Selangor, Perak mahu pun Kedah bukan kerajaan PAS, namun kerajaan pakatan. 
Setiap gerak PAS pastinya akan  seringkali berada di persimpangan antara agenda Islam dan hasrat rakan-rakan. 
 Penyertaan PAS di dalam Pakatan Rakyat bersama-sama PKR dan DAP yang sama sekali tidak berhasrat untuk memperjuangkan agenda Islam menuntut PAS untuk menyatakan dalil syarie yang jelas yang membolehkan PAS bersama-sama mereka memerintah tanpa menjadikan Islam sebagai asas negara dan negeri-negeri. 
Penjelasan serta gambaran yang jelas seperti perlu segera dibuat oleh PAS memandangkan masih ramai yang menyokong dan mendokong PAS kerana dasar Islamnya. Adalah dibimbangi dalam keadaan isu-isu yang sering timbul ditambah dengan permainan media massa milik kerajaan UMNO/BN, hasrat PAS untuk melangkah lebih jauh bersama Pakatan Rakyat tidak akan kesampaian.

Sejak 2008 lagi, PAS sudah mengambil dua ketetapan muktamad siasah bahawa pertama, ianya adalah 'sebuah kerajaan dalam penantian' dan kedua akan memerintah bersama-sama DAP dan PKR tanpa menjadikan ISLAM sebagai asas negara dan negeri-negeri.

Bagi mencapai kedua ketetapan siasah tersebut, PAS di tuntut untuk menyatakan dalil syarie yang membolehkannya berbuat begitu. Bermakna, PAS akan memperalatkan dalil syarie (AlQuran, Hadis, Ijma' dan Qias) untuk mencapai matlamat untuk BERKUASA dan bukan untuk MENEGAKKAN ISLAM.

Ternyata pada Jun 2011, matlamat tersebut sudah nampak jelas di mana PAS mengubah haluannya dari NEGARA ISLAM kepada NEGARA KEBAJIKAN. Mengharuskan Bughah dan Hiraabah dengan Muzhaharah dan banyak lagi tindakan-tindakan siasah PAS yang membuktikan kedua ketetapan siasah tersebut.Katalain, PAS sanggup melakukan apa yang di sebut sebagai MENGHALALKAN CARA UNTUK MENCAPAI MATLAMAT. Paling menyedihkan ialah ketetapan siasah yang di buat PAS menetapkan UMNO dan BARISAN NASIONAL sebagai MUSUH BESAR mereka.

PAS juga amat bimbang jika kedua ketetapan siasah tersebut akan terhalang dan untuk memastikan kedua ketetapan siasah itu tercapai, PAS akan terus menerus melakukan dakyah propaganda secara bertali arus. Jadi amat jelaslah kepada kita, Kertas kerja yang di tulis oleh Ketua Penerangan DPP Pasir Mas memperjelaskan kepada kita niat dan maksud sebenar PAS selepas pasca 2008. 

Jika kita mengetahuinya, adalah tidak mustahil DAP juga mengetahuinya. Oleh itu, DAP telah memanipulasikan sentimen kedua ketetapan siasah PAS tersebut demi kepentingan politik sosialisma cauvinis rasis komunis DAP. Walaupun , PAS berhasrat agar dapat memperalatkan TAHALUF SIYASI untuk mendapatkan keuntungan maksimum  untuk mengambil kesempatan yang ada dalam usaha menegakkan agama ALLAH SWT, nampaknya apa yang berlaku adalah sebaliknya yakni DAP lah yang dapat KEUNTUNGAN MAKSIMUM daripada TAHALUF SIYASI untuk merobohkan agama ALLAH SWT. Adakah PAS mampu hendak merempuh TIRAI BESI SOSIALISMA ? Kerana di awal kertas kerja PAS hendak memerintah tanpa menjadikan ISLAM sebagai asaa negara dan negeri-negeri tapi di dalam penutup PAS mendakwa nahu menegakkan agama ALLAH SWT? Betapa kelirunya pemikiran PAS ini sehingga tunggang terbalik TAHALUF SIYASI.




Dalam siri kedua, akan didedahkan bagaimana PAS sebenarnya tahu bahawa HUKUM TAHALUF SIYASI dalam konteks siasah di MALAYSIA jatuh ke dalam martabat HARAM jika ianya dilakukan dengan KAFIR HARBI seperti DAP dan unsur syubahat mudarat seperti PKR.

SUDAH TERANG LAGI BERSULUH, PAS MELACURKAN AGAMA ISLAM MELALUI TAHALUF SIYASI YANG TIDAK DITERIMA OLEH ALLAH SWT & RASUL-NYA!

TEPUK DADA TANYA IMAN!

RASMI, DR LO'LO' PULANG KE RAHMATULLAH - AL FATIHAH PADA JAM 10.15 MALAM TADI.

BERITA RASMI YANG DILAPURKAN OLEH HARAKAHDAILY DISAHKAN OLEH LAMAN FB NIK AZIZ SERTA LAMAN FB FAN ALLAHYARHAMAH DR LO'LO' BAHAWA ALLAHYARHAMAH TELAH PULANG KE RAHMATULLAH PADA JAM 10.15 MALAM TADI DI HOSPITAL SELAYANG. BERITA DITERIMA DARIPADA ANAK ALLAHYARHAMAH MELALUI SMS KEPADA HARAKAHDAILY. DIKATAKAN PENGEMBUMIAN DIADAKAN ESOK PAGI DI TANAH PERKUBURAN ISLAM DATUK KERAMAT.


AL FATIHAH

INNALILLAHI-WA-INNA-ILAIHI-ROJI'UUN. SEMUGA ROH ALLAHYARHAMAH 



DALAM KENANGAN
AHLI PARLIMEN TITIWANGSA
(PAS)



Tengahari tadi mungkin berlaku sedikit salahfaham mengenai berita pemergian Allahyarhamah Dr Lo'Lo', namun jam 10.15 malam tadi, ianya disahkan secara rasmi bersumber daripada sms yang diterima daripada anak lelaki Allahyarhamah sendiri kepada Harakahdaily dan berita tersebut telah diwar-warkan di dalam facebook dan twitter. Barulah sahih beritanya.

TAKZIAH BUAT AHLI KELUARGA ALLAHYARHAMAH DR. LO'LO'.

TEPUK DADA TANYA IMAN.

Ahad, 17 Julai 2011

TUNGGANG TERBALIK BUMI MALAYSIA KALAU DAPKRPASM PERINTAH.

Tambah kapsyen
SELAMA INI PROPAGANDA DICANANGKAN KE ATAS UMNO DAN DIBINKAN SEGALA KEZALIMAN, KEBENGISAN, FEUDALISTIK, KEBURUKAN KEPADA UMNO WALAUPUN IANYA PROPAGANDA SEMATA-MATA , AGAK RAMAI YANG MEMPERCAYAINYA MUNGKIN KERANA PROPAGANDA ITU SUDAH BERTEBARAN SELAMA 53 TAHUN.

PERNAHKAH KITA TERFIKIR PULA, JIKA BEGINILAH SIKAP DAPKRPASM DALAM AMALAN POLITIK / TAHALUF SIYASI MEREKA, APA AGAKNYA BERLAKU JIKA MEREKA MEMERINTAH NEGARA INI ? ADAKAH KEADAAN MENJADI SEMAKIN BAIK ATAU SEMAKIN TUNGGANG TERBALIK? 


Tidak dinafikan memang ramai yang tertipu dan kena tipu dek pepuak iblistanirojim laknatullah dapkrpasm pada 2008 dahulu. Ramai yang menyangka jika dapkrpasm dipilih menjadi kerajaan negeri maka kehadiran bilangan mereka yang ramai di dalam DEWAN RAKYAT bakal membawa impak positif dan menambahbaik penghidupan rakyat.

Setelah 3 tahun. apa pun tak boleh ! Bila dipersoalkan mengenainya, kita pun dapatlah jawapan cliche daripada pencacai mereka ' Alarh baru 3 tahun ! BN 53 tahun apa mereka buat ?' Nampak sungguh mereka mempermainkan harapan pemilih yang memilih mereka pada 2008. 


Apabila pentadbiran DS Najib mula melakukan Transformasi dan Berani Berubah GTP, NKEA, MEB, KPI serta memperkenalkan konsep 1 MALAYSIA, hiruk pikuk , riuh rendah puak dapkrpasm memaki hamun DS NAJIB. Namun DS Najib tabahkan hati dan meneruskan juga semua TRANSFORMASI. Akhirnya, mula menampakkan hasil begitu positif. Sokongan rakyat mulai kembali semula ke pangkuan UMNO/ BARISAN NASIONAL melalui petunjuk 6 PRK dan 1 PRN.



Di tambah pula dengan kes liwat ke 2 Anwar Ibrahim di samping semakin ramai rakan dan orang kepercayaan Anwar Ibrahim dengan relahati keluar PKR. Semakin ramai pula menjadi Ahli Parlimen Bebas di dalam Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri. Mereka keluar dengan sebab kukuh yakni HILANG KEPERCAYAAN DENGAN KEPIMPINAN ANWAR IBRAHIM SERTA HALATUJU POLITIK PKR serta PAKATAN 'PEMBUNUH' RAKYAT. 



KEMUNCAK KERISAUAN DAN KEGELISAHAN PAKATAN 'PEMBUNUH' RAKYAT IALAH BERSIH RM200. MOMENTUM REVOLUSI YANG HENDAK MEREKA CETUSKAN AKHIRNYA TERSUNGKUR TERSEMBAM BEGITU SAJA. 


Kisah-kisah rekaan dan fiksyen keganasan dan kezaliman Polis serta kerajaan terhadap perhimpunan haram BERSIH RM200 sudah diketahui oleh rakyat. Polis dan pentadbiran DS Najib menjadi semakin matang dan pengalaman makin mendewasakan mereka untuk menghadapi sebarang gelombang kebangkitan revolusi yang cuba dibangkitkan oleh dapkrpasm. 



TEPUK DADA TANYA IMAN



ingat PAS ingat PELACUR & PEMBOHONG BERSIRI

ingat PKR ingat DAJAL AL MASIKH


ingat DAP ingat SOSIALIS CAUVINIS RASIS KOMUNIS.

RALAT MENGENAI BERITA KEMATIAN DR LO'LO' , BERPUNCA DARIPADA DENDAM SEORANG PEMIMPIN PAS KEPADA DR LO'LO'

BINAWE PUNYA PEMIMPIN PAS , RAKAN SEPERJUANGAN DR LO'LO' YANG MENYEBARKAN KHABARAN MENGENAI KEMATIAN DR. LO'LO' SEHINGGA JS SENDIRI TERPAKSA MEMADAMKAN SEMUA BENTUK KIRIMAN DI FB DAN BLOG SERTA  MEMOHON MAAF DI ATAS KERALATAN YANG BERLAKU

INI SETELAH JS MENDAPAT PENGESAHAN DARIPADA RAKAN BLOGER JS MELAYU CINDIA. SILA KLIK KE PAUTAN DI BAWAH INI UNTUK MENGETAHUI KISAH SELANJUTNYA DAN PUNCA BERLAKUNYA PERKHABARAN TERSEBUT.



Haprak memang haprak, kita fikirkan kalau berita-berita mengenai soal kematian, PAS tidak akan berbohong sepertimana biasa kerana kematian termasuk dalam soal ibadat fardhu kifayah kerana ada HAK SI ARWAH ke atas kita sebagai yang hidup, rupa-rupanya meleset sangkaan baik kita itu. Siot betul, tidak fasal-fasal kita di tuduh menyebarkan fitnah kerana karenah dendam peribadi pemimpin PAS sesama mereka.  Makin dahsyat sesetengah pemimpin PAS ini.

Apapun, JS mendoakan kebaikan dan kesihatan kepada Dr Lo'Lo' semoga ianya menjadi pengajaran buat semua.








TEPUK DADA TANYA IMAN.

ingat PAS ingat PEMBOHONG
ingat PKR ingat DAJAL AL MASIKH
ingat DAP ingat SOSIALIS CAUVINIS RASIS KOMUNIS.

LAGI KISAH AJAIB PAS KEDAH KOW TOW MAHARAJA SOSIALIS DEMO-KERAT DAP.

KISAH AJAIB INI BERMULA SELEPAS PENGUMUMAN PEGUAM PAS MENGENAI PELACUR LORONG HJ TAIB MENYOKONG PAS DALAM PERHIMPUNAN BEERSHIT RM 200 YANG GAGAL, DI MANA MENTERI BESAR KEDAH, AZIZAN MENGUMUMKAN HASRATNYA SUCI MURNI TULUS IKHLAS HENDAK MENUTUP OPERASI SEMUA PUSAT HIBURAN SELAMA SEBULAN SEMPENA RAMADAN DI KEDAH. USULNYA ITU DI BANTAH KERAS OLEH SEKUTUNYA DAP. NATIJAHNYA, DEWAN PERNIAGAAN CINA TELAH MENGHANTAR MEMORANDUM BANTAHAN KEPADANYA. 


Apakah kisah ajaibnya pada kali ini ? MB Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak bercadang menguatkuasakan sepenuhnya ENAKMEN HIBURAN DAN TEMPAT-TEMPAT HIBURAN 1977-peraturan dan undang-undang yang telah digubal pada masa zaman pemerintahan BN- Larangan pusat hiburan beroperasi sepanjang bulan Ramadan. Apakah bentuk larangan yang hendak dikuatkuasakan oleh beliau?

Berdasarkan kepada Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1977, larangan dikenakan ke atas semua jenis premis yang menjalankan perniagaan berbentuk hiburan beroperasi di dalam bulan Ramadan. Kategori hiburan yang di larang beroperasi ialah pertunjukan pancaragam, persembahan nyanyian di hotel, restoran dan bar, warung kopi, karaoke dan disko.

Datuk Seri Azizan berkata berkenaan dengan pusat snuker dan kafe siber pula ianya bukan hiburan tetapi dikategorikan sebagai hiburan (mengikut tafsirannya sendiri ler nie) dan dia juga meminta pihak PBT Kedah  memperjelaskan terperinci apakah dimaksudkan dengan hiburan (JS: Takrifan kategori Hiburan bukan terletak pada PBT tapi DUN / pentadbiran Eksekutif, kenapa hendak meletakkan beban kesalahan ke atas PBT?)


Pihak DAP pula tidak bersetuju amat malah Karpal Singh mengeluarkan amaran akan menyaman kerajaan negeri Kedah jika larangan itu dikuatkuasakan. Pengerusi DAP Kedah, Lee Guan Aik berkata tidak pernah bersetuju dalam DUN mengenai larangan tersebut (Perundangan itu sudah ada, hendak bersetuju apa?)  malah mengesyorkan agar perundangan terbabit dimansuhkan (tanpa memberi sebarang sebab dan alasan) 




Mufti Perak Datuk Harussanai dan MAZA pula memberikan pandangan agar tindakan kerajaan KEDAH tersebut dicontohi, 


(pandangan yang baik namun hanya boleh dilaksanakan  jika UMNO dan PAS berkerjasama erat tapi dalam keadaan sekarang larangan tersebut lebih banyak mengundang masalah SIYASAH daripada SYARIE' yang akan menjejaskan pula maslahah SYARIE' yang berpanjangan) 

Sememangnya kita pun mahu ada larangan sedemikian di dalam bulan RAMADAN, namun orang ISLAM sendiri pun masih belum memperkuatkan ukhuwah mereka. Orang PAS di depan UMNO boleh berlakon baik setuju tapi di belakang UMNO apabila berjumpa dengan DAP, dah lain pula ceritanya. Selama inipun, PAS kuat mencanangkan kepada semua bahawa DAP sudah memahami ISLAM tetapi jika benar-benar DAP memahami ISLAM sudah tentulah tiada sebarang bantahan dan ugutan dikeluarkan oleh pihak DAP.


Kini, PAS KEDAH terpaksa pula memberikan Tunjuk Sebab kepada PAS PUSAT di atas tindakannya itu. Ini sepatutnya tidak berlaku samasekali jika benar dakwaan PAS bahawa DAP benar-benar memahami ISLAM. 

Polemik yang berlaku dalam isu ini sebenarnya berpunca daripada sikap PAS sendiri yang selama ini giat menjalankan pelbagai fitnah dan dakyah melabelkan kerajaan BARISAN NASIONAL yang diterajui oleh UMNO sebagai TIDAK ISLAMIK dan MENOLAK HUKUM HAKAM ISLAM serta memuji berlebihan DAP. 


Natijah daripada perbuatan PAS sendiri, telah memnimbulkan polemik yang kurang menyenangkan ini serta menyebabkan sebahagian ulama yang tidak berpihak merasa serbasalah. Jika PAS KEDAH gagal menguatkuasakan larangan tersebut, ianya merupakan satu kekalahan teruk kepada maruah ISLAM. Jika PAS KEDAH berjaya melaksanakannya, sudah tentu ianya menimbulkan percanggahan pendapat di negeri-negeri yang ditadbirkan oleh UMNO. Maka akan berlakulah perlumbaan SIYASAH yang tidak sihat. Maknakata, samada PAS KEDAH berjaya atau tidak, ISLAM tetap terjejas dan tercalar serta bakal di pandang sebagai sebuah agama yang mementingkan hukum hakamnya sendiri serta membelakangi sentimen orang bukan Islam. ISLAM tidak akan di pandang sebagai agama bertolak ansur serta bakal di lihat sebagai AGAMA YANG MEMAKSAKAN HUKUM HAKAMNYA KE ATAS ORANG BUKAN ISLAM. INI AKAN MENAMBAHKAN LAGI KEBENCIAN TERHADAP ISLAM DAN KEDUDUKAN ISLAM SEBAGAI AGAMA RASMI PERSEKUTUAN.


PAS KEDAH sewajibnya memikirkan lebih dalam dan berfikir panjang. Andaikata, selama ini PAS tidak pernah menunjukkan perlawanan terhadap UMNO dalam apajua polisi menerapkan nilai-nilai ISLAM dan tidak berdiri kukuh di belakang DAP,PKR , PSM & PRM, sudah tentu pada hari ini, jika umat ISLAM mahu mengadakan larangan sedemikian, orang bukan ISLAM sudah tentu lebih memahaminya dari sekarang, malah tidak keterlaluan jika dikatakan KEMUNGKINAN BESAR MEREKA SENDIRI MAHUKAN LARANGAN TERSEBUT DILAKSANAKAN ! ITULAH KEAJAIBAN YANG KITA MAHUKAN !


TEPUK DADA TANYA IMAN
ingat PAS ingat PELACUR & PEMBOHONG
ingat PKR ingat DAJAL AL MASIKH
ingat DAP ingat SOSIALIS CAUVINIS RASIS KOMUNIS.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...